Wednesday, October 13, 2010

"DUNIA AKHIR ZAMAN"

Assalamulaikum sahabat aku semua, apa kabar, semuga sihat dan ceria selalu.
Sahabat dalam menjalani kehidupan ini banyak perkara yang kita terlupa. Adakah kita ini pelupa sebenarnya, bukan kita lupa sebenarnya tapi kita tidak mengambil sikap peduli , cuba sahabat cuba ingatkan kembali masa sahabat mula-mula masuk sekolah dahulu , siapakah rakan sahabat yang sahabat suka…..tentu sahabat ingat kan …ini menunjukkan sahabat bukan pelupa, cumanya kita tak peduli aja..Kali ini sahabat mari kita bersama bincangkan tentang akhir zaman yang kadang-kadang kita terlupa untuk mengingatinya lantas menjadikan kita ini sombong pada diri sendiri, mari kita sama-sama bincangkan

Kita mulakan dengan mengkaji sejarah yang telah kita pelajari masa kita bersekolah dahulu dan kita bandingkan dengan pengajian agama yang kita terima dan kita pelajari samada secara langsung atau tidak langsung.
andaikata sahabat tidak setuju silalah berikan komen
Surah Al-Baqarah ayat 30
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat
“sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….” Lalu malaikat menjawab… “Adakah Kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah? sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau..”
dan Allah berfirman
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.”
Persoalannya, apakah perkara yang dimaksudkan oleh Allah yang tidak diketahui oleh para malaikat?

Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat-ayat yang seterusnya
Allah telah mengajarkan kepada Adam “nama-nama” keseluruhannya.
Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut,maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia. Kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai “nama-nama” oleh Tuhannya.kerana itu dia enggan sujud dan telah berikrar sehingga Qiamat untuk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah walaupun telah mengetahui akan “nama-nama” tersebut

Apakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut?
Kerana “nama-nama” itu lah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.

Sekarang mari kita lihat sejarah ketamadun manusia ,Biar aku tunjukan kepada sahabat semua garis masa zaman pra sejarah yang sering di ajarkan kepada kita semasa kita bersekolah dahulu, Zaman batu, kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu, kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap.Tidak tahu berbahasa tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden dimana sahabat berada sekarang , itu lah sejarah yang dipercayai oleh kebanyakan manusia . Tanyalah sesiapa sahaja, garis masa seperti itu lah yang akan dijawab oleh manusia , Apabila di sebut zaman purba, mereka akan membayangkan orang yang tinggal di dalam gua tetapi lupa kah sahabat bahawa Kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu didalam hadith Rasulullah? Dan ini menujukkan manusia pertama sudah pandai membina bangunan.Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti haiwan? Malah nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini. Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan sehina ini oleh Allah tanpa sebarang ilmu? ,nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang besar ,dan cuba kita lihat binaan pada pyrimid, binaan gunung yang di tarah menjadi tempat kediaman , adakah tamadun ini yang kita gelar kononnya sebagai “orang gua” , sebuah artifak yang bagitu unik telah ditemui dalam tamadun Babylon. Dan setelah dikaji, ianya merupakan sebuah bateri dan ini menunjukkan kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita , bagitu juga sebuah lukisan dalam tamadun mesir purba telah di jumpai dan di dalamnya terdapat gambar sebuah helekopter terukir atas lukisan itu…adakah zaman batu pernah wujud !!!! Zaman Gangsa tak pernah wujud!! “Paleolitik” hanya satu istilah khayalan “Mesolitik” hanya satu istilah dongeng ……….Tahukah sahabat siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah kita ini? Charles Darwin dan para pendokong teori evolusi , Teori evolusi hanyaklah pembohongan semata-mata Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah sebenar kita. Adam, Idris, Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Luth, Ismail, ishak Yaakub, yusof, Ayub,Syu’aib,Musa, Harun,Zulkifli, Daud, Sulaiman,Ilyas,Ilyasa’,Yunus, Zakaria, Yahaya,Isa, Muhammad, kesemuanya mempunyi sejahrah mereka sendiri , mengapakah kita tidak menggunakan zaman-zaman nabi itu sebagai pengukuran sejarah ketamadunan manusia………………………..Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah contoh :
1. “…di masa kerajaan Sulaiman….(baqarah 102)
2. “….Sesudah Musa….’(baqarah 246)
3. :…sesudah Nuh….” (isra’ 17 )
Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu Ini lah cara sebenarnya untuk mengkaji sejarah.Kajilah berdasarkan Nabi-nabi yang diutuskan dan sahabat akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut Dan bagaimana ketemadunan mereka yang bagitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga kita menyangka mereka berada di zaman batu …..Mereka bukanlah ‘orang gua” yang hanya tahu makan dan tidur , tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang bagitu hebat.malah mungkin kecangihan mereka lebih hebat daripada kita hari ini. Ilmu pengetahuan mereka bagitu tinggi, sehingga mereka mampu necerap bintang-bintang di langit
“Telah berklalu aturan-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)” …Ali Imran 137.
Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja,sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa . Bagitu lah bagaimana sejarah-sejarah berulang.tetapi amat sedikit daripada kita yang mengambil pengajaran , dan sejarah terus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir . Jangkamasa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-nabi yang diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir . Fasa ini adalah bagitu penting bagi makhluk yang bernama Iblis kerana Iblis telah berjanji pada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah .
Mengikut Hadith, Zaman Nabi Muhammad saw di bahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa .
…..Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya………
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikut jejak kenabian (Khalifa ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, Kemudian Allah Mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya .
Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan). Adanya atas kehendak Allah, Kemudian Allah Mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan). Adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).
Mengikut Rasulullah saw, Fasa pertama bagi umat ini adalah ketika nabi masih hidup ..zaman ini telah berlalu Kemudian , dating pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian , Pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 kulafah ‘Rashidin …zaman ini juga telah belalu , kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “mengigit”….”menggiggit” di dalam hadith tersebut bermaksud mereka yang hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka …kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan system monarki ..zaman ini juga telah berlalu …Kemudian dating pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela dan fasa itu ialah zaman sekarang .Kemudian , setelah berlalu fasa keempat, akan dating fasa kelima . fasa kelima, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam ….setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba nabi diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat” ..Rasulullah saw pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa keempat ini akan kedatangan satu fitnah , fitnah yang paling besar dalam sejarah ketemadunan manusia itu lah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman , Dajal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat .Hanya Fasa ke 4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke Neraka dan Fasa ke 4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang . Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahadi yang memindahkan kita ke fasa yang ke 5 , seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia
………………….renung-renungkan lah……………….