Saturday, June 25, 2011

Kisah anak derhaka pada Ibunya

Assalamulaikum, sahabat dan kawan apa kabar, semuga anda sihat dan sentiasa dirahmati Allah.swt.
Kali ini sahabat aku hendak kongsikan sebuah cerita yang telah berlaku, tapi kisah ini hanya penduduk tempat peristiwa itu sahaja yang tahu dan ianya tak pernah keluar pun di mana-mana penerbitan....aku tak tahu mengapa....mungkin ada sebabnya.

Kisah ini Aku ambil dari cerita seorang kawan. Bacalah dan ambillah peringatan daripada kisah ini.

Kawan yang bercerita itu sebenarnya telah menemu ramah seorang wanita tua yang ingin berkongsi pengalaman beliau tentang sebuah kisah menyayat hati yang disaksikan suatu ketika dahulu.

Tiada apa yang boleh memadamkan ingatan saya tentang cerita ini. Aneh dan menginsafkan jika direnung kembali tentang seksaan Allah terhadap seorang anak yang derhaka kepada ibunya sendiri," cerita Nek Mariam.

Begini ceritanya: Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu.

Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga.

Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati.
Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.

Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.

Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela.

Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu.

Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil.

Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.

Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.

Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini.

Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi.

"Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan.

Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya.

"Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.

Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu.

Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam.

Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu.

Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata

"Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap....menyusahkan orang, celaka!"

Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin.

Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar.

Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya.

Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak....dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu.

Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah.

Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya.

Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah Yang Maha Esa itu.

Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah.

Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur.

Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan.

Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu.

"Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi.

Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak ....ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.

Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup.

Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor babi! MasyaAllah.... Ramai orang menyaksikannya....satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya.

Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata:

"Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu.

"Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua....wallahualam.

Saturday, June 18, 2011

Bersabarlah wahai diri

Bersabarlah wahai diri
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa kabar kawan-kawan dan sahabat semua, semuga anda dirahmati Allah s.w.t sentiasa
Kali ini aku nak berkongsi dengan sahabat dan kawan-kawan semua dengan tajuk bersabar dengan ujian Allah s.w.t, Aku tahu ada diantara sahabat dan kawan-kawan telah diuji dengan pelbagai ujian dari Allah s.w.t. Aku juga tidak terkecuali dari ujian-ujian itu, Kita renungkan lah bersama-sama mengapa ujian itu ditimpakan keatas diri kita agar kita menjadi manusia yang berfikir.

Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna dan tiada serinya
Ku cuba menyiramnya dengan air agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh lapisan langit pun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya ALLAH

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu


Sahabat dan kawan-kawan semua manusia ingin bahagia dalam hidup..Hatta aku sendiri inginkan kehidupan yang sentiasa bahagia tanpa berasa sedih,tanpa berasa pahit,tanpa ada perasaan kecewa..Tapi itu semua mustahil bagi orang-orang yang beriman..kerana selangkah ke alam perjuangan selama-lamanya dalam kepahitan..


ALLAH berfirman dalam surah at-Taubah,ayat 111:
“Sesungguhnya ALLAH s.w.t itu telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri mereka, dan harta-harta mereka dengan diberikan kepada mereka syurga…


Siapakah orang yang beriman itu?


Sahabat dan kawan-kawan,Sepertimana yang kita ketahui..Di dalam Surah Al Mu'minun ayat 1-9..dengan bahasa yang indah mengatakan mereka ialah

1. orang-orang yang khusyu' dalam solatnya ....
2. orang -orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna..
3. orang -orang yang menunaikan zakat.....
4. orang -orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap istri/suaminya.....
5. orang -orang yang menjaga amanah - amanah dan janjinya.....
6. orang -orang yang memelihara sholatnya.....

Sahabat dan kawan-kawan, adakah kita termasuk dalam kumpulan di atas?

Selain itu??
“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”
(Al-Ankabut:2)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."
(Muhammad:31)


Sahabat dan kawan-kawan,ujian ALLAH s.w.t adalah untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya dalam kalangan manusia. Kita sepatutnya bersyukur sekiranya ditimpa ujian kerana sebenarnya ALLAH sedang menilai kita untuk diberikan kita syurga, ganjaran yang tiada tandingan.


Bagitu juga sahabat dan kawan-kawan,kepahitan ujian akan dirasai oleh semua umat Islam.. ALLAH bukan saja-saja nak bagi ujian kat kita. Melalui ujian ALLAH sedang menilai kita dan juga untuk meningkatkan our level of iman. Sungguh! Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA kerana ALLAH itu Maha Mengetahui!

