Thursday, January 28, 2010

RENUNG-RENUNGKAN LAH

Assalamulaikum beb,bai-bai dan sahabat yang aku hormati semuga anda semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt.

Bagi beb aku yang seorang tu aku sokong apa-apa sahaja cita-cita kamu yang kamu fikirkan betul dan aku sentiasa mendoakannya agar ianya berhasil...selamat berjaya beb.

Ok lah ...Kali ni aku mengemukakan tulisan yang berlainan sikit agar kita boleh menggunakan akal untuk kita mengupas, menganalisa sesuatu kejadian itu,dan dengan ini dapat lah kita melupakan apa-apa yang telah berlaku atas diri kita...., Insyallah.

Sahabat, sebenarnya aku suka membawa cerita yang berat-berat untuk anda sekelian mengupasnya dan menguji kekuatan minda anda, adakah anda memilikki minda juara.

Teori yg sangat menarik utk dikupas dan dibahas.. Serta dibuat renungan..

Tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias, perlanunan di Selat Melaka. Adakah ketiga-tiganya mengandungi agenda geopolitik asing terhadap Malaysia dan Indonesia di abad ke-21?

Soalan ini wajar dihalusi oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia yang prihatin terhadap kesejahteraan Asia Tenggara, khususnya wilayah Nusantara yang mewarisi sejarah persahabatan sejak zaman berzaman.

Keprihatinan ini wajar berpaksikan hakikat bahawa di abad ke-21 memang ada kuasa besar yang mahu menguasai beberapa lokasi strategik di Asia Tenggara.

Antara lokasi tersebut ialah Selat Melaka yang dikuasai bersama oleh Malaysia dan Indonesia.

Selat Melaka dipercayai mahu dikuasai pihak asing kononnya untuk membanteras perlanunan dan terorisme yang dikatakan membahayakan pengangkutan minyak dan gas cecair asli dari Asia Barat dan Asia Tengah ke lain-lain destinasi di Asia Timur dan Lingkungan Pasifik.

Utara Sumatera dipercayai ideal dijadikan pangkalan laut tentera asing untuk menguasai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara. Selatan Filipina dipercayai mahu dikuasai untuk dijadikan pangkalan laut tentera asing bagi mengawal Laut China Selatan.

Tenggara Thailand pula dikatakan ideal untuk dijadikan pangkalan udara tentera asing bagi memperkukuhkan pertahanan udara tentera asing berkenaan di Laut China Selatan.

Kekuasaan tentera asing ke atas seluruh lokasi strategik tersebut dikatakan akan melengkapkan strategi pertahanan tentera asing berkenaan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh China di abad ke-21.

Oleh itu, apabila tsunami membunuh lebih 250,000 rakyat Indonesia, salahkah kalau rakyat Malaysia-Indonesia bertanya, benarkah ia bencana alam? Mungkinkah tsunami itu angkara pihak yang mahu menguasai Indonesia, Thailand atau Malaysia?

Kalau tidak mungkin, mengapakah bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), William Cohen, pernah memberitahu satu seminar counter-terrorism pada April 1997, bahawa teroris sudah mula menggunakan `senjata ekologi' untuk menukar cuaca, meledakkan gempa bumi atau meledakkan gunung berapi secara jarak jauh dengan menggunakan gelombang elektromagnatik.

Menurut Cohen, perkembangan seperti di atas adalah benar. Lantaran itulah beliau menggesa supaya usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan untuk menangani gejala berkenaan.

Oleh itu, tidak mungkinkah yang dimaksudkan dengan `usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan' membawa erti bahawa AS juga wajar menguasai teknologi dan teknosains dalam bidang menukarkan cuaca, meledakkan gempa bumi, meledakkan gunung berapi secara jarak jauh menggunakan teknologi elektromagnatik dengan lebih baik dan lebih canggih daripada yang dikuasai oleh pihak teroris?

Jika hakikatnya demikian, tidak mungkinkah AS merupakan satu daripada kuasa dunia yang mempunyai teknologi dan teknosains mengenai peperangan cuaca ini?

Sebab itukah banyak pihak mempercayai bahawa tentera udara AS kini mempunyai kemampuan memanipulasikan cuaca, sama ada untuk ujian atau kegunaan sebagai senjata ketenteraan?

