Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Assalamulaikum sahabat, dan kawan-kawan semua

Bersempena tahun baru ni aku tak ada apa-apa nak berikan pada sahabat tapi kalau sahabat minat membaca sila lah click pada URL yang aku beri ni
Aku cuma hendak berkongsi dengan sahabat sahaja

Sahabat dan kawan-kawan semua bolehlah download di url ni: http://adf.ly/EZxq
password: freeourmind

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011"

Wednesday, December 22, 2010

Kekuatan doa

Kekuatan doa seorang Ibu
Assalamualaikum sahabat dan kawan-kawan semua Semua, apa kabar

Sahabat dan kawan-kawan semua kali ini aku nak kongsikan tentang Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia seorang ustaz untuk angkatan tentera malaysia masa dulu. Mungkin perkongsian ilmu ini aku harapkan boleh jadi panduan kita semua sebagai ibu dan kita juga sebagai anak kepada ibu kita.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Sahabat dan kawan-kawan semua Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tiada masa hendak buat yang baik

Sahabat dan kawan-kawan semua Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
Sahabat dan kawan-kawan semua kita perlu ambil perhatian tentang setitik air mata ibu jatuh, maka 10 kebajikan anak akan hilang, jadinya ibu-ibu janganlah jatuhkan air mata ye dan kita sebagai anak jangan sesekali bagi ibu kita menitiskan air matanya. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak itu bahagia namanya.

Sahabat dan kawan-kawan semua kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
Sahabat dan kawan-kawan semua perlu ingat ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka
1 Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2. Membaca quran sehingga menitis air mata
3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

Sahabat dan kawan-kawan semua perlu ingat ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
1. Anak
2. Ibu
3. Suami

Sahabat dan kawan-kawan semua ini satu selingan dari ustaz: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dengan suami / isteri sampai nak bercerai berai,maka tengok dan lihat lah muka suami/isteri kita bila mereka sedang lena tidur kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa itu semua maksudnya jodoh sudah memang tiada lagi bolehlah berurusan dengan mahkamah

Sahabat dan kawan-kawan semua orang yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya… maksudnya tidak menangis teruk lah.. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandang lah wajah ibu kita selalu

Sahabat dan kawan-kawan semua adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu kita

Sahabat dan kawan-kawan semua Kalau sahabat dan kawan-kawan semua ada niat yang baik teruskan lah..Allah akan bersama, jangan takut

Jika sahabat dan kawan-kawan semua tidak mampu untuk melakukan sesuatu, pasang niat pun sudah mencukupi contoh: tak mampu menolong orang, niat nak menolong itu pun sudah memadai



Sahabat dan kawan-kawan semua jikalau kita tidak mampu meletakkan diri kita di tempat yang terbaik, maka Allah akan letakkan kita di tempat yang terbaik dengan syarat kita letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

Sahabat dan kawan-kawan semua ada juga kaedah yang mana kita boleh minta dan mohon pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” … “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”..Sahabat dan kawan-kawan semua ingatlah paling banyak kita buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maknanya dia wasilah amal ini sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan dengan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Sahabat dan kawan-kawan semua antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah
* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, kemudian mohonlah pada Allah … “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” ….. “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Sahabat kita juga perlu ingat Ingat juga bahawa suapkan anak makan pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukannya.

Ingat lah sahabat dan kawan-kawan semua bahawa barang siapa yang tidak mendoakan ibunya selepas sembahyang setiap waktu buat ibunya yang sudah meninggal dunia maka ianya dikira anak yang derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka sekali pun. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya!
sahabat dan kawan-kawan doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada! .Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Sahabat dan kawan=kawan semua Ustaz juga ada member contoh tentang doa ini

Masa ini ustaz itu bagi contoh sadis sikit..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada mereka boleh mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

sahabat dan kawan-kawan semua jangan lupa apabila kita melalui tanah perkuburan, perlahankanlah langkah kita dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika kita tidak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadinya, janganlah lupa bagi salam lain kali ye sahabat dan kawan-kawan.

Sahabat dan kawan-kawan semua beringatlah tanda tanda siksa Allah diatas muka bumi ini antara lain ialah simpan harta sampai mati tak pernah dikeluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..



