Monday, September 28, 2009

21 PEDOMAN BUAT WANITA

Kebanyakan daripada kita bila berhubung dengan sesama insan ada yang kita lupa dan ada yang tidak pernah terfikir oleh kita, untuk mengelakkan kekeciwaan dan kegagalan dalam hubungan sesama insan di bawah ini mari lah kita bersama-sama merenungkan apa yang telah pernah kita fikirkan dan tak pernah kita fikirakn, marilah kita berkongsi pengalaman untuk kebaikan hubungan kita.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang
penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.


2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya
upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai
kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan


Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya."

Belajarlah dari Alam Sekeliling Kita

Marilah kita bersama merenung alam sekeliling kita apa yang boleh kita ungkaikan untuk kita pelajari darinya kerana kita adalah sebahagian daripadanya.

Belajarlah dari MATAHARI:
Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam, kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.

Belajarlah dari BUNGA:
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah dari LEBAH:
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.

Belajarlah dari POKOK:
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

Belajarlah dari BULAN:
Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.

Belajarlah dari SUNGAI:
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang kemaraanya.

Belajarlah dari DAUN yang luruh:
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tabah menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

Belajarlah dari HUJAN:
Kehadirannya dinanti-nantikan buat penyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuhan.

Lihatlah ke dalam diri kita,terokailah dan pelajarilah sifat-sifat alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Kita juga sebahagian daripadanya.

Saturday, September 26, 2009

Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita

Dalam tulisan saya ini marilah kita merenung diri kita sendiri atas apa yang telah kita lakukan pada nya, kerana selama ini kita tidak sedar bahawa kita telah menzaliminya
Pada suatu hari, Nabi SAW telah menjenguk seorang lelaki arab desa ( badwi ) yang sedang sakit. Baginda menghibur dan membesarkan hati lelaki itu dengan mengatakan “ Semoga penyakitmu ini menjadi penawar dosa”. Lalu si lelaki itupun menjawab “ namun demam ini demam yang sangat panas, menimpa seorang tua bangka, untuk mengheretnya ke liang kubur!!”. Mendengar keluhan lelaki itu, Nabi bersabda “ jika begitu, akan demikianlah jadinya!!”.

Situasi di atas menjelaskan kepada kita tentang bagaimana fikiran manusia itu akan mempengaruhi hidupnya. Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat manusia pasti dihujani dengan ujian-ujian dari Tuhan samada dalam bentuk kegembiraan atau kesedihan. Nabi telah cuba mengubah rasa hati lelaki itu dengan mendoakan agar penyakit itu sebagai penghapus dosa buat dirinya dengan tujuan menggembirakan hati lelaki yang sedang sakit itu. Namun penerimaannya berbeza sekali dengan melihat penyakitnya itu sebagai sesuatu yang membinasakannya dan menyebabkannya menjadi marah. Sudah pasti sekiranya lelaki itu melihat penyakitnya itu sebagai penghapus dosa sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah, menjadikan hidupnya kembali bersemangat, ceria dan tenang menerima ujian tersebut. Dia telah memilih sebaliknya, maka dia menjadi marah dan merasakan hidupnya tidak akan lama dan akan bernoktah.

Mari kita perhatikan pula di sekeliling kita. Tentu kita pernah bertemu dengan satu situasi yang sama tetapi dilalui oleh dua orang yang berbeza. Misalnya di sebuah jabatan kerajaan, seorang ketua jabatan telah member i sebuah “ assignment” kepada dua orang pegawai di bawahnya untuk diselesaikan dalam tempoh 3 hari. Lihat, bagaimana seorang pegawai menerimanya dengan senyuman ceria dan bersemangat dan seorang lagi menerimanya dengan senyuman yang tawar dan hati yang sakit. Mengapa penerimaannya berbeza sedangkan tugasannya sama? Seperti yang telah dijelaskan di atas, pemikiran yang berbeza menjadikan penerimaannya berbeza.

Mengapa kita suka melihat ke dalam diri orang lain, sedangkan kita juga sering mengalaminya, malah kadangkala lebih dahsyat daripada yang digambarkan dalam cerita di atas. Mungkin kita bukan sekadar senyum tawar, malah mungkin kita akan menolak tugasan tersebut dengan alasan yang pelbagai atau sekurang-kurangnya kita menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati pihak lain yang mendengarnya. Kenapa kita jadi begitu? , jawapannya kerana kita telah dibentuk oleh fikiran kita yang negatif. Kenapa kita tidak melihat tugasan itu sebagai satu peluang untuk kita belajar dan mencari pengalaman baru. Kenapa kita tidak bersangka baik bahawa tugasan itu yang diberikan kepada kita kerana “ Bos “ percayakan kita. Kenapa kita perlu melihat ia sebagai satu beban yang baru kepada beban-beban tugas yang sedia ada. Bila anda terlalu tertekan dengan beban kerja yang anda tanggung, tunggulah bil klinik atau hospital yang berdekatan dengan anda. Atau mungkin anda perlu berjumpa secara berjadual dengan pakar psikatri anda kerana beban hidup semakin tidak mampu ditangani oleh diri anda sendiri.

