Friday, August 6, 2010

NALURI KEHIDUPAN

DI MANAKAH NALURI KEHIDUPAN KITA
Assalamulaikum sahabat,beb dan bai-bai semua, semuga anda semua dirahmati Allah s.w.t. Kita jumpa lagi dan kali ini aku nak membicarakan tentang NALURI MANUSIA, selama ini sahabat, beb dan bai-bai semua kita terlupa tentang naluri kita, kita asyek mengejar kebendaan dan keindahan sahaja sehingga kita terlupa naluri diri kita.

Naluri kehidupan manusia memang sentiasa merindukan kedamaian dan ketenangan. Malangnya tidak semua orang beruntung memperolehinya.

Di manakah silapnya?

Mengapa kekalutan dan keresahan lebih sering mengusik jiwa dan meruntun hati kita? Mengapa titik-bengik kehidupan sering kali terasa bagai gumpalan mendung yang menggerahkan kenyamanan diri kita?

Adakah ia berpunca dari kemelut hidup yang gagal dilerai dan dirungkaikan ataukah prioriti dan prinsip hidup kita memang telah beralih dari landasan yang sepatutnya?

Wahai diriku dan sahabat-sahabat ku semua, marilah kita semua mencari ruang dan masa untuk kita muhasabah akan amalan dan diri kita. Setiap hari sebagai orang yang beriman sewajibnya untuk kita memberi masa untuk itu, dan bagus sekali kalau kita dapat istiqamah di dalam menilai dan memuhasabah diri kita pada setiap masa sehingga kita dijemput untuk menemuiNya. Ya Allah, Engkau jemputlah kami semua di dalam keadaan kami bersedia untuk bertemu dan berhadapan denganMu, jemputlah kami bilamana Engkau telah redha akan kami dan kami juga telah redha akan Engkau.

Sahabat, mari kita sama-sama meletakkan Allah SWT di hadapan setiap amalan kita. Jika selama ini kita leka, marilah saat ini kita berazam dan bercita-cita tinggi untuk melakukan segala amalan kerana Allah. ketika ingin melakukan kemaksiatan, kita akan terus teringatkan azab dan siksaan Allah SWT yang Maha Pedih di akhirat sana. Ya Allah, Engkau golongkanlah kami ini di dalam golongan hamba-hambaMu yang sentiasa Engkau memberi perhatian terhadap mereka. Bimbinglah kami pada setiap saat dan ketika. Tiada panduan dan bimbingan yang mampu menyelamatkan kami, melainkan hanyalah panduan dan bimbingan daripadaMu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Engkau berikanlah kesempatan dan kekuatan untuk kami untuk bertaubat nasuha di atas segala keterlanjuran dan kesalahan kami. Semoga dengan peluang yang Engkau berikan kepada kami, mampu untuk kami menjadi antara kekasihMu Ya Allah. Kasihan dan belas daripadaMu sentiasa kami harapkan. Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang terbaik di sisiMu. Hilangkanlah segala kesalahan dan dosa kami. Janganlah Engkau biarkan kami menghadap bersua denganMu dalam keadaan berdosa dan hina Ya Allah. Kami mahu bersua denganMu dengan keadaan kami bersih dari dosa dan mendapat kemuliaan daripadaMu Ya Allah....

Allah Taala berfirman (dalam hadis qudsi):

"Wahai sekalian manusia, Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih ketawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih cenderung bersenang-lenang.

"Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan diri dengan air, sedangkan hatinya (dibiarkan) tidak bersih."

"Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuni seorang diri, dihisab seorang diri; tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia; tidak ada Tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Ku."

Shabat yang aku kasihi kita selalu mengulang-ulang pengakuan bahawa kita cinta kepada Allah, tetapi pada waktu yang sama kita melakukan sesuatu yang jelas-jelas mendatangkan kemurkaan-Nya.

