Wednesday, March 31, 2010

Adakah kita Ikhlas

Adakah kita ikhlas
Assalamulaikum sahabat, semuga sihat sejahtera dan di rahmati Allah swt sentiasa.

Kali ini sahabat aku nak membicarakan tentang ikhlas, Adakah kita Ikhlas dalam sesuatu perbuatan yang telah kita lakukan terhadap sesama makhluk Allah di muka bumi ini?.

Jawapannya hanya sahabat sahaja yang boleh memberinya kerana bersama sahabat sahabat ada membawa hati , akal dan perasaan, oleh itu hanya sahabat sahaja yang boleh menjawabnya.

Untuk mengupas tajuk ini saya berterima kasih pada Ustaz Ibrahim Bin Zakaria kerana sudi memberikan pandangannya untuk kita bersama-sama renungkan demi kebaikan diri kita dan saudara-saudara kita

"Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt.

Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab

1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.

2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.

3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Friday, March 26, 2010

KEMULIAAN WANITA

Assalamulaikum sahabat, kita berjumpa lagi, aku haraf sahabat sihat riang dan ceria selalu, kali ni aku nak membicarakan tentang wanita, selama ini apa yang aku lihat dan perhatikan macam ada sesuatu aja yang tak kena pada gerakan wanita mungkin mereka lupa atau buat-buat lupa atau mungkin mereka jahil tapi tak mahu belajar, kalau mereka belajar dari mana meraka belajar dan dapatkan kefahaman dan pengetahuan tentang wanita dalam agama islam, yang tak islam pun terikut-ikut buat-buat sibuk.Tapi yang faham tu buat-buat tak faham aja. Mungkin sekarang ni manusia dah terlalu pandai kot agama tu macam pakaian aja
Susah sangatkah jadi wanita muslimah
Betul ke jadi wanita muslimah susah.Kata mereka memang susah,siapa “mereka” ni, mereka ini adalah kaum liberal. Idea ini dibawa oleh kaum liberal sekarang. “Mereka” dengan sombong dan dengan sikap yang jauh dari adab beragama mengatakan al-Quran itu bersikap diskriminasi terhadap kaum wanita.Untuk menjadi wanita muslimah yang taat memang susah. Lalu dengan idea yang mereka bawa mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak munasabah, kata “mereka” :

1. Auratnya wanita lebih susah dijaga dibanding aurat kaum lelaki.
2. Kesaksian wanita separuh dari kesaksian lelaki.
3. Wanita harus taat pada suami mereka, tetapi suami pula tidak harus taat pada isterinya, bagitu juga soal talak atau cerai pun terletak di tangan suami.

