Sunday, August 30, 2009

Masalah kewangan dunia

Masalah kewangan

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaun-malonau ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaun ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika malaun ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaun yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin

ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi?.

Saturday, August 29, 2009

Renungan Bulan Ini

HUKUMAN SEBATAN SATU RENUNGAN
Sebat Cara Sivil
1. Rotan yang digunakan terdiri dari berbagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada rangka yang dikhaskan dan diikat kedua-dua
kaki dan tangan.
6. Sesetenggah tukang sebat akan menyebat dengan cara terus.
7. Sesetenggah tukan sebat akan menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan
kulit tersentap keluar.

Sebatan Cara Islam
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebig 1.25 sm.
2. Jika Pesalah wanita hamil, hukuman dilaksanakan selepas dua bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka,kepala , perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat cara berdiri manakala pesalah perempuan disebat keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

ANDA DAN 100 HARI SEBELUM DIJEMPUT
Assalam Mu'alaikum mari lah kita berkongsi dan bacalah dengan teliti dan berlapang hati.
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH Swt pada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimana pun dengan amat pemurahnya ALLAH Swt pada hambanya akan mendapat tanda ini samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda-tanga ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengiggil.Contohnya seperti daging lembu yang baru di lapah selepas disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya bahagia dan lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
bagi yang sedar tenda ini maka ini adalah peluang terbaik bagi memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi kematian.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga biasanya akan berlaku sesudah waktu asar.Bahagian pusat kita akan berasa berdenyut-denyut.pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gurur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLAH Swt. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan keatas kita. Antaranya ialah Ia akan mengikuti kita sepanjang masa
akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan binggung seketika.
Adapun Malaikat maut ini wujud cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut
TANDA 7 HARI SEBELUM
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI SEBELUM
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi najis dan dengan ini memudahkan urusan orang yang akan memandikan dan menguruskan jenazah kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya dan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihat dari bahagian sisi muka kita.yelinga akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam,Telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI SEBELUM
Akan juga berlaku sesudah waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iatu di kawasan ubun-ubun dimana ini menendakan kita akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini kita hendaklah terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menentikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH Swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu baik dan bijak.

Sunday, August 23, 2009

Hayati Kegagalan

Anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya dan ingat
jangan sekali-kali anda meremehkan sesuatu perbuatan yang baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Hidup memerlukan pengorbanan
pengorbanan memerlukan perjuangan
perjuangan memerlukan ketabahan
ketabahan memerlukan keyakinan
keyakinan pula menentukan kejayaan
kejayaan pula akan menentukan kebahgiaan

Kerana untuk hidup
Hidup tak selalunya indah, tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Setiap yang kita lakukan itu biarlah jujur dan ikhlas, kerana kejujuran dan keikhlasan itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan, tanpa kejujuran dan keikhlasan hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Untuk berlaku jujur
jagalah hati dan budi, andai hati terluka umpama besi bengkok walau di ketuk ianya sukar pada yang asal.
Kita juga perlu beringat bahawa
dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan, keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Bila bersahabat,
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran, jikalau anda tidak terkena jelaganya
sudah pasti anda terkena asapnya.

Pasti kah anda gagal????
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan
Tidak ada insan yang suci yang tiada masa lampau, dan tiada insan yang berdosa yang tiada mempunyi masa depan. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan

Ingatlah dalam berkata-kata
kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu, tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Kembali lah kepada keinsanan dan keimanan
agama tidak pernah mengeciwakan manusia ,tetapi manusia lah yang yang selalu mengeciwakan agama
Gantunglah azam dan semanggat anda setinggi bintang di langit dan rendahkan lah hati mu serendah mutiara di lautan
esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita, riaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang di imaginasi

Bila kita berkata-kata
kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyi makna untuk menjelaskan perasaan, manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tetapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita milikki, tetapi kita seringkali ingat apa yang orang lain ada,
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang kita.
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari

................yang selalu ku ingati.....................