Sebab itukah maka ada pihak yakin bahawa antara kapabiliti ketenteraan AS mutakhir termasuklah teknologi pembikinan banjir, ribut taufan, kemarau dan gempa bumi?

Secara umumnya, teknologi memanipulasikan cuaca ini dikenali sebagai teknologi High-Frequency Active Auroral Research Program atau HAARP yang wujud sejak 1992. Pihak-pihak yang sinis terhadap HAARP menggelarkannya sebagai `teknologi maut'.

Ini kerana modifikasi cuaca dikatakan boleh menjejaskan plat tektonik di dasar lautan sehingga menyebabkan gempa bumi dan peralihan plat itu. Jika ini terjadi, akan meledaklah gempa bumi yang dahsyat sehingga mencetuskam tsunami.

Banyak pihak pula berpendapat bahawa teknologi ini boleh digunakan secara unilateral, secara ofensif, secara defensif, atau digunakan sebagai usaha-usaha pencegahan.

Teknologi ini dipercayai pernah digunakan ke atas beberapa `negara samseng'. Sebab itulah negara-negara terbabit telah mengalami pertukaran cuaca yang drastik sejak beberapa tahun lalu.

Manipulasi

Contohnya, Korea Utara dikatakan telah mengalami musim kemarau yang panjang dan kemudiannya diikuti pula oleh hujan dan banjir. Keadaan ini telah memusnahkan seluruh sistem pertanian di negara tersebut. Tidakkah ini akibat modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik?

Negara-negara seperti Iraq, Iran dan Syria juga mengalami keanehan cuaca sepanjang 1999. Adakah ini satu kebetulan? Atau, inikah kesannya manipulasi cuaca?

Afghanistan pula mengalami kemarau empat tahun berturut-turut sebelum ia dilanda Peperangan Antikeganasan Global (PAG) pada 2001. Akibatnya, seluruh ekonomi negara itu musnah dan rakyat jelatanya dicengkam kebuluran.

Adakah ini satu kebetulan? Bukankah ini kesan manipulasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik oleh sesetengah kuasa besar dunia?

Dalam sesuatu peperangan, yang penting adalah matlamat, bukannya cara. Contohnya, sistem pertanian Korea Utara musnah tanpa sebarang ledakan bom ataupun kedatangan bala tentera asing untuk memusnahkan ladang-ladang di negara tersebut. Ia musnah akibat manipulasi cuaca.

Oleh itu, salahkah kalau hari ini ada pihak berpendapat bahawa manipulasi cuaca adalah satu senjata yang amat berkesan. Ia boleh digunakan ke atas negara musuh atau negara sahabat yang mahu dihuru-harakan atas sesuatu sebab tertentu?

Oleh itu juga, mustahilkah tsunami pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi pada 28 Mac 2005 di perairan barat Sumatera adalah akibat persenjataan ekologi seperti di atas?

Adakah satu kebetulan apabila pada 17 Disember 2004, Presiden George W. Bush mengeluarkan arahan eksekutif memberikan AS kuasa mengawal seluruh lautan di dunia, dan sembilan hari sesudah itu terjadi gempa bumi dan tsunami di perairan Aceh, Indonesia?

Adakah ini satu kebetulan? Atau, adakah ini memang dirancang kerana Aceh adalah satu-satunya lokasi strategik sebagai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara?

Bukankah lokasi Aceh strategik kerana di sana beroperasi sebuah syarikat petroleum yang besar? Di sana juga ia mempunyai rizab gas asli yang besar? Bukankah Aceh strategik kerana di sana terdapat Gerakan Aceh Merdeka yang disifatkan sebagai teroris sekutu Al-Qaeda?

Bayangkan. Kini Aceh jadi padang jarak, padang tekukur. Kesan tsunami di sana lebih teruk daripada ledakan bom nuklear. Dan, tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, ratusan ribu rakyat Indonesia telah pun terkorban.

Tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, beribu-ribu tentera AS sudah berada di Aceh. Inikah yang dikatakan sebagai peperangan strategik atau taktikal?

Soalan ini mesti ditanya, khususnya apabila `misi kemanusiaan' AS ke Aceh dikepalai oleh Leftenan Jeneral Blackman, jeneral perang yang mengepalai pencerobohan AS ke Baghdad pada Mac 2003.

Pada 29 Mac 2005, satu lagi gempa bumi yang besar berlaku di perairan pantai barat Sumatera. Gegarannya turut menggemparkan ribuan rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Johor.