Sahabat cuba kita renungkan sejauh mana kebenaran cinta kita?
marilah ke jalan tasauf agar kita mengenal cinta sejati.

cinta dalam tasauf sangat ajaib sekali sehingga kesakitan yang menimpa diri kita pun dianggap nikmat yang tiada taranya daripada sang kekasih (Allah),air mata mengalir bukan kerana sakit tetapi rindu yang bergelora terhadap kekasih.saat-saat indah apabila bertemu kekasih sentiasa dinanti-nanti....masyaAllah.

Allah berfirman (dalam hadis qudsi):

"Wahai sekalian manusia, perbanyakkanlah perbekalan kerana perjalanan amat jauh. Dan perbaharuilah tanggungjawabmu kepada Allah kerana sesungguhnya lautan amat dalam. Betulkanlah amalan kerana sesungguhnya titian amat halus. Ikhlaslah dalam perbuatan kerana sesungguhnya pemerhati amat teliti.

"Dengan demikian, kesenanganmu adalah di syurga; peristirehatanmu adalah di akhirat, dan di sisimu ada bidadari. Jadilah bersama-Ku, Aku akan bersertamu. Mendekatlah engkau kepada-Ku dengan mengetepikan dunia dan mencintai orang-orang baik, kerana Allah tidak mensia-siakan balasan orang-orang yang berbuat baik."

Allah berfirman (dalam hadis qudsi):

"Wahai sekalian manusia, jika telah baik agama, daging, dan darah kamu, maka baik pulalah amal , daging dan darah kamu; dan jika binasa agama kamu, maka binasa pulalah amal serta daging dan darah kamu. Oleh itu, janganlah jadi seperti lampu yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Buanglah 'cinta dunia' daripada hatimu, kerana sesungguhnya Aku tidak mengumpulkan 'cinta dunia' dengan 'cinta kepada-Ku' di dalam hati seseorang selama-lamanya.

"Tolonglah dirimu untuk mengumpulkan rezeki, kerana sesungguhnya rezeki itu adalah dibahagikan; bersifat tamak adalah ditegah, bakhil adalah tercela dan kesenangan (nikmat) tidak akan kekal, berbuat berlebih-lebihan adalah kesialan, ajal adalah sudah maklum (ditentukan), yang benar juga sudah ditetapkan. Sebaik-baik hikmat Allah ialah khusyuk, dan sebaik-baik kekayaan ialah sifat qanaah, serta sebaik-baik perbekalan ialah takwa. Sebaik-baik nikmat yang diberikan kepada hati ialah keyakinan, dan sebaik-baik pemberian yang diberikan kepada kamu ialah kesihatan."

Allah s.w.t. berfirman (dalam hadis qudsi):

"Wahai sekalian manusia, alangkah banyaknya lampu yang telah padam tertiup angin, dan alangkah banyakan orang abid amalnya musnah disebabkan rasa bangga dan ujub, alangkah banyaknya orang kaya binasa kerana kekayaannya, alangkah banyaknya orang fakir binasa kerana kefakirannya, alangkah banyaknya orang yang sihat wal afiat binasa kerana kesihatannya, alangkah banyaknya orang alim binasa kerana ilmunya, alangkah banyaknya orang jahil binasa kerana kejahilannya.

"Seandainya bukan kerana orang-orang tua yang sudah bongkok, pemuda-pemuda yang khusyuk, kanak-kanak yang masih menyusu, binatang-binatang yang gemuk, nescaya Aku jadikanlah langit itu dari besi, bumi menjadi tanah rata dan tanah menjadi pasir. Aku tidak turunkan setitis hujan pun kepada kamu, dan tidak Aku tumbuhkan satu biji pun tumbuh-tumbuhan di bumi, dan Aku hentamkan kuat-kuat seksa ke atas kamu."


Sahabat cuba kita renungkan adakah kebanyakan dari kita tidak termasuk dalam senarai tersebut

Tiga golongan manusia ini amat dikasihi Allah:

1. orang-orang tua yang sudah bongkok,
2. pemuda-pemuda yang khusyuk,
3. kanak-kanak yang masih menyusu,
4. binatang-binatang yang gemuk.