1. Untuk wanita keluar rumah perlu minta izin suaminya, tapi tidak pula untuk suami atau lelaki.
2. Kaum wanita terbeban dengan tugas mengandung dan melahirkan anak.
3. Kaum wanita kurang hak beribadahnya karena mengalami haid dan nifas, tidak pula untuk lelaki. [1]
4. Wanita di sini tidak sebebas wanita di barat, tidak boleh menentukan sendiri siapa bakal suaminya.
5. Hak warisnya harta pesaka hanya sebahagian dari warisan lelaki dan wanita tidak boleh menjadi imam atau menjadi pemimpin.
Kebanyakan suara-suara mereka mengambarkan seolah-olah tidak mempercayai bahawa islamlah yang telah memuliakan darjat mereka. Dengan ini pelbagai slogan telah mereka cipta seperti “BEBASKAN WANITA” seolah-olah merekalah yang telah memperjuangkan hak kebebasan wanita. Dalam soal ini mereka seolah-olah terlupa, siapakah yang telah membebaskan mereka dari penindasan dan kezaliman terhadap kaum wanita?
Adakah benar alasan-alasan mereka untuk membela hak kaum hawa itu benar ? Mereka seolah-olah seperti melawan atau menafikan ayat-ayat yang mulia yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Disini saya akan mengemukakan beberapa perkara bahawa islamlah yang memuliakan dan mengangkat martabat mereka lebih daripada kaum lelaki:
• Bagi penulis benda yang indah dan mahal harganya bukankah akan selalu dijaga dan disimpan di tempat yang selamat seperti emas atau intan permata.Manusia menyimpan wangnya di dalam dompet kerana ada nilai pada kertas tersebut. Begitu jugalah wanita. Nilai seorang wanita itu adalah sangatlah tinggi.
• Sebab itu wanita perlu dijaga dan wanita juga perlu taat pada perintah suami bukan kerana dia lelaki atau suami tapi kerana dia adalah ketua dalam rumah tangga. Fikirkan adakah seorang pekerja bawahan mempunyai bidang kuasa melebihi bidang kuasa seorang pengurus syarikat tersebut? Sudah tentu tidak. Bagitu juga dalam urusan runah tangga.
• Suami atau laki-laki harus memperhatikan dan memperlihatkan ketaatannya pada ibunya tiga kali lebih berbanding pada ayahnya. Bukankah ibu itu seorang wanita? Jika ayah dan ibu berbeza dalam sesuatu masalah iaitu dalam perkara yang mubah (harus) anak lelaki harus mendukung pendirian ibunya.
• Wanita menerima harta warisan kurang dari lelaki. Harta wanita itu akan menjadi milik pribadinya,tidak ada kewajiban sedikit pun untuk diberikan kepada suami. Sementara lelaki yang menerima harta warisan lebih banyak, setelah menikah, harus membelanjakannya untuk isteri dan anak-anaknya.
• Wanita perlu bersusah payah pada masa mengandung dan melahirkan anaknya, tetapi setiap saat dia didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi. Jika ia meninggal dalam melahirkan anak, matinya adalah mati syahid.
• Wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya. Rasulullah bersabda: "Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki." (Hadits Riwayat Thabrani)
• Seorang lelaki muslim perlu berjihad fisabilillah untuk mendapatkan pahala jihad. Berbeza dengan wanita, cukup dengan taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, tanpa susah-susah mengangkat senjata akan menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah. [2]
• Dalam persoalan kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki ia bukanlah mengenepikan wanita tetapi perkara ini melibatkan tanggungjawab melaksanakan perintah dengan menerangkan dan membawa bukti kepada dihadapan hakim bukannya persoalan hak yang perlu dituntut. Dalam persoalan hudud dan qisas ia bertentangan dengan fitrah dan perasaan wanita kerana ia melibatkan tubuh, nyawa dan sebagainya.Maka islam itu adil. Ia hanya membenarkan persaksian wanita dalam perkara yang tertentu sahaja.
• Lelaki ada kuasa talak sahaja tetapi wanita mempunyai banyak hak untuk membubarkan perkahwinan jika suami tidak menunaikan tanggungjawabnya atau melakukan mudarat pada isteri seperti dalam pandangan mazhab Maliki jika suami balik rumah dengan muka masam lalu isteri kecil hati ,maka ia boleh mengadu kepada qadi untuk memfakhsahkan perkahwinannya dan Malaysia memang banyak menggunakan pandangan mazhab Malik dalam soal perkahwinanan ini.Tetapi yang lebih tepat adalah mudarat seperti suami gagal tunai nafkah batin, mati pucuk, pukul isteri tidak mengikut syariat, melupuskan harta isteri, berkawan dengan permpuan jahat, melarang isteri menggunakan hak-haknya dan pelbagai lagi maka si isteri ada hak untuk membubarkan perkahwinanannya.[3].
• Jika mereka menyatakan Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki ada sebuah hadis yang menyebut:
• إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim) [4]
• Kalau anda lihat hadis tersebut, wanitalah yang lebih mudah mendapat pahala berbanding lelaki kerana keletihan dan kesukaran kaum hawa untuk mengandung, melahirkan anak, jaga aurat dan pelbagai lagi yang tidak ada pada kaum Adam.
• Islam tidak menyekat kebebasan wanita tetapi hanya menetapkan beberapa garis panduan dalam kehidupan mereka seperti batasan-batasan pergaulan dan aurat muslimah itu. Ini dapatkan disaksikan sendiri kemajuan wanita zaman ini dimana mereka maju kehadapan berbanding kaum lelaki dan islam juga tidak melarang kaum wanita memilih bakal suaminya sendiri kerana mereka ada hak untuk memilih bakal suaminya.
• Dan yang terakhir mereka menyatakan wanita tidak boleh menjadi imam atau pemimpin. Ini adalah suatu tuduhan melulu dan gopah. Memang ada ulamak yang melarang wanita menjadi pemimpin tetapi pemimpin yang bagaimana? Perkara ini adalah masalah khilafiah iaitu perbezaan pandangan. Ada ulamak yang membenarkan wanita menjadi pemimpin melainkan pemimpin nombor satu iaitu pemerintah negara malah ada yang membenarkan juga. Boleh lihat sendiri seperti pernigaan kecantikan wanita pemimpinnya adalah seorang wanita.Malah banyak lagi perkara dalam kepimpinan ramainya wanita yang menjadi pemimpin.Tiada pula syariat islam melarangnya. Tetapi dalam urusan keluarga pemimpin mestilah kaum lelaki. Ini kerana bebarapa sebab yang munasabah seperti emosi kaum wanita yang tidak menentu dan beberapa sebab yang lain. Jika tidak akan berlaku kekacauan dalam rumah tangga.
Begitu besar kasih sayang Allah s.w.t kepada kaum wanita. Malah banyak lagi kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada wanita berbanding lelaki. Maka janganlah wanita-wanita memahami islam ini dalam skop yang sempit yang akhirnya akan mencemarkan imej islam itu sendiri. \