Soalnya, adakah gempa itu juga benar-benar satu bencana alam? Mungkinkah ia akibat senjata ekologi seperti yang dihuraikan di atas?

Tidak mungkinkah gempa bumi berkenaan bertujuan mengalihkan tumpuan masyarakat Indonesia dan Malaysia daripada sesuatu yang lebih besar yang sedang dirancang dan boleh terjadi di Selat Melaka tidak lama lagi?

Kalau tidak, mengapakah kebelakangan ini gerakan perlanunan di Selat Melaka seolah-olah mendapat suatu nafas dan tenaga baru? Mungkinkah ini tindakan `lanun upahan' untuk merintis sesetengah kuasa besar menguasai Selat Melaka?

Atau, mungkinkah wujud sesetengah rakyat Nusantara sendiri yang sedang bersubahat dengan pihak asing untuk menghuru-harakan Malaysia dan Indonesia bagi memudahkan kuasa asing mencapai agenda geopolitiknya di Selat Melaka?

Rakyat Malaysia dan Indonesia yang prihatin wajar merenungkan seluruh huraian dan pertanyaan di atas. Kerajaan Malaysia dan Indonesia pula wajar berwaspada setiap masa walaupun teori konspirasi seperti ini disifatkan keterlaluan.

Wartawan Malaysia dan Indonesia juga perlu proaktif dalam pengutipan maklumat dan berita yang boleh menggemparkan Nusantara dengan ledakan yang mungkin lebih dahsyat daripada tsunami di Aceh atau gempa bumi di Pulau Nias.


...“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah ar-Rum (30):41]....

Tuesday, January 26, 2010

LUPAKANLAH KEKECEWAAN

Teman, sahabat-sahabat ku, Assalamulaikum, semuga anda bahagia sentiasa dan dirahmati Allah swt.Tak lupa juga pada beb-beb dan bai-bai semua

Aku bersyukur kerana ada dalam kalangan sahabat aku memberi aku semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk kita sama-sama manfaatkan demi kebaikan dalam kehidupan kita yang penuh dengan cabaran ini, kadang kala aku juga tidak terlepas dari dugaan yang hebat-hebat yang datang bagai badai Tsunami,

oleh itu

Lupakanlah Kekecewaan

Dalam waktu satu tahun telah banyak perkara yang telah kita lakukan, dalam pekerjaan kita dan dalam hubungan social kita. Dari sekian banyak pekerjaan kita, mungkin sahaja ada yang pekerjaan atau hasilnya yang membuat kita kecewa. Kita adalah manusia yang jauh dari kesempurnaan, kekecewaan suatu hal yang boleh kita jumpai dalam hidup ini, hakikatnya manusia itu jauh dari sifat kesempurnaan.

Kadang-kadang, kekecewaan boleh menurunkan semangat. Seperti yang pernah saya alami pada seorang kawan yang melakukan kesalahan dan kesilapan. Dia kecewa sehingga pekerjaannya makin menurun. Sementara itu ada staff lain yang juga melakukan kesalahan, tetapi pekerjaannya tetap bagus tidak terpengaruh oleh kesalahan tersebut. staff seperti inilah yang disebut dengan mental juara.

Anda juga boleh memiliki mental juara jika Anda cukup pandai melupakan kekecewaan Anda. Jangan diingat-ingatkan lagi bagaimana kecewanya Anda disaat itu. Lupakan semuanya, ganti dengan kenangan-kenangan kemenangan dan keberhasilan. Rasakan bagaimana bahagianya, rasakan bagaimana senangnya, dan bersyukurlah.

Kenangan pahit dapat membuat kita turun semangat. Mengingat kekecewaan boleh membuat citra diri kita hancur luluh dan lebur. Citra diri sangat dipengaruhi oleh kenangan mental yang membelenggu. Jika kenangan mental Anda buruk, ianya akan kuat mengganggu citra diri Anda. Oleh karena itu berusahalah untuk tidak mengingat-ngingatkan kenangan buruk atas kegagalan dan kekecewaan Anda, berikanlah kemaafan dan berbaiklah semula.

