Monday, February 22, 2010

ANDA MEMANG BERBEZA

Kenali Wanita...
Assalamulaikum sahabat, apa kabar semuga sahabat sihat, ceria dan sentiasa dirahmati allah sentiasa.

Kali ini aku hendak membicarakan tentang wanita, mula-mula akau nak tahu bagaimana sahabat meminta maaf pada isteri atau teman wanita sahabat. Ada macam-macam cara kan, yang penting bagi aku kemaafan itu perlu jika kita sudah buat kesalahan. Suami isteri memang biasalah selisih faham.
Tapi....selepas buat salah pada pasangan,selepas bermasam muka,terkasar bahasa dll....mestilah kena mintak maaf kan....
Ada orang boleh mintak maaf secara berdepan,ada orang melalui telefon,ada orang hantar sms...ataupun buat tak tahu dan biarkan berlalu begitu sahaja ?
macamana cara anda?, mungkin cara anda berguling-guling macam cerita Hindustan yang tak laku di pawagam sambil berlagu. atau kejar mengejar di tepi pantai macam belangkas mabuk todi
Ok lah aku tidak mahu nak melanjutkan bagaimana cara nak minta maaf ni,semua orang tahu kan tapi caranya aja yang berlainan.

Sekarang aku nak membicarakan bagaimana kita hendak mengenali wanita agar dengan ini kita boleh mengenali wanita dengan sedalam-dalamnya dan dengan ini nanti boleh membantu memberikan kita laluan untuk memberi dan menerima kemaafan.

Bagaimana kita hendak mengenali wanita?, Di sini aku ceritakan serba sedikit apa yang aku tahu lah dan yang lain-lain tu sahabat cari lah sendiri, caranya ialah:-


Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan sahabat selepas sahabat menyakiti hatinya,lebih baik sahabat beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum sahabat menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Jika sahabat tidak suka dengan gadis yang sukakan sahabat separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang sahabat tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari sahabat selepas sahabat tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya sahabat masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali sahabat ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan sahabat.

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi sahabat atau menunggu panggilan dari sahabat,teruskan usaha sahabat untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Kalau sahabat masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


Senjata wanita adalah airmata!!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Friday, February 12, 2010

BEZANYA ANDA DENGAN ORANG LAIN

BEZANYA ANDA DENGAN ORANG LAIN

Assalamulaikum sahabat,apa kabar semuanya, aku harap semuanya sihat dan selalu ceria
Dalam suasana nyamannya malam diperkarangan rumahku aku terfikit apakah bezanya antara kita dengan orang lain tentang kejayaan nya.

Bagi aku peluang hanya datang sekali dan aku telah merasainya dan ianya tak akan datang lagi.Untuk menanti peluang yang lain anda lah jawapannya

Apa yang membedakan anda dengan orang lain yang telah berjaya? Jawabannya ialah karena anda tidak mengerjakan apa yang orang lain telah berjaya kerjakan.
Segala sesuatu yang kita kejar selalu menuntut pengorbanan. Hal yang paling umum yang diperlukan disaat mengejar cita-cita ialah cuba dan terus mencuba, tapi ingat peluang yang bererti bagi diri kita hanya datang sekali sahaja dalam kehidupan kita, jangan sesekali persia-siakan jika anda memperolehinya, hayatinya dan perbaikinya.
Suatu saat mungkin Anda merasa dunia ini bau keharumannya, kemana pun anda pergi bau keharuman itu selalu tercium. Sebelum anda memutuskan bahwa dunia ini penuh dengan keharuman, periksalah diri anda sendiri mungkin ada keharuman pada misai(bagi lelaki) atau pakaian (bagi wanita)Anda yang tak setara dengan keharuman dunia ini.
Untuk mengubah sikap, ternyata tergantung pada diri anda sendiri.Andalah yang menjadi hakimnya

Menghilangkan sifat serik,dendan, curiga pada diri kita akan membantu kita menuju kejayaan yang lebih baik di dunia maupun di akhirat tetapi ianya akan menjadi berlainan dari keadaan sebelumnya, cubalah anda belajar berpuas hati dengannyadan perbaiki apa yang ada .
Dengan disiplin bukan saja kita tidak mendapatkan sangsi, tetapi dengan disiplin juga kita akan dapat meraih kejayaan, terhindar (insya Allah) dari kecelakaan, dan disiplin juga adalah ibadah.
Bermimpilah, buatlah tujuan dari mimpi anda, buatlah rencana, lakukan rencana, dan capailah mimpi anda.