Friday, August 21, 2009

TUHAN menciptakan kita dengan dua mata untuk melihat, dua tangan untuk memegang dua kaki untuk berjalan tetapi Allah hanya mencipta sekeping hati ??? kerana ALLAH mengamanahkan kepada kita untuk mencarinya.

Untuk itu cari lah dengan
Membaca ianya membentuk keperibadian,
Menulis ianya membentuk kesempurnaan.

Dan dalam pencarian membentuk kesempurnaan
Orang tidak kesah setakat mana yang anda tahu,(berilmu)
sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Maka dalam pencarian itu kita akan jumpa
Orang yang hina adalah sentiasa mencela orang lain,
manakala orang mulia adalah sentiasa mencela dirinya.

Bila sudah dapat pencarian itu Janganlah
Meninggikan suara merendahkan kuasa.
Orang yang berlagak sahaja yang pandai berkata-kata.
Orang yang bijak sahaja sentiasa mendengar dahulu.

Dan sempurnakan lah dan lakukanlah
Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri sendiri.
Menghormati diri lebih memberi kepercayaan kepada kita dan
hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi peribadi kita.

Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menuju yang satu,
berbagai dugaan yang menimpa...meratah keimanan kita satu persatu
...kekadang rasanya tak mampu..kadang-kadang mahu beralah...tetapi
jika manusia sesama manusia mengejar KASIH manusia itu lah
rahsia manusia bersaing dan berbalah.

Untuk itu
Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu
tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.

Jangan jadikan
Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya
amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

Kejayaan hari esok bermula dengan usaha hari ini....tidak berbuat apa-apa
adalah kubur kehidupan.

MINDA kecil berbicara tentang manusia
MINDA sederhana berbicara berkaitan peristiwa
MINDA besar berbicara tentang idea

Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim.
Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji

Ingatlah sabar itu iman , harta bukan kawan,dunia hanya pinjaman,mati tak berteman

Monday, August 17, 2009

Berani gagal dengan berfikir sejenak,merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

Amat Aku berasa sekali
Jadikan diri kita bermula sebagai seorang yang baru,
kerana rahsia untuk berjaya ialah menghormati hak orang lain.

Anda perlu ingat.
Angan-angan tidak akan merubah kita walau seinci, tapi apa yang kita laksanakan itu lah yang merubah kita.
Saya sungguh percaya esok sudah tidak boleh merubah apa-apa yang berlaku pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh merubah apa yang akan terjadi pada esok hari.
Saya berseru
yang telah berlalu biarlah ianya berlalu, yang mendatang hadapinya dengan cemerlang.

Dan anda juga jangan lupa
kita juga harus ingat bahawa jatidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang kala kejian juga. lantaran banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat, sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil maka batil lah jadinya.
Andai air usaha itu boleh kita teguk, teguklah sehingga ianya kering dan basahan tawakal bakal mendingin diruang tekak kita.

Adakalanya saya teringat
Kekadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ianya meninggalkan kita, dan dikala itu kita hanya mampu pasrah.

Umpamanya
Andai anda pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah satu masa nanti mungkin semua itu akan sirna
Dan saya juga faham
untuk merasai kemanisan, perlu mengupas kepahitannya.
Ingatlah wahai kawan-kawan
tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain dari sebuku usaha dan kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya.

Jadinya
berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali
kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur.

Ingat juga wahai kawan
Hidup tanpa cita-cita, sia-sia,
Hidup tanpa usaha tidak akan kemana.
Manusia mampu mengemukakan seribu alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya.
Mengapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan ia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa.

Pesan saya
Jangan sesekali menggadai prinsip
demi untuk mendapatkan dunia yang penuh kepalsuan.
biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Hidup ini adalah warna-warna yang terlakar pada kanves walaupun tidak cantik namun ianya tetap memberi seribu maksud yang tersurat dan tersirat. Satu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.