Kita perlu juga ingat bila kita hendak berbelanja spare duit untuk bersedekah kerana dalam duit kita tu ada hak untuk orang susah. Jadi bila orang buta datang masa kita sedang makan, bagi lah sedekah sebab kita hendak cari orang susah untuk bersedekah amat susah masa sekarang ni dan tidak ada masa jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

Perlu juga ingat jika mak kita sudah meninggal dunia dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita suda tiada teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang buat ibu kita bahagia di sana . sahabat jangan lokek ye
Dan kalau kita susah sangat hendak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

Sahabat perlu ingat dan sentiasa bersangka baik tentang Allah panjangkan usia ibu dan bapa kita supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadinya jikalau kita tahu ibu / bapa kita sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Sahabat dan kawan-kawan semua Allah kalau boleh tidak hendak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Sahabat dan kawan-kawan Jika kita ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Ini pula berkaitan Anak Lari Dari Rumah yang selalu terjadi masa kini

Sahabat dan kawan-kawan semua jikalau anak kita lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Dan masa lauangan azan yang pertama setiap waktu, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Sahabat dan kawan-kawan semua yang ini untuk Anak yang Degil

Sahabat dan kawan-kawan semua boleh lakukan bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala dan pangil ROH ANAK
**** Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Kita boleh minta apa-apa sahaja kebaikan untuk anak kita! Nak anak senang bangun ke sekolah.. cuba dan lihat sendiri.

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

Saturday, December 11, 2010

HARI YANG PASTI TERJADI

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.
Assalamualaikum kawan-kawan dah sahabat semua, kita jumpa lagi.
Sahabat dan kawan-kawan semua, aku pasti sahabat dan kawan-kawan semua sudah tahu akan cerita DAHSYSTNYA HARI KIAMAT DAN PADANG MAHSYAR samada melalui pembacaan atau melalui pengajian ugama…tak mengapa lah kalau sahabat telah tahu, tetapi yang belum tahu bacalah dan bagi sahabat dan kawan-kawan yang telah tahu mungkin telah terlupa agaknya , tak mengapa lah melalui tulisan aku ini aku harap ianya boleh mengingatkan kembali kisah itu agar kita tidak lupa

Sahabat dan kawan-kawan sebagai ingatan, gambaran seperti ini harus menyerap ke dalam jiwa naluri muslim...bukan candu...tetapi.. supaya ianya bertambah keinsafan dalam diri kita.

Hari yang Pasti Terjadi

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Sahabat dan kawan-kawan semua Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat dan kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: “ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersamanya” :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, December 10, 2010

PENGHAPUS DOSA

10 sebab penghapus dosa
Assalamulaikum sahabat dan kawan-kawan semua, apa kabar semuga anda dirahmati Allah swt sentiasa.

Sahabat dan kawan-kawan semuanya kali ni aku nak berkongsi tentang perlakuan dan perbuatan kita yang selalu kita lakukan yang menghasilkan dosa, samada dosa itu dosa besar atau pun dosa kecil,samada kita sedar atau tanpa sedar namun kita sebagai manusia yang serba kekurangan ini tetap melakukannya………. “Adakah kita akan bawa bersama dosa-dosa itu apabila kita dijemput nanti”
…………”adakah kita telah bersedia untuk bertaubat”…….kalau ya alhamdulillah

Sahabat dan kawan-kawan semua, jika kita rajin membaca Al-Qur’an banyak ilmu yang akan kita perolehi dan kalau membaca dan tak tahu maknanya cari lah tafsir Al-Qur’an baca dan fahamilah.

Nash-nash al-Qur`an dan Sunnah telah menunjukkan bahwa hukuman dosa (siksa) dapat dihapuskan dari seorang hamba dengan sepuluh sebab:

1. Taubat Nasuha.

Sahabat dan kawan-kawan semua taubat yang sebenar-benarnya taubat ialah taubat nasuha, taubat nasuha dapat menghapuskan dosa –dosa sebelumnya. Dan Allah swt Maha menerima taubat hamba-hambaNya yang mau bertaubat kepadaNya.

Sahabat dan kawan-kawan semua, orang yang bertaubat dari segala dosa bagaikan orang yang tidak memiliki dosa. Allah swt berfirman, artinya, “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. asy-Syura: 25).

Allah swt juga berfirman, artinya, “Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-A’raf: 153).

2. Beristighfar.

Sahabat dan kawan-kawan beristighfar lah iaitu memohon keampunan daripada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt akan mengampuni hamba-hambaNya yang meminta keampunan (beristighfar) kepadaNya. Allah swt berfirman, artinya, “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. an-Nisa`: 110).

Allah swt juga berfirman, artinya, “Dan Tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. al-Anfal: 33).

Begitu juga Rasulullah saw bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, artinya, “Wahai anak cucu Adam (manusia) seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit, lalu kamu meminta ampun kepadaKu, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu.” (HR. at-Tirmidzi, dan dia berkata, “Hadits hasan shahih.”