Cuba perhatikan dua ayat di bawah ini :
Di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) sebagai suatu kerugian dan dia menanti-nanti bahaya menimpamu, merekalah yang akan ditimpa bahaya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ( At-Taubah : 98 )
Dan di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kematian, dan memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) itu sebagai jalan mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya nafkah itu adalah suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri ( kepada Allah ) ( At-Taubah : 99 )

Berbeza bukan? Mereka sama-sama berkorban dengan menyerahkan harta benda mereka setelah diminta. Namun, sebahagiannya menganggap ianya sebagai satu beban yang pasti akan merugikan mereka. Manakala sebahagiannya yang lain melihatnya sebagai satu zakat yang mesti diserahkan sebagai jalan untuk membersihkan jiwa dan mengharapkan doa yang baik setelah melaksanakannya.

Islam memang telah menceritakan kepada kita bagaimana fikiran akan membentuk hidup kita. Kenapa perlu di sangkal lagi. Jika masih tidak percaya, mengapa Marcus Aurelius, seorang kaisar Romawi Kuno bias mengatakan “ Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita”. Malah seorang penulis hebat dari Barat bernama Dale Carnegie yang telah menulis buku bertajuk How To Stop Worriying And Start Living turut mengatakan di dalam bukunya bahawa “ Fikiran kitalah yang menbentuk peribadi kita dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita”.

Seorang kanak-kanak menangis kerana ditinggalkan keseorangan di dalam bilik yang gelap oleh ibunya. Tetapi apabila dia sudah membesar dan dapat mengawal fikirannya, pasti dia yang dulunya takutkan “ gelap “ berubah kepada sebaliknya. , situasi yang sama bukan, tetapi 2 tindakan yang berbeza. Satu ketika pernah takut dan menangis, bila semakin membesar ia tidak lagi takut malah sentiasa bergelap untuk tidur. Gelap tidak lagi mempengaruhi emosinya. Inilah sebenarnya kesan dari fikiran seseorang itu sehingga mempengaruhi hidupnya. Sekiranya kita memikirkan kegembiraan, kita pasti akan rasa gembira dan sentiasa tersenyum. Jika kita memikirkan kesedihan, pasti kita akan berasa sedih dan murung. Sekiranya kita meikirkan ke takutan, pasti kita akan berasa takut dan sekiranya kita memikirkan sakit, mungkin sakit itu akan menjadi kenyataan.

Kita kena berubah kepada kehidupan baru. Kita harus sama-sama berusaha untuk mengubah kehidupan kita dengan membentuk pemikiran yang positif dalam diri kita. Memang sukar kerana ia memerlukan iltizam dan usaha yang sungguh-sungguh dalam diri kita di samping doa yang tidak berkesudahan ke hadrat Ilahi. Kita harus memulakan hidup baru dengan fikiran baru yang lebih segar yang berlandaskan al quran dan Sunnah Nabi SAW . Jangan kita biarkan pemikiran kita merosakkan kehidupan kita. Jangan kita biarkan fikiran kita menghalang kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan jangan kita biarkan fikiran kita menjadikan hidup kita suram tidak bermanya.
Firman Allah :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Sekiranya Allah berkehendakkan keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia _ Ar Ra’ad: 11 ).
Selamat berubah kepada kehidupan baru

Friday, September 18, 2009

NIKMAT SEORANG WANITA

Nikmat menjadi wanita
Almarhum Sukarno pernah berkata “wanita ibarat pohon karet (pokok getah) “ Kata2 ini membuatkan ramai wanita yang marah.