.......Kita fikirkan dan renung-renungkan lah...............

Saturday, March 20, 2010

RASA MALUNYA AKU

Assalamulaikum sahabat,
Apa kabar sahabat semua,aku harap anda semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah swt sentiasa,dan kalau ada tekanan semasa kerja tu sabar ye?, bumi mana tak ditimpa hujan,kecuali gurun kot,aku tak pernah sampai di gurun tu maka aku tak tahu lah dia ditimpa hujan atau tak.
Kali ni sahabat aku nak bicarakan tentang MALU. Semua manusia termasuk sahabat dan aku juga ada perasaan malu tu kan.” Mengapa kita mesti malu”, perkataan ni biasa diucapkan oleh orang yang tak tahu malu,muka tebal bagai muka tembuk Berlin yang telah runtuh tu,aku rasa kalau M.Nasir terbaca blog aku ni mahu rasanya dia cipta satu lagu “muka tembuk Berlin”.

Ok lah aku tak mahu panjangkan cerita pasal cipta lagu ni, nanti M.Nasir marah pulak kat aku tak ada tajuk lain lagi ke.
Yang nak aku bicarakan di sini ialah kita sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan dan kesalahan , samada kesilapan dan kesalahan tu besar atau kecil hanya sahabat aja lah yang tahu jawabnya, yang nak aku kongsikan bersama dengan sahabat ialah di manakah darjat malu kita tu kalau ianya ada sepuluh macam.

Oklah sahabat kita lihat Malu itu ada 10 macam dimana kah letaknya malu kita tu bila kita sudah melakukan kesilapan dan kesalahan………..sahabat jangan lupa cepat-cepatlah minta maaf bila tersedar dari melakukan kesalah dan kesilapan tu jangan tunggu lama-lama untuk minta maaf nanti orang benci pada kita………………………….

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.



Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.

Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

Saturday, March 13, 2010

RENUNG RENUNGKAN

Assalamulaikum sahabat semuga anda sihat sejahtera walau dimana jua anda berada,
kali ni sahabat aku nak berkongsi dengan sahabat tentang perihal diri kita dengan orang lain.
Ada orang boleh memberi dan menerima, dan ada orang hanya tahu menerima sahaja tanpa memberi,mungkin kita atau mereka tidak memahami bahawa kita semuanya membawa bersama kita “jiwa”.Jiwa memerlukan sesuatu untuk hidup.
Untuk itu aku tuliskan beberapa rangkap yang subjektif dan ringkas sekali untuk kita renungkan bersama, tapi maaflah sahabat aku tulis dalam bahasa penjajah

A HONEST FAILURE
I would prefer to be a honest failure
The to be a corrupt success

BEFORE YOU
Before you Speak, listen.
Before you Write, Think.
Before you Spend, Earn.
Before you Criticize, Wait.
Before you Pray, Forgive.
Before you Quit, Try.

I FOUND EVERYTHING
In the search fo me, I discovered truth.
In the search for truth, I discovever love.
In the search for love, I discovered God.
And in God,I have found everything,

JUST SAIL
As we sail through life,
Don’t avoid stroms and rough waters.
Just let it pass, just sail.
Always remember, calm seas never make skillful sailors.

LIFE IS ABOUT STRUGGLE
The most important thing in any game
Is not to be win but to take part
Similarly , the most important thing in life
Is not the triumph but the struggle,
The essential thing is not to have conquered
But to have fought well

MISTAKES ARE LESSONS
When you make a mistake,
Don’t look back at it long.
Take the reason of the thing
into your mind and then look forward.
Mistakes are lessons of wisdom.
The past cannot be change,
The future is yet in your power.

PEOPLE NEVER FORGET
People will forget what you said.
People will forget what you did,
But people will never forget,
How you made them feel.

TREAT EVERYONE AS SPECIAL
Beginning today,
Treat everyone you meet as if they were going to be dead by midnight.
Extend to them all the care, kindness, and understanding you can muster,
And do it with no thought of any reward.
Your life will never be the same again.