Namun, jangan sampai hikmah yang ada bersama kekecewaan itu juga ikut dilupakan dan terkubur bagitu sahaja. Mengingat hikmah adalah sangat bermanfaat. Kita harus pandai memisahkan antara hikmah dengan peristiwa. Ambillah hikmah, lupakan kekecewaan. Memang tidak mudah, berikut ada beberapa tip atau cara yang boleh kita lakukan:

• Catatlah hikmah-hikmah dari kekecewaan kita tanpa menyebutkan peristiwanya. Jika teringat peristiwa tersebut, jangan lupa untuk segera mengingat atau menyebut hikmah dari peristiwa tersebut, sentiasa berfikiran positif dan sangka baik.

• Bezakan antara fakta dan khayalan. Fakta memang benar, tetapi khayalan belum tentu benarnya adakalanya ianya dipengaruhi oleh orang ketiga.

• Sebagai contoh “Anda gagal berkasih”, itu adalah fakta. “Anda tidak akan Berjaya dalam berkasih”, ini hanya khayalan belaka yang tentu saja salah, cuba anda fikirkan.

Jika sikap kita benar, pengalaman yang mengecewakan akan memberikan kita hikmah yang
membuat kita bahagia dan sentiasa berfikiran positif dan selalu bersangka baik, lupakan kekeciwaan,berikanlah kemaafan, itu lebih baik dan bukalah lembaran baru perhubungan anda dengan sidia, kerana yang lepas itu adalah pengalaman dan pengajaran dan ianya akan mengajar kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya, yang lepas lupakan dan jadikan pengajaran untuk kearah kebaikan dan ianya tetap jadi sejarah untuk rujukan dalam menuju kearah kebaikan.


………Janganlah keciwa, dunia belum kiamat kita masih ada masa………….

Sunday, January 24, 2010

ADAKAH IANYA MEMERLUKAN SEBAB DAN BUKTI

Adakah ianya memerlukan sebab dan bukti
Assalamulaikum sahabat, beb, bai dan rakan-rakan aku yang aku hormati, semuga anda sentiasa sihat dan di rahmati Allah sentiasa.

Kali ini sahabat-sahabat sekelian aku ingin kamu semua cuba mengupas masej dialog ringkas kat bawan ni, tentang nilai moral yang terdapat padanya, aku bukan sengaja-sengaja nak ada-adakan dialog ni, aku hendakkan kamu semua tahu menilai tentang perasaan dalam diri seseorang yang telah tewas dan tak berdaya lagi adakah ia perlu menunjuk sebab dan mengemukakan bukti setelah ianya tewas
Bacalah kalau kamu berminat membacanya.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu dan manja, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya dan bukti , seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab dan bukti untuk mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab dan bukti? Tidak! Aku masih mencintai mu dari dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab dan bukti kerana ia adalah perasaan. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.Itu lah cinta sejati”

Semuga kau cepat sedar dari koma mu sayang........

........SEKIAN..................

Friday, January 22, 2010

SEMAKIN ANDA MEMAHAMI

Assalamulaikum sahabat,beb-beb dan bai-bai semua,semuga anda di rahmati Allah swt sentiasa.

Kepada beb-beb semua aku juga minta banyak-banyak kemaafan kerana langkah aku sumbang ketika dalam arena pesilatan bersama kamu, aku tak pernah belajar bersilat jadi aku terus tewas dan jatuh tersungkur dan tergolek-golek dengan tepukan yang sungguh menghina sekali

Untuk itu bacalah apa yang hendak aku kongsikan bersama dengan kamu semua agar kamu semua memahami erti kehidupan ini dan kamu faham dan terus memahami erti kehidupan , bahawa kekalahan bukan bererti kita tewas selama-lamanya.

SEMAKIN ANDA MEMAHAMI
Semakin banyak Anda memahami tentang dunia di sekitar Anda, semakin bergairah dan penasaranlah anda terhadap kenyataan hidup dalam hidup Anda yang penuh dengan gelora yang anda sendiri ciptakan……ingat apa yang anda semai itu lah nanti akan anda tuai…..

Fahamilah
Gairah adalah salah satu elemen pokok yang meringankan upaya dan mengubah kegiatan-kegiatan yang biasa-biasa sahaja menjadi suatu pekerjaan yang dapat dinikmati.

Fahamilah
Semakin besar “Mengapa” Anda, akan semakin besar tenaga yang Anda perlukan bagi mendorong Anda untuk meraih kejayaan.