Tidak perlulah dihuraikan apa maknanya kata2 itu. Maklum sajalah pokok getah waktu mudanya amat berguna

dan apabila sudah tua akan dibiarkan atau ditebang saja. Paling2 pun digunakan untuk membuat perabot.
Rasulullah saw. mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlulah khuatir masa itu suami kita akan lebih tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri. Macam2 ungkapan disebut tentang wanita. Namun yang pasti kita adalah makhluk yang perlu sujud pada pencipta Yang Maha Agung, yang diberikan tanggungjawab tersendiri sebagai khalifah di bumiNya ini.
Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakannya2 ialah :
i. saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya
ii. saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami
iii. saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi
iv. saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan
v. saat anaknya mula pandai melangkah
vi. saat anaknya mula menyebut ‘ibu’ atau yang seistilah dengannya
vii. saat pertama kali membawa anak ke tadika
Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan kata2. Saat seterusnya adalah rentetan saat2 cemas yang saling berganti dengan saat2 bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan.
Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat.
Nikmat dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi.
Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang2 kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa2 tertentu kita merosakkan nikmat itu.
Nikmat memiliki suami kadang2 disiakan2 dengan menderhaka padanya.
Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia
Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama
Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga2 pada orang lain
Nikmat kadang2 dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.
Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan.Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya.
Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah tidak ternilai harganya. Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga.
Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki.
Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.
Cerita berikut adalah kisah seorang wanita yang boleh dijadikan pengajaran berguna dan peringatan bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Cerita yang saya terima melalui email beberapa tahun lepas . Ceritanya begini……

Saya mempunyai suami yang sangat baik dan keluarga yang sangat bahagia. Saya merasakan sayalah isteri yang paling baik menjaga suami dan anak-anak. Segala ciri2 isteri yang baik saya cuba pastikan ada pada saya. Tidak pernah saya meninggi suara kepada suami, tidak pernah menolak sebarang suruhan dan permintaannya. Makan dan minum saya layan dengan sempurna.

Satu hari saya balik dari pejabat agak lambat. Saya tidak sempat menyediakan makan malam. Keletihan bekerja yang amat sangat di pejabat menyebabkan hilang selera untuk makan bersama suami. Saya terus masuk tidur. Tiba2 suami datang sambil berkata ….”tak apalah kalau sayang tak mahu makan dengan abang malam ni, tapi boleh tak sayang layan abang sekejap. “
Badan serasa sudah tidak bermaya dan mata sudah susah untuk dibuka. Saya menjawab “Ala bang, besok boleh tak?”
“Yang, kali ni je…lepas ni abang tak minta dah.”
Antara sedar dengan tidak saya biarkan suami begitu saja dan saya terus tidur sambil membelakangkannya.
Apabila bangun pagi keesokkannya saya dapati suami sudah keluar. Teringat katanya2 malam tadi….astaghfirullah!!, besarnya dosa saya. Saya terus mencapai telipon berniat untk minta maaf. Beberapa kali mencuba masih tidak dapat.
Saya terus bersiap untuk ke pejabat. Tidak berapa lama hp saya berbunyi. Saya sangka dari suami tetapi kenapa suara lain. ”Maaf cik, ini panggilan dari polis. Saya jumpa talipon ada nombor cik. Cik kenal ke tuan talipon ni?”
“Ya, itu talipon suami saya, kenapa dengan dia?”
“Maaf, cik, dia terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat diselamatkan.”
Longlai seluruh badan. Kehilangan suami sudah cukup berat untuk ditanggung apatah lagi meninggalkan saya sebelum sempat memohon maaf dosa yang begitu besar. Terngiang2 katanya2..”Yang, kali ni je….lepas ni abang tak minta dah”. Dia sudah tahu yang dia nak pergi tapi saya yang bodoh mementingkan diri sendiri. Usaha saya menjadi isteri yang baik habis begitu saja dan neraka menunggu saya di depan.
Saya rasa hampir gila memikirkan diri yang diselubungi dosa yang tidak terampun ini.
”Allah dan bumi yang dipijak mengutuk wanita yang menolak hajat suaminya sehingga suami memaafkannya.”
Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran pada kita yang amat mudah terdedah dengan dosa tanpa kita sedari.

Monday, September 14, 2009

RENUNG-RENUNGKAN LAH

4 PERKARA
Dengan pengalaman saya dan anda dalam menjalani hidup yang singkat ini kita kongsi bersama,dan bersama-samalah kita renungkan
Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya: " Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati. Wallahualam-isuduniamelayu

SIAPA LELAKI DAYUS
Tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.Nabi SAW bersabda :- Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat :


Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2 ) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-?Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :


Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ?tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

Sebelum Kahwin

Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ?"