WHY NOT YOU
Today is new day!
Many will seize this day,
Many will live it to the fullest.
Why not you?.

.....renung-renungkan.............

Wednesday, March 10, 2010

JANGAN ADA RASA BENCI

JANGAN ADA BENCI
Assalamulaikum sahabat dan beb-beb semua, semuga anda ceria dan gembira, Bersama-sama ini aku nak kongsi dengan sahabat dan beb-beb semua satu cerita yang jarang sekali kita lakukan dalam mengenal apa yang ada dalam diri kita untuk menilai seseorang…….kita kena selalu sangka baik beb dan sahabat semua.

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa
dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam
gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian,kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan
mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri
isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senarai sayang".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak mencatat
sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah
sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah
diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun
daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

P/s: Sahabat, Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan
orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada
yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita
dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah
sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."
.......Renung-renungkan lah sahabat dan beb.............

Sunday, March 7, 2010

ERTI PENGORBANAN

Assalamulaikum sahabat, sahabat apa kabar,semuga sahabat sihat sejahtera dan ceria selalu,kali ni aku nak berkongsi dengan sahabat tentang pengorbanan yang telah dilalui oleh sahabat aku dimana dia terpaksa mencipta sesuatu agar teman dia membenci dia dan dengan ini memberi laluan teman dia memilih orang yang dia suka, aku kagum dengan sahabat aku itu, demi kasih dia merelakan demi kebahgiaan orang lain.........sahabat bagi aku itu namanya cinta sejati.....tahniah/
Untuk sahabat aku itu aku sertakan di bawaah ini tulisan bagi merenungkan erti kehidupan
MOMENTS IN LIFE

There are moments in life when you miss someone
so much that you just want to pick them from
your dreams and hug them for real!

When the door of happiness closes, another opens;
but often times we look so long at the
closed door that we don't see the one
which has been opened for us.

Don't go for looks; they can deceive.
Don't go for wealth; even that fades away.
Go for someone who makes you smile,
because it takes only a smile to
make a dark day seem bright.
Find the one that makes your heart smile.

Dream what you want to dream;
go where you want to go;
be what you want to be,
because you have only one life
and one chance to do all the things
you want to do.

May you have enough happiness to make you sweet,
enough trials to make you strong,
enough sorrow to keep you human, and
enough hope to make you happy.

The happiest of people don't necessarily
have the best of everything;
they just make the most of
everything that comes along their way.

The brightest future will always
be based on a forgotten past;
you can't go forward in life until
you let go of your past failures and heartaches.

When you were born, you were crying
and everyone around you was smiling.
Live your life so at the end,
you're the one who is smiling and everyone
around you is crying.


Don't count the years--count the memories............

Life is not measured by the number of breaths we take,
but by the moments that take our breath away !

"Live well, Laugh often & Love with all of your heart" & "May Allah Bless YOU Always"

Life is drawing without an eraser::::

" in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."

Thursday, March 4, 2010

KITA DAN PENGORBANAN

Assalamuaikum, sahabat apa kabar semuanya, semuga anda sihat dan ceria selalu,bagaimana pekerjaan harian anda, ada tekanan ke? kalau ada menerima tekanan di tempat kerja tu sabar lah dan sentiasa berfikiran positif, untuk itu mari lah kita renung sejenak akan diri kita, dimana kah kita meletak diri kita ini untuk meneruskan kehidupan harian kita sehingga kita di jemput untuk selama-lamanya, Berkorbanlah selagi kita boleh berkorban agar pengorbanan kita tidak sia-sia

Biarlah kita seorang yang buta
Kerana mata sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua mata terpelihara dari memandang perkara-perkara maksiat
Asalkan kedua mata terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan kita celik dalam melihat kecelaruan bangsa kita yang hilang pedoman

Biarlah kita seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang boleh mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang boleh meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang boleh mengundang kekufuran
Asalkan bibir kita sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidah kita tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan kita petah membangkang kemungkaran dan lantang
menyuarakan kebenaran


Biarlah kita seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada kemaksiatan
Bakhil dalam meluangkan masa untuk untuk membuang masa
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana kemaksiatan
Tetapi kita begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliq
kita begitu pemurah untuk mempertahankan aqidah
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga kita sanggup
menggadaikan harta kita bahkan nyawa kita demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah kita seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi kita cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna
KIta begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia
Kita begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupan kita Dan kita seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah……..insyallah