Mungkin sahaja di tempat lain rezeki anda sudah menunggu, dunia ciptaan Allah swt ini luas penuh dengan rahmatnya carilah dengan rasa penuh dengan keimanan.
Jika anda mempunyai misi mulia, jangan takut untuk gagal, bukan hasil yang akan dinilai, tetapi usaha Anda untuk mencapainya, walaupun ianya dalam keadaan yang berbeza dari sebelumnya, bersyukurlah.
Jika kegagalan menghampiri Anda bukan berarti Anda harus menyerah, tetapi cari jalan lain, kemudian kerjakan lagi. Sekali lagi, jangan cepat menyerah.Walau ianya berbeza dari dahulu mungkin ianya lebih bermakna bagi andasekarang ini.
Menyerah adalah salah satu cara untuk gagal,hidup mesti diteruskan,walaupun apa yang terjadi carilah suasana yang berbeza dari suasana dahulu, lupakanlah yang dahulu.
Jangan lupakan kegagalan, tetapi ambilah hikmah dan pengajarannya walaupun ianya perit.

Lupakan kekecewaan, karena harapan dimasa depan masih terbentang luas dan begitu cerah selagi kita masih bernafas.
Jika sudah tidak ada harapan, cobalah jalan yang lain. Masih banyak lagi jalan lain yang boleh membawa Anda menuju kejayaan.
Anda telah mendapatkan sesuatu yang berharga pada kegagalan sebelumnya, sehingga kini Anda telah lebih bijaksana, lebih berpengalaman, dan lebih terampil gunakanlah kesempatan itu untuk meraih kejayaan baru anda.
Diantara ribuan peluang dan kesempatan, di sana ada kejayaan, namun dikelilingi dengan kegagalan. Ambil kesempatan dan peluang tersebut, biarkan Anda gagal dalam proses menemukan kejayaan tersebut.
Setiap kegagalan yang Anda buat adalah anak tangga Anda menuju ke puncak, yaitu kejayaan. Setiap kegagalan yang Anda temukan, memberikan anda arah yang jelas menuju kejayaan

Kegagalan:
• dapat memberikan kekuatan
• ladang mendapatkan pahala
• dapat menggali potensi Anda
• mengembangkan kreatifitas Anda.

Apabila apa yang sudah anda rencanakan dan anda mimpikan tidak terlaksana dengan kejayaan, maka langkah yang paling baik anda ambil adalah bertawakal pada Allah SWT

Jadi, berharaplah banyak-banyak, tetapi jangan kecewa jika gagal lagi.


Cintalah kepada PENCIPTA dan janganlah cinta kepada yang DICIPTA kerana yang MENCIPTA merencanakan segalanya manakala yang TERCIPTA menanti apa yang telah direncanakan untuknya....sesungguhnya ianya adalah kehendak yang empu NYA...

Saturday, February 6, 2010

Setelah anda pilih sayanggilah dia (3)

Assalamulaikum sahabat,semuga anda sihat dan gembira selalu serta dirahmati Allah swt.

Bagi sahabat aku yang telah berjauhan dari aku dan akan sentiasa berjauhan, aku amat terasa akan kehilangan anda,aku sudah tidak dapat berbicara, bercerita dan bertukar fikaran dengan anda, dan andai kata kita tak dapat berjumpa lagi,kesepatan ini aku minta berbanyak-banyak kemaafan dari anda semua, mungkin kita akan berjumpa di kesempatan yang lain.

Baik lah sahabat aku masih lagi membicarakan “Setelah anda pilih sayanggilah dia”, bagi melengkapkannya, supaya anda boleh berfikir demi kebaikan anda semua dalam menjalani hidup ini yang penuh dengan dugaan.
Itu sebabnya aku memilih kehidupa pada usia 40 sebagai permulaan hidup bagi setengah-setengah sahabat yang sudah mencapai usia 40han


Benarkah ‘life starts at 40″? Bagi Nabi Muhammad, umur 40 adalah bermulanya saat kerasulan.