Fahamilah
Mimpi tidak hanya membantu Anda berhadapan dengan kegagalan, tetapi mimpi juga menjadi memotivasi kepada Anda secara konstan.

Fahamilah
Mimpi masa kini adalah kenyataan hari esok.

Fahamilah
Anda boleh, jika Anda berpikir boleh, selama akal mengatakan boleh. Bataskan sesuatu apakah yang boleh masuk akal atau tidak, kita lihat saja orang lain, jika orang lain telah melakukannya atau telah mencapai impiannya, maka impian tersebut adalah masuk akal.

Fahamilah
Menuliskan tujuan mungkin sangat membantu dalam menjaga alasan melakukan sesuatu.

Fahamilah
Apakah kita boleh untuk mengembangkan misi kita? Insya Allah kita boleh, karena Allah Mahatahu, Allah tahu sampai dimana usaha dan kemampuan kita. Jika kita tidak merasa mampu berarti kita belum benar-benar mengoptimalkan usaha kita.

Fahamilah
Jika sasaran obsesi itu baik, maka memiliki obsesi bukan hanya baik, tetapi harus. Karena motivasi dari sebuah obsesi sangat kuat.

Fahamilah
Untuk mencapai kejayaan, Anda harus memutuskan dengan tepat apa yang Anda inginkan, tuliskan dan kemudian buatlah sebuah rencana untuk mencapainya.

Fahamilah
Bolehkah kita meraih kejayaan yang lebih besar lagi?

Fahamilah
Merumuskan Visi dan Misi adalah salah satu bentuk dalam mengambil keputusan, bahkan pengambilan keputusan yang cukup fundamental. Visi dan Misi Anda akan menjiwai segala
gerak dan tindakan di masa hadapan.

Fahamilah
Jangan takut dengan gagalnya meraih visi, kegagalan meraih visi sebenarnya bukan suatu kegagalan, tetapi merupakan keberhasilan yang Anda tempuh meskipun tidak sepenuhnya.

Fahamilah
Visi itulah yang akan menuntut perjalanan hidup Anda.

Fahamilah
Menciptakan kebiasaan baru adalah salah satu dari kunci kejayaan. Jika anda ingin berjaya Anda harus mulai menciptakan kebiasaan-kebiasaan yang akan membawa Anda kepada kejayaan

Fahamilah
Jika Anda ingin berjaya dalam perniagaan, perhubungan,profesyen, pendidikan, olah raga, dsb— maka Anda harus memiliki kebiasaan-kebiasaan seorang pemenang pula.

Fahamilah
Jika Anda ingin suatu kehidupan yang berbeza, buatlah keputusan yang berbeza juga.

Fahamilah
Tengoklah kembali perjalanan Anda disaat ini, akan menuju kemana? Apakah ke arah yang lebih baik, atau ke arah yang lebih buruk, atau tetap saja seperti di saat ini? Tetapkanlah sebuah keputusan dan jalanilah menuju kejayaan

Fahamilah
Potensial pilihan Anda begitu melimpah, keputusan Anda dapat sahaja merubah hidup Anda secara dramatis dalam waktu singkat.

Fahamilah juga
Hanya satu motivasi yang ada, yaitu Allah. Adapun motivasi lainnya harus dalam rangka “karena dan/atau untuk” Allah.

Wednesday, January 20, 2010

KEPERCAYAAN CINTA

Assalamulaikum sahabat, apa kabar, semuga anda bahagia selalu dan di rahmati Allah sentiasa.
Aku terpaksa membuka semula Blog aku ni kerana aku rasa tak ada gunanya aku tutup,aku inginkan perkongsian pengalaman dan pendapat...bagi sahabat yang hantar e-mail kat aku, aku ucapkan terima kasih atas sokongan anda tu.Aku amat menghargainya dan memahami apa yang anda mahukan.
Tulisan aku kali ni sahabat adalah berkaitan tentang kepercayaan cinta,bacalah dan fahamilah falsafah di sebalik apa yang aku tuliskan ini

Kepercayaan cinta

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu sahaja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?


.......I deramed my life would be so different from this hell I’am living but now life has killed the dreams I dreamed!....(terima kasih sahabat atas sokongan mu)

Thursday, January 14, 2010

Tentang Cinta

Assalamulaikum sahabat apa kabar ,semuga sahabat semua sihat dan bergembira dan jangan ada duka dalam diri sahabat kerana duka akan membawa derita.