Ingat wahai kawan
Tidak ada manusia hidup mahu untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal,

Dan
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Saya juga tidak lupa
Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, mengapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.

Perlu ingat juga
Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup,Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ianya telah mati.
setiap manusia di lahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun kita berada di bawah , tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semuala. Namun seandainya mati
puinca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

...............untuk dewiku supaya riang dan ceria selalu...........

Thursday, August 13, 2009

Belajar daripada kegagalan kita adalah bagi mencapai kejayaan.Tidak pernah gagal bererti tidak pernah menang.Kecuali kita mengalami kegagalan dan pahitnya kegagalan, kita tidak akan dapat menghargai manisnya kemenangan.

Pencapaian terunggul dalam hidup boleh mampu bangkit kembali daripada kekecewaan akibat kegagalan.

".....hidup adalah satu pengembaraan, beranilah mencubanya...."
jangan biarkan diri anda kecewa akibat sebarang kegagalan selagi anda telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan anda.

Kegagalan sering bertutur dengan kita dalam "bahasa bisu" yang kita tidak fahami. Kita akan membuat kesilapan yang sama berulang kali tanpa mendapat faedah daripada pengajaran yang ia ajarkan kepada kita. Jikalau ini tidak benar , kita akan memerhati dengan lebih teliti kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh orang lain dan mendapat faedah daripadanya.

Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Jangan takut pada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Lakukan lah apa yang terasa dihatimu sebagai betul-kerana kamu akan dikritik bagaimana sekali pun. kamu akan dikutuk jika melakukannya, dan dikutuk jua jika tidak melakukannya.

Mereka yang belum melakukan perjalanan yang sukar dan telah menemui kejayaan dengan cara mudah tidak mengetahui bagaimana untuk menghasilkan semula kejayaan apabila mereka kehilangan kejayaan mudah mereka . Dengan perkataan lain mereka yang belum pernah gagal tidak akan mengenali kejayaan sebenarnya.

Setiap masalah yang wujud, pasti ada jalan penyelesaiannya atau tiada jalan penyelesaian sekali, Jika ada jalan penyelesaian cuba lah cari jawapannya, sekiranya tiada, kenapa perlu khuatir tentangnya. Kita hanya cuma mampu mengecilkan masalah besar itu kepada yang kecil.

Bukan apa yang kita baca, tapi apa yang kita ingat, yang membuatkan kita belajar.Bukan apa yang kita niat, tapi apa yang kita buat, yang menjadikan kita berguna.Bukan sekadar hasrat yang samar, tetapi perjuangan sepanjang hayat yang menjadikan kita hebat.

Kegagalan bukan lah bererti anda seorang yang gagal, ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi,

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa, ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu.

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang bodoh kerana mencuba, ia bererti anda berani, anda berhati teguh bersemanggat waja-berbanggalah dengan diri anda.

Kegagalan bukanlah penanda anda tidak akan berjaya, ia bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi.

kegagalan bukan bermakna anda kecundang, ianya hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula-mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah melupakan anda, ia hanyalah bermakna dia mempunyi rancangan yang lebih baik untuk anda.

Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad.

Jangan takut bahawa kehidupan anda akan berakhir, tapi takutilah ianya tidak akan bermula.

RISIKO

Ketawa itu mengambil risiko kelihatan hodoh.

Menangis itu mengambil risiko kelihatan sentimental.

Menghulur tangan itu mengambil risiko terlibat.

Meluahkan perasaan itu mengambil risiko mendedahkan diri sebenarnya.

Meletakkan kasih dan impian di hadapan seseorang mengambil risiko akan. kehilangannya.

Mencintai itu akan mengambil risiko tidak akan dicintai kembali.

Hidup itu mengambil risiko mati.

Berharap itu mengambil risiko kecewa.

......."Untuk puteriku yang sentiasa diawan biru"........