Bagi sesetengah lelaki, umur 40 menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup. Kalau ia terus dengan kehidupan yang melalaikan dan memiliki tabiat tertentu yang tidak baik, maka lazimnya ia akan teruskan cara hidup yang demikian melainkan ia cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan. Manakala bagi sesetengah lelaki pula, sekitar umur 40 ialah tempoh waktu ‘miang’ dan ‘darah muda’ kembali semula. Sejauhmanakah kebenarannya?

Bagi sesetengah orang perempuan, umur 40 adalah suatu yang menakutkan. Kata orang, perempuan kalau

umur 20 han maknanya mengancam
umur 30 han maknanya macam-macam
umur 40 han maknanya diancam
umur 50 han maknanya terancam
umur 60 han maknanya dah tak boleh cam

Izinkan aku menulis dalam bahasa Inggeris pula untuk sahabat aku yang lebih selesa membaca dalam bahasa Inggeris.

Well, some of us never expected “something” strange will happen…after 10-20 years of marriage….that may stir the relationship of a “loving” couple…a relationship that is based on love (once). We are not exposed to this phenomena. We didn’t know about it until we go through our marriage and through an age period of 35 – 45 years old

Some observations that we could see in the phenomena at 40 (35-45 yrs old) among men are:

1. sexual desire is increasing, “miang muda datang balik”
2. hormone is increasing too
3. looking for different “taste” if routine of life looks the same over the years and “nothing” new or “refreshing” in the relationship
4. “life starts at 40 again”
5. “man is like coconut milk; the older he goes, the thicker his macho is”
6. man thinks that his partner, who looks the “same” in terms of beauty, shape, attitude, care more of the children, house and career…which will take away some quality time that may contribute to “escapism” among men

Among women, we maty find that they:

1. care less about beauty
2. care less about shape
3. take for granted that her man is satisfied enough after years of romance
4. take for granted that her man is supposed to be a responsbile man, as a father, a hubby, …. by the age of 40
5. routine of life is thought to be stable and balance, nothing to worry….
6. his “loyalty” is there already
7. at about 40, man should think of how be more devoted to God

In many cases, these “hopes’ or “perceptions” or “expectations” are not true or may not necessarily be true.

Few things to do by the couple
• get in shape
• take care of you beauty
• change environment
• change setting for the house quarterly
• renew bedroom setting
• recreation once a month (stay outside)
• eating out with family once, candle light, dating again
• see album of pictures together, talk about the past once a while
• always celebrate important dates
• change setting for love making
• exchange presents
• visit memorable places where love started to spark in life between you and him
• put on different sexy dresses occasionally
• diversify ways to seduce him
• work together on a series of projects
• hugs and kisses everyday in the morning and evening
• always try to accompany him whenever is possible
• say “love u” at the end of every telephone conversation
• say “miss u” when don’t meet more than a day
• say the kid misses u when he is not home more than a day, make up stories…that the kid says papa…pointing finger at his picture.

Sekian , aku minta maaf kalau ada mana-mana perkataan yang menyinggung sahabat, ini bukan lah bermakna apa-apa yang aku paparkan ini 100% betul dan aku minta sahabat sama-sama fikirkannya.Mana yang baik itu semuanya dating dari Allah swt dan yang cacat celanya adalah datang dari hambanya yang daif dan hina ini.

Setelah anda pilih sayanggilah dia (2)

Assalamulaikum sahabat apa kabar, aku harap anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu, beberapa hari ni aku tak berapa sihat lah, walaubagaimana pun aku cuba juga nak berkongsi pengalaman dan pendapat dangan anda semua, aku rasa ini lah caranya aku dapat menyumbang demi kebahgiaan sahabat semua.

Aku kemukakan tulisan ni hanya pada rakan-rakan aku samada lelaki atau perempuan yang telah berusia lebih 40 tahun usia agar berhati-hati dalam menjalani bidup berumah tangga kerana banyak cabaran yang akan anda temui nanti

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali
untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma aku ingin
berkata perkara yang betul di depan mata. Satu
hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan
tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, aku tetap
berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal
fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi
ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak
serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap
kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat
dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih
awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal
sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah
masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan
boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak
perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur,
mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak
lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu
apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki
bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini
lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan,
bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih
prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon
pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan
semakin meningkat!