Kali ini tulisan aku berkaitan "Tentang Cinta" pula selepas "Apa itu Cinta",
Selepas tulisan aku kali ni, aku rasa nak berhenti menulis, aku dah malas dah, sahabat cari lah sendiri, kalau sahabat merasa rindu pada aku cuba lah "Renunggi bulan dan bicara lah dengannya"

Tentang cinta
1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtahnya sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
berbicara lah dengannya" agar kita mengerti

Maka berakhirlah episod kisah cinta, dengan ini aku akan hilang dari maya ini dan aku minta maaf pada sahabat-sahabat andaikata tulisan aku ada menyentuh perasaan sahabat itu bukan niat aku, niat aku mahukan sahabat semua gembira tanpa ada rasa derita, dan mana-mana sahabat ada rasa tersentuh aku minta berbanyak maaf, niat aku ikhlas hendak berkongsi pengalaman dan memberi nasihat setakat mana aku termampu. Dan akhir kata dari BRANI GAGAL ......."andaikata manusia itu diberi dua buah lembah emas nascaya dia akan mencari yang ketiga".......SEKIAN

Monday, January 11, 2010

APA ITU CINTA

Assalamulaikum, sahabat dan beb-beb semua,semuga sihat sentiasa dan ceria selalu.
Sebagaimana yang aku janjikan,aku akan cuba mengambarkan kisah-kisah cinta bagi mereka-mereka yang kemaruk cinta, bagi beb-beb yang bercinta tu maaf lah ye mana lah tahu kisah ni ada mencuit perasaan anda pulak.....maaf lah ye beb

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.(Mahatma Ghandi)

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangan kepercayaan padanya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup dan ada harapan. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakan apa yang telah dilakukannya pada kamu.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu selagi ada hayatnya.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat (Hamka)

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang umpama seekor kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.(Hamka)

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Sunday, January 10, 2010

Cinta sejati Langit dan Laut

Assalamulaikum sahabat dan beb-beb semua,semuga sihat sejahtera sepanjang masa walau dimana anda berada.

Sebenarnya beb aku nak cuti kejap dari menulis ni tapi di sebabkan aku ada terima banyak e_mail dari sahabat-sahabat "muda" yang kemaruk cinta minta aku tulis tentang cinta, maka kena lah juga aku ikutkan, sebenarnya beb aku dah bosan dengan kisah cinta ni.....tapi tak mengapalah kita kongsi pengalaman. Aku mulakan dengan kisah Cinta sejati langit dan Laut dan aku minta kamu semua nilaikanlah moral cerita ni.

Cinta sejati langit dan laut.

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Friday, January 1, 2010

PERKARA DALAM HIDUP

ASSALAMULAIKUM, Apa kabar beb-beb dan sahabat-sahabat, semuga anda semua dirahmati Allah swt

Ok lah beb dan sahabat, kali ini saya nak mengajak anda semua mengenali diri sendiri dengan merenungkan perkara-perkara yang saya tuliskan di bawah .Adakah sepanjang kehidupan kita, kita melakukannya

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih
daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar
anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan
lain akan menjadi lebih penting apabila
usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang
anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa
yang ada atau tidurlah seberapa lama
yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah
matanya beb.

KELIMA.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati
dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda
akan berasa seolah-olah diri anda
tersiksa, tapi percayalah itulah
satu-satunya untuk melengkapkan
kehidupan ini.

KETUJUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat,
bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KELAPAN.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan
peribadi keluarga mereka.

KESEMBILAN.
Berbicaralah dengan tenang dan
berfikirlah dengan pantas.

KESEPULUH.
Apabila seseorang bertanyakan satu
soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah
padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KESEBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan
pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.

KEDUABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila
mendengar seseorang bersin.

KETIGABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi
kurang ajar dan hilang fikiran.

KEEMPATBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua
tindakan anda

KELIMABELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar
hama merosakkan sebuah persahabatan yang
besar.

KEENAMBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah
melakukan kesalahan, usahlah berlengah
untuk perbetulkan kesalahan itu.

KETUJUHBELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara
yang mereka dengar.

KELAPANBELAS.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
....yang ni beb banyak orang tak mengerti,kalau kita bersendirian mereka kata kita:-
1. sombong
2. keciwa
3. tak mahu bercampur
4. dan banyak lagi lah beb