Allah swt juga berfirman dalam hadits qudsi, artinya, “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) di waktu malam dan siang hari, sedangkan Aku lah yang dapat mengampuni semua dosa, maka mohon ampunlah kalian kepadaKu niscaya Aku akan mengampuni dosa kalian.” (HR. Muslim).

3. Kebaikan-kebaikan menghapuskan dosa-dosa.

Sahabat dan kawan-kawan, buat lah kebaikan dan amalan yang baik seperti solat, sedekah, puasa, haji, membaca al-Qur`an, berdzikir kepada Allah swt, berdo’a, beristighfar, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silatur rahim, dan lain-lain. Allah swt berfirman, artinya, “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Huud: 114).

Rasulullah shallallahu saw bersabda, “solat-solat yang lima waktu, jum’at ke jum’at, ramadhan ke ramadhan dapat meleburkan dosa diantara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhkan.” (HR. Muslim).

Rasulullah saw juga bersabda, “Dan ikutilah perbuatan buruk/ kejahatan dengan perbuatan yang baik, niscaya dia menghapuskannya.” (HR. at-Tirmidzi dan dia menghasankannya).

Sesungguhnya satu kebaikan dilipat gandakan balasannya sampai sepuluh kali lipat, adapun keburukan akan dibalas yang serupa dengannya. Maka celakalah bagi orang yang berguguran (kalah) satu persatu dari sepuluh sebab tersebut.

4. Doa orang-orang yang beriman.

bermaksud mereka memohon ampunan (kepada Allah.) untuk orang yang beriman (lainnya) baik ketika hidup maupun setelah mati dan khususnya pada saat ketidak beradaannya (tanpa sepengetahuan orang yang didoakan) dan begitu juga doanya atas saudara-saudaranya yang telah meninggal dunia.

Rasulullah saw bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak hadir (tanpa sepengetahuannya) adalah mustajab, di samping kepalanya terdapat malaikat, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang diutus berkata, ‘Amin, dan bagimu sepertinya (seperti orang yang didoakan).” (HR. Muslim).

5. Perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan/ diniatkan untuk si mati .

Perbuatan-perbuatan itu seperti sedekah, puasa, haji, membebaskan budak, dan yang lainnya. Para ulama berpendapat, “Amal shalih apa pun (yang dapat mendekatkan diri kepada Allah) yang dia kerjakan dan dia peruntukkan pahalanya untuk seorang muslim baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal, maka hal itu bermanfaat baginya.” Dan yang lebih utama adalah mencukupkan dalam hal tersebut pada apa yang dijelaskan/ ditetapkan oleh nash-nash (al-Qur`an dan Sunnah).

6. Syafa’at Nabi Muhammad saw dan selainnya.

Maksudnya adalah bahwa Nabi Muhammad saw dan selain beliau akan memberikan syafa’at kepada orang-orang yang berbuat dosa pada hari Kiamat dengan izin Allah swt sebagaimana hal tersebut ditetapkan di dalam hadits-hadits shahih.

7. Musibah-musibah yang menimpa .

Dengannya lah Allah Subhanahu Wata'ala menghapuskan dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan (yang dilakukan oleh hamba-hambaNya) di dunia sebagaimana yang telah dijelaskan dalam ash-Shahihain, Rasulullah saw ;bersabda,

“Tidaklah orang yang beriman ditimpa penyakit yang terus menerus dan tidak pula rasa cemas, rasa sedih, rasa susah dan rasa sakit, sampai-sampai duri yang menusuk kecuali Allah menghapuskan dengannya dari dosa-dosa/ kesalahan-kesalahannya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

8. Apa yang diperolehi oleh seorang hamba ketika di dalam kubur.

Yakni berupa fitnah, himpitan liang kubur, kengerian, maka ini semua di antara yang dapat menghapuskan dosa-dosa.

9. Rasa takut, kesusahan serta kengerian terhadap dahsyatnya hari kiamat.

10. Rahmat Allah Subhanahu Wata'ala

Sesungguhnya karena rahmat Allah swt, semua hamba mendapatkan maaf dan ampunanNya tanpa sebab, maka Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sebagaimana Dia berfirman, artinya, “Dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu.” (QS. an-Nisa`: 48 dan 116).

Dan Dia lah yang Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya dan sungguh rahmat Allah swt meliputi segala sesuatu.(Abu Nabiel).

………..Terima kasih drs. khalil idham lim