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa
untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang.
Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling
wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin
baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat
aku andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali
gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu
tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil,
terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain
ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa
apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling
wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia
40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur
dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui
sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka
usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza
kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut
dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi
perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai
peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda
'keriangan' luar biasa, aku ada panduan untuk isteri
menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini
tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi
boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana
dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh:
"Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita
tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba
tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat,
dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja,
isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya
pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri
rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai
itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba,
sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom,
tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang
seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi
yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks.
Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat
mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan
di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang
hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak
sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat aku, tanpa mengira usia, isteri patut
bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di
kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau
yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau
senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih
menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan
cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas
cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan
tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang
suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin
menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri
terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita
pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih
anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun'
seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang- tang'.
Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti
tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang
menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan
soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi
kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang
macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam
Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut.
Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh
dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya
terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak
rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya
langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah
berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul
macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh
suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami
sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat
puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak
juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi
pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak
mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian
berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku
berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal
mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak
Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah
penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan
kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik
lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari
tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga
ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga
pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat
isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam
mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang
berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu
dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras
sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China
purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman.
Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash
dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain
bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk
kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam
goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan
sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur
barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan
senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan
dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara
senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan
tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri
tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau
dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di
hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang
nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air
sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang
mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada
orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar
ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu
beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting,
sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami

isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik.
Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.
Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam.
Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran
kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat
puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak
dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti
zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik

tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin.
Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada
minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening
kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu
bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam
hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah
seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Insyallah akan bersambung

........Life is for you, death is for me,
being happy is for you, being sad is for me,
being together is for you, being lonely is for me,
everything for you but you are for me......

Thursday, February 4, 2010

SETELAH ANDA PILIH SAYANGGILAH DIA

Assalamulaikum sahabat, semuga anda semua sihat sejahtera dan bagi sahabat aku yang akan menerima pinangan dari seseorang segerakan lah agar jangan “terlewat”.

Bagi sahabat aku yang masih lagi belum menerima pinangan atau mahu meminang aku harap juga kamu segerakan lah pekerjaan yang baik ni, agar kamu juga jangan sampai “terlewat”, kalau sudah terlewat segala-galanya sudah tidak bermakna dan berguna lagi.

Bagi yang akan bakal menerima pinangan tak lama lagi , aku harap jemput lah aku.

Untuk peristiwa pinang meminang ni aku sertakan tulisan yang berkaitan mengenali pasangan anda supaya ianya sedikit sebanyak menjadi panduan anda bagi mendapat kebahgiaan

Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.okey...bila anda sudah berpunya saya tidak boleh membantu lagi.........Take Care yourself beb!!!

Sebahagian cara lelaki untuk mengenal wanita.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

*Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaan

*Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

*Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

*Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

*Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.

*Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

*Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.

*Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

*Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.


Wanita perlu Tahu Tentang Lelaki

*Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

*Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

*Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

*Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

*Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

*Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

*Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

*Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

*Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

*Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

*Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

*Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

*Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

*Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

*Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

*Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

*Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

*Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

*Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Tuesday, February 2, 2010

MENGAPA ADA SIFAT BENCI

Mengapa ada sifat benci
Masa yang ada bagitu singkat bagi mereka yang menghargai masa dan menilai masa , Tetapi bagi mereka yang tidak mengenali masa dirasakan masa itu terlalu panjang untuk ditempuhi dalam masa sehari ,dan masa pada kali ini masih lagi sudi bersama ku memberikan khidmatnya dan bersama-sama mengisi setiap ruang masa yang masih berbaki ini tersedia dengan bait-bait kalimah yang punya erti. Atau sekurang-kurangnya mencari setiap pengertian yang terselindung di balik kelam kebenaran yang selalu kita lupakan atau pun kita tidak pernah mengambil tahu kerana kejahilan kita dalam mengenali kenyataan hidup. Aku dan engkau kadangkala sama-sama terkeliru dengan segalanya. Bukan kerana aku dan engkau jahil tapi kerana kita enggan menerima kenyataan fitrah kehidupan. Bukan kerana terlupa tetapi kita khayal dibuai bisikan-bisikan kosong dan hampa. Persoalannya; Apakah fitrah-fitrah kehidupan itu?

FITRAH PERTAMA
Setiap sesuatu ada pasangannya

FITRAH KEDUA
Setiap perbuatan ada balasannya

FITRAH KETIGA
Setiap yang berlebih-lebihan ada mudaratnya

FITRAH KEEMPAT
Setiap yang salah akan tewas jua

FITRAH KELIMA
Tidak akan sama walaupun kelihatan serupa 2 benda

FITRAH KEENAM
Insan sering tewas dengan masa

FITRAH KETUJUH
Setiap diri ada sayang & benci

FITRAH KELAPAN
Cinta itu buta

FITRAH KESEMBILAN
Mata sering menipu

FITRAH KESEPULUH
Orang yang baik, tidak hanya baik kepada kita sahaja.

Begitulah yang sempat aku fikirkan dalam mengejar masa yang sedikit itu dalam melayan fikiran ku yang berputar mencari pengertian demi pengertian ini. Akhirnya aku dapat juga pengertiannya .Namun aku sendiri tertarik dengan firasatku (tanpa rasa ujub) betapa; Mengapa menjadi fitrah dalam diri kita ada rasa ‘benci dan sayang’?

Aku akhirnya mengerti setelah melihat setajam-tajamnya dengan menerokai satu demi satu ‘benci dan sayang’ itu dengan sedalam-dalamnya betapa tanpa benci manusia tidak akan mengingati musuhnya…. tanpa sayang..menusia tidak akan merindui kekasihnya…atau isterinya.

Siapakah yang anda benci?
Siapakah yang anda sayang?

Andai kasturi hilang harum.
Mawar tak berkuntum
Kasih tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
kan ku peluk ribuan ampun
Rahmat yang maha agung.

Tentu anda mengenal diri anda sekanrang kan?
kasih tak bersambung

Monday, February 1, 2010

APAKAH PENDAPAT ANDA

Assalamulaikum, sahabat apa kabar semua, aku harap semuanya sihat belaka, bagitu juga pada beb aku yang seorang tu, aku harap bertenanglah dalam mencari jawapan, semua jawapan yang tak terjawab akan terjawab sedikit masa lagi walaupun ketika itu ianya telah terlewat dan keadaannya juga sudah jauh berbeza.Dan Bagi beb-beb yang selalu ke luar negara aku juga sediakan ruangan pertukaran wang antarabangsa untuk anda gunakannya.

Ok lah sahabat dan beb-beb semua, kali ini aku nak siarkan pandangan orang barat tentang isteri yang aku dapat dalam ruang forum aku untuk kita kongsikan bersama.

PANDANGAN ORANG BARAT TERHADAP ISTERI
Dibawah ni quote beberapa pandangan orang barat mengenai isteri. Apa pendapat anda betul ke?

I recently read that love is entirely a matter of chemistry. That must be why my wife treats me like toxic waste.
(David Bissonette)

When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her.
(Sacha Guitry)

After marriage, husband and wife become two sides of a coin; they just can't face each other, but still they stay together.
(Hemant Joshi)

By all means marry. If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.
(Socrates)

Woman inspires us to great things, and prevents us from achieving them.
(Dumas)

The great question... which I have not been able to answer... is, "What does a woman want?
(Sigmund Freud)

I had some words with my wife, and she had some paragraphs with me.
(Anonymous)

"Some people ask the secret of our long marriage. We take time to go to a restaurant two times a week. A little candlelight, dinner, soft music and dancing. She goes Tuesdays, I go Fridays."
(Henny Youngman)

"I don't worry about terrorism. I was married for two years."
(Sam Kinison)

"There's a way of transferring funds that is even faster than electronic banking. It's called marriage."
(James Holt McGavran)

"I've had bad luck with both my wives. The first one left me, and the second one didn't."
(Patrick Murray)

Two secrets to keep your marriage brimming
1. Whenever you're wrong, admit it,
2. Whenever you're right, shut up.
(Nash)

The most effective way to remember your wife's birthday is to forget it once...
(Anonymous)

You know what I did before I married? Anything I wanted to.
(Henny Youngman)

My wife and I were happy for twenty years. Then we met.
(Rodney Dangerfield)

A good wife always forgives her husband when she's wrong.
(Milton Berle)

Marriage is the only war where one sleeps with the enemy.
(Anonymous)

A man inserted an 'ad' in the classifieds: "Wife wanted". Next day he received a hundred letters. They all said the same thing: "You can have mine."
(Anonymous)

First Guy (proudly): "My wife's an angel!"
Second Guy: "You're lucky, mine's still alive."
(Anonymous)


.......kasih sayang itu indah dari anugerah yang tak ternilai, jaga lah ianya......