Sahabat dan kawan-kawan,Allah tidak akan membiarkan manusia itu diuji di luar batasannya. Allah s.w.t tahu bahawa kita mampu untuk memikulnya. Oleh itu, janganlah kita menolak kepercayaan yang diberikan oleh Allah kepada kita dengan berasa putus asa dan cepat mengalah .
Firman ALLAH lagi di dalam surah al-Baqarah:286

“ALLAH tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Kita dapat lihat betapa ramai sahabat yang ditimpakan ujian..Hatta Rasulullah S.A.W sebagai insan yang paling dicintai ALLAH juga diberi ujian..Malah baginda adalah manusia yang paling teruk diuji sepanjang sejarah penyampaian risalah baginda. Sedangkan kita ummatnya yang hidup senang tanpa ujian seberat itu,, tetapi setiap hari kita mengeluh malah hampir berputus asa dengan ujianNYA..

Daripada Abdullah Khabbab r.a. berkata:kami telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. yang mana pada ketika baginda sedang berselimut dengan selendang di bawah naungan Kaabah lalu kami pun berkata:Tidakkah kamu akan menolong kami,tidakkah kamu akan berdoa untuk kami(supaya dipercepatkan kemenangan Islam)?Maka Rasulullah s.a.w. berkata:Sesungguhnya ada seorang lelaki sebelum daripada kamu telah dibawa dan ditimbus dalam tanah,kemudian dibawakan gergaji serta diletakkan di atas kepalanya lalu terbelah menjadi dua,(kemudian)disikat dengan sikat besi sehingga tercabut daging daripada tulangnya,namun hal itu tidak pernah menghalang daripadanya untuk berpaling daripada agama.Demi ALLAH,ALLAH akan menyempurnakan urusan(agama)ini sehingga orang yang menaiki kenderaan daripada San’a ke Hadramaut tidak akan takut melainkan kepada ALLAH dan serigala(yang akan menggangu) akan kambingnya.Tetapi kamu semua(wahai Khabbab)termasuk daripada golongan yang tergopoh-gapah.
(Riwayat Imam Bukhari)


Sahabat dan kawan-kawan.Cuba kita bandingkan antara ujian yang ALLAH berikan pada kita berbanding orang-orang Islam yang terdahulu..Jauh berbeza..Tapi mengapa cepat sangat kita berasa lemah?? Mengapa cepat sangat kita berputus asa dengan ujianNYA?? Mengapa cepat sangat kita bersangka buruk pada ALLAH??

“..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir”
(surah Yusuf: 187)

“Dan mintalah pertolongan daripada Tuhanmu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Sahabat dan kawan-kawan,hamparkanlah sejadah dan mintalah daripada Tuhanmu yang maha pemurah!Mohonlah dengan sabar dan solat! Kerana ALLAH tidak sesekali meninggalkan hambaNya.
Kesimpulannya, tabah dan sabarlah menempuhi kehidupan ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian buat kita. Seindah atau seburuk mana pun kehidupan dan dunia di mata kita, akhirat jualah tempat kembali. Jadi, anggaplah ujian sebagai jalan untuk kita menuju syurganya.

Dalam kita melangkah, terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
dan renungilah dalam diri kerana;
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA
mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.
Semoga tabah dan ditetapkan iman.
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.
DIA sayangkan kau dan aku.
DIA tak pernah lupakan kita.
Hidup ini ibarat mimpi.
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad.
Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman.
Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri.
Dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap KetentuanNYA.
Jangan lupa, pada nafas sekalipun,tersembunyi rahsia dan janjiNYA.
Percayalah!andai ujian ini sebagai salah satu sebab untuk menghapus dosa-dosaku,aku redha YA ALLAH kerana ku sedar diri ini hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU

"Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan..Biarlah menangis,terluka,kecewa kerana 'ditinggalkan' kerana ALLAH..Daripada mati terkambus tanpa mujahadah..Kita tak sanggup selamanya terluka..Tapi ingatlah! Setiap titisan darah dari luka dan 'air mata' itulah mahar kita ke syurga..Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis..Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangannya..........."

bertahanlah diri.. teruskan melangkah ke hadapan!"kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan."
(Alam Nasyrah:5-6

................"rajin-rajinlah beramal".................

Friday, June 3, 2011

"DOSA LEPAS"

“Dosa lepas”
Assalamulaikum, apa kabar sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua.
" sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua.,

Aku sungguh bersimpati dan teruja sekali apabila mendengar luahan hati kawan-kawan aku yang sanggup berkongsi dari pengalaman mereka yang lalu serta datang dari pencarian ilmu dan pengalaman yang ikhlas. Sahabat aku ikhlas, ikhlas dalam berkongsi ilmu dan pengalaman demi suatu hari nanti kita akan sama-sama berkongsi syurga pula.... insyallah.

Sahabat dan kawan-kawan semua dalam tulisan aku kali ini aku bawa satu sentuhan dan renungan yang boleh aku sifatkan berada di luar kawalan minda kita semua. Sahabat dan kawan-kawan, sebagaimana kamu semua, Aku juga sering memikirkan tentang ‘dosa-dosa lepas’ sehinggakan kadang-kadang aku menangis seorang diri sebelum aku tidur dan ketika aku sedang memandu. Adakalanya aku rasa tangisan aku ini palsu dan air mata yang tertumpah adalah airmata buaya lantaran adakah ianya datang dari hati aku yang jujur dan ikhlas . Seolah-olah diri aku ini berpura-pura di depan kebesaran Allah…….subahanallah, aku harap ianya tak terjadi macam tu..

Sahabat dan kawan-kawan,Entah macam mana, penyesalan daripada dosa dan diri yang jahat ini pada Allah tiba-tiba mengilhamkan aku bahawa dosa yang lepas itu ada hikmah dan rahsianya yang tersendiri yang mungkin tidak tercapai oleh pemikiran seseorang melainkan ianya dianugerahkan ilham oleh Allah s.w.t Yang Maha Pengampun, Pemurah lagi maha Pengasih. Sahabat dan kawan-kawan semua dosa yang lepas itu ada nilai positifnya dalam keadaan orang selalu melihat dosa itu sebagai negatif. Pelik kan sahabat dan kawan-kawan semua. Ok lah sahabat dan kawan,kita cari dimanakah sudut nilai positif itu

Sahabat dan kawan-kawan semua,‘Dosa lepas’ bagi orang yang beriman adalah seumpama hutang dan mata pisau yang terlekat pada jantung. Sahabat dan kawan-kawan semua hutang kita pada Allah s.w.t perlu dibayar kepada Allah s.w.t dalam bentuk taubat dan buat gandaan amalan soleh. Mata pisau yang terlekat pada jantung perlu dicabut dengan istighfar, zikrullah dan penyesalan yang bersungguh-sungguh sehingga kita rasa diri kita dekat benar dengan Allah s.w.t. Sahabat dan kawan-kawan semua terasa nikmatnya diri apabila dapat merasai diri kita dekat dengan Allah s.w.t. Sahabat dan kawan-kawan semua ‘Dosa lepas’ adalah tali pengikat antara kasih kita kepada Allah s.w.t. dengan kasih Allah kepada kita. Cinta makhluk kepada Khaliq dan cinta Khaliq kepada makhluk boleh terjalin melalui ‘dosa lepas’. Kenapa? Kerana ‘dosa lepas’ adalah pintu taubat, pintu istighfar, pintu zikrullah, pintu takut dan pintu harapan bagi orang-orang yang berfikir. Pintu besar kepada pintu-pintu itu ialah pintu syurga. Manakala Allah pula kasih kepada hamba-Nya yang sedar, insaf, bertaubat, takut dan berharap kepada-Nya.

Sahabat dan kawan-kawan semua ,bukan untuk menjustifikasikan dosa kita. Bukan juga untuk rasa selesa dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Apatah lagi untuk mendorong perlakuan dosa itu. Sahabat dan kawan-kawan semua hanya akan dapat memahami dan menyelami sedalam-dalamnya apa yang aku kata hanya jika diberi kefahaman dan hidayah oleh Allah. Sekiranya apa yang aku fikirkan dan tuliskan ini salah dari aspek akidah, maka betulkan aku melalui komen-komen membina agar kita bersama-sama menuju kejayaan.

Sahabat dan kawan-kawan semua, ambillah pengajaran dan peluang dari dosa-dosa lepas untuk menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa insaf, takut dan berharap kepada Allah seiringan dengan istighfar, taubat, zikrullah dan penggandaan amalan soleh. Orang yang ‘menghargai’ dosa-dosa lepas sentiasa benci pada dosa-dosa lepas dan dosa-dosa yang akan dilakukan. Ingatlah sahabat dan kawan-kawan semua,kita mungkin telah lupa dosa-dosa lepas yakni dosa yang telah kita lakukan sejak zaman kita remaja, tetapi dosa-dosa itu tidak akan pernah hilang dari lipatan perjalanan sejarah kehidupan kita. Dosa-dosa itu akan zahir kembali tepat pada masanya antara kita dengan Allah di Padang Mahsyar kelak.
……………rajin-rajinlah beramal…………………