Sahabat ku yang aku kasihi, secara tidak langsung, Allah menyuruh kita supaya sayang kepada mereka ini. Tetapi kenapa disebut 'binatang-binatang yang gemuk', bagaimana pula dengan binatang yang kurus?

Allah s.w.t. berfirman (dalam hadis qudsi):

"Wahai sekalian manusia, carilah (dekatilah) Aku sekadar hajat kamu kepada-Ku, dan berbuat dosalah kamu sekadar kesabaranmu tinggal di dalam neraka. Janganlah kamu memiliki sisa usia dan rezeki kamu yang sekarang serta dosa-dosa kamu yang tertutup. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, melainkan wajah-Nya (zat-Nya), Dialah yang berhak menghukum dan kepada-Nyalah kamu semua akan dikembalikan."
"...berbuat dosalah kamu sekadar kesabaranmu tinggal di dalam neraka...."

sahabat cuba kita renungkan ada kah orang yang mampu bersabar dalam neraka untuk sejam dua atau untuk seminggu?

Sahabat yang aku kasihi cuba kita renungkan kehidupan yang kita lalui pada masa kini dan hari esok.
setakat ini sahabat boleh aku katakana Allhamdulillah... hidup aku,, masih aku anggap tenang

jika dibandingkan dengan mereka yang memikirkan bagai mana nak mencari sesuap nasi untuk esok hari dan hari-hari seterusnya..

hidup aku masih tenang berbanding dengan mereka yang memikirkan malam ini nak bermalam dimana..

malah hidup aku masih jauh lebih tenang jika hendak dibandingkan dengan mereka yang memikirkan,, bagaimana jika askar rejim datang meghunus senjata...

Sahabat sekalut mana pun hati kita,, hancur atau kecewa... tenang tetap ada jika kita menadah tangan padaNya..bersyukur atas apa yang ada... tenang tetap ada,, bila kita lihat mereka yang lebih sengsara dari kita...
Sahabat cuba juga kita renungkan adakah kita sudah selamat dari kebinasaan-kebinasaan berikut ini?

"...alangkah banyakan orang abid amalnya musnah disebabkan rasa bangga dan ujub, alangkah banyaknya orang kaya binasa kerana kekayaannya, alangkah banyaknya orang fakir binasa kerana kefakirannya, alangkah banyaknya orang yang sihat wal afiat binasa kerana kesihatannya, alangkah banyaknya orang alim binasa kerana ilmunya, alangkah banyaknya orang jahil binasa kerana kejahilannya...."

Sahabat bersikap jujurlah... terutama sekali terhadap diri kita sendiri, tak rugi apa-apa pun kalau kita jujur pada diri kita sendiri. Jangan kita leka
Namun bagitu kita tidak boleh leka dalam 'zona kedamaian' kerana mampu bertahan dari musuh luaran. Musuh dalaman juga amat dahsyat penangannya; itulah nafsu yang selalu berganding bahu dengan iblis durjana.Untuk itu cari lah sesuatu untuk diri kita iaitu ilmu

ILMU ITU ADALAH IBARAT, SEORANG IBU YANG MENCARI-CARI ANAK SULUNG YANG HILANG

LUQMAN PERNAH BERKATA KEPADA ANAK NYA:

HAI ANAK KU, SEBANYAK MANA ILMU YANG KAU CARI, KAU AKAN PEROLEHI, TAPI JIKA ILMU ITU TIDAK KAU GUNAKAN DI TEMPAT NYA, KAU ADALAH IBARAT SEORANG PENCARI KAYU DI DALAM HUTAN. MAKIN BANYAK KAYU YANG DIA CARI, MAKIN TINGGI TIMBUNAN NYA, BELUM TENTU DIA MAMPU MEMIKUL BEBANAN TERSEBUT

Sahabat ku, adakah kita sedar bahawa dalam menjalani kehidupan masa kini dan masa mendatang kita secara tak sedar telah mengikuti langkah-langkah kehidupan Yahudi dan Nasrani

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

..........Sahabat semua, SELAMAT BERPUASA.........