Assalamulaikum sahabat
dan kawan-kawan semua, semuga anda sentiasa sihat dan dirahmati Allah s.w.t.
Sahabat dan
kawan-kawan, lama juga aku tak menulis ,aku menulis ni kerana aku teringatkan
kawan aku lama dah aku tak berhubung dengan dia,dan dia pun tak berhubung
dengan aku… aku doakan dia sentiasa bahagia dan sentiasa sihat dan di lindunggi
Allah s.w.t walau dimana dia berada walau
diangkasa raya atau di bumi ,dia banyak mempamirkan sifat kasih sayang sesama manusia
terutamanya kepda ibu bapa dia.
Dari apa yang aku
lihat dari sifat kasih sayang dia yang
dia terjemahkan kepada aku ,aku teringatkan kisah Nabi sulaiman dan pemuda yang
berbakti kepada ibu bapa…..aku amat mengkagumi sahabat aku tu, semuga dia
sentiasa bahagia
Kisah
Nabi Sulaiman dan pemuda yang berbakti kepada ibu bapa
Nabi
Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah
pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal.
Setelah
wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah
pimpinannya.
Pada
suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang
terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran
Allah S.W.T.
Perjalanan
mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda
yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit,
cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu
kamu bawakan ia kemari”.
Jin
Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi
Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.
Kemudian
Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit,
namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian.
Akhirnya
Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat
ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut
dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”.
Ashif
bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang
diperbuat dari kapur putih.
Dengan
kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut
dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman.
Apabila
Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini,
tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal
Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala
sesuatu”.
Nabi
Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah
berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka
terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang
sedang sujud dan bertasbih memuji Allah.
Nabi
Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi
Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.
Nabi
Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda!
Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah
seorang manusia biasa”.
Nabi
Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan
sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah
menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu
berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.
Nabi
Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”
Jawab
pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua
ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada
Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik
sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh.
Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang
tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan
kakinya lumpuh”.
Sambung
pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan
keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya.
Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan
padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan
kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang
bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan
di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat
tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini
tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.
Nabi
Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup
di zaman Nabi Ibrahim A.S”.
Nabi
Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu
telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya.
Nabi
Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