Jawabnya, perlu juga, cuma sekarang ni mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Thursday, September 10, 2009

SUAMI & ISTERI ELAKKAN CURANG

SUAMI & ISTERI ELAKKAN CURANG
Aku tuliskan ini untuk khas untuk kawan aku yang ada nun di seberang benua dengan harapan berhati-hati dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan, walaupun ianya ringkas aku harap ianya boleh menjadikan panduan dan pegangan semasa menghadapi saat-saat sukar jangan nasi sudah menjadi bubur baru beringat, ketika itu sudah terlambat

INGAT

Meskipun kita tidak mahu perkara ini akan berlaku namun hal yang sebaliknya mungkin boleh berlaku sekiranya suami atau isteri lemah dalam menghadapi godaan suasana kehidupan yang penuh dengan cabaran. Lebih memburukkan keadaan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan banyak peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan.

Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg dapat saya tuliskan hasil dari pengalaman dan curahan hati sahabat-sahabat yang pernah keciwa akibat dari kecurangan itu dan tulisan saya ini mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.
Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan. Dan yang lebih penting pasangan jangan lah hidup selalu berjauhan maksudnya tempat tinggal yang berasingan, satu di utara dan satu lagi di selatan, amat bahaya sekali kerana aktiviti pasangan tidak terkawal.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.Jika terlambat kemusnahan akan berlaku.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah atau orang yang anda paling percayai sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kita kena ingat bahawa Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

Tuesday, September 8, 2009

MENGAPA BERLAKU CURANG

Untuk dikongsi bersama supaya nasi jangan menjadi bubur
jagalah hubungan anda sebaik mungkin kerana dunia ini bukan untuk kita sahaja malah untuk semua
Dan ingat
Manusia baik selalu di sakiti oleh manusia jahat
dan manusia jahat tak akan sakiti manusia jahat

sakitnya hati bila kita tahu orang tersayang curang pada kita..dan ada yang paling teruk berlaku terang-terangan depan mata kita..hati mana yang tak kecewa..hati mana yang hampa..
sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan masing-masing , lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan tersebut..kemudian selidik adakah faktor tersebut yang membuatkan dia menjauhkan diri dari anda..

HIDUP TERKONGKONG
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya
seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan
memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

RASA MARAH
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan
hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri
yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

RASA RENDAH DIRI
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin
terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada
waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan orang yang setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

SERING BERJAUHAN
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda bekerja di luar negara dan dia bekerja di Kelana jaya
halangan anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti tahun. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

KETIDAKPUASAN DALAM KASIH SAYANG
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengannya
keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

KOMUNIKASI YANG MEMBOSANKAN
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan
pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita
masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat
mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

LANDASAN HUBUNGAN YANG RAPUH
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau
dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan
anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia Jatuh cinta!

MERASA TIDAK DIHARGAI
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan
mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu
perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

MAHU LEBIH BAHAGIA
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk
mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas atau ingin membalas dendam

SIKAP YANG MENGADA-NGADA
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk
memberikan sesuatu yang anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang
gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik
bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yang lebih mengerti.

HUBUNGAN TERLALU RUTIN
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yang sama.
Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti
melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

SIKAP PLAYBOY !
Ahh... si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih
menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

ADA ORANG TIDAK PUAS HATI
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecaman atau menjadi penyelesai masalah

Sunday, September 6, 2009

LELAKI ACUAN AL'QURAN

Bersama-sama kita renungkan di Bulan yang mulia ini

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Friday, September 4, 2009

Masihkah aku Gagal lagi

Masihkah kau ingat
mengapa perlu aku menangis
adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya
setitis air mata.

Masih kah kau ingat
"Bahagianya seseorang manusia itu tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tidak sama dirasai oleh orang lain tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut milikki".

"manusia gagal bukan kerana kebodohannya, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh"

Masih aku terasa kerana takut
"berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit"

Masih kah kau ingat
"Angan-angan tidak akan boleh mengubah kita walaupun seinci,tetapi apa yang kita laksanakan itu yang mengubah kita"

Masih kah kau ingat
"Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas,
tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat lengannya untuk dilindunggi
dan dekat dengan hatinya untuk dicintai."

Masih kah kau ingat
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang...tetapi
manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan.Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh atau gagal."

Masih kah kau ingat
"Tiad apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan...tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan.

Masih kah kau ingat
"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri.Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan dengan kenyataan yang nyata."

"Cinta seringkali akan lari bila kita mencarinya, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi biala ia menghampiri".

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan, apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan berbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Masih kah kau ingat
"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuhi kegagalan yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat"

"dan manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang."

kerana aku masih ingat
"Kegagalan adalah asas kepada kemenangan"
jika tujuan anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah

Aku terlupa bahawa
"kurang semanggat akan mengakibatkan lebih banyak kegagalan ,kurangnya kebijaksanaan
atau kemahiran"

Bersertalah dengan aku mengatakan
"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakan"

Dan perlu juga ingat
"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi