Monday, July 15, 2013

Assalamulaikum, apa kabar sahabat-sahabat ku semua,selamat menjalani ibadah diBulan Ramadhan, semuga ibadah kita diterima oleh Allah SWT


Kepada sahabat-sahabat ku yang terseksa jiwa, menderita sakit dan menderita segalanya, harap bersabar dan perbanyakkan amalan baik, selalu mengingati Allah SWT, kerana darinya kita datang dan kepadanya nanti kita akan dikembalikan, kita menerima dugaannya dengan pelbagai cara harap banyak-banyaklah bersabar  dan terima lah dugaan ini dengan keikhlasan dengan rasa kesyukuran kerana dengan dugaan ini lah sahaja kita tahu bahawa kita benar-benar telah beriman atau tidak

Kepada sahabat-sahabat ku yang telah lama terputus hubungan dengan ku maafkan lah aku andaikata Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat ku andaikata dipanjangkan usia ku, insyallah kita akan berjumpa


Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum

Sahabat-sahabat ku sekelian. Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.
Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata " Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"



Berkata Imam Ghazali lagi, barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; "Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu" - Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon bantuan"

Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:


1.              Banyak wang
2.              Didengar dan ditaati segala perkataannya
3.              Mendapat kasih sayang daripada perempuan dan juga lelaki
4.              Diberi kekayaan
5.              Mendapat kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
6.              Dijauhkan dari bala dan bencana alam
7.              Dijauhkan dari penipuan, muslihat musuh dan lain2 yang 
                 sebangsa  dengannya.

Beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT, mudah-mudahan dengan keikhlasan kita itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan mendapat fadhilat dan khasiat2 yang tersebut diatas. Amalkan lah apa yang terdaya, dan latihlah diri kita agar ikhlas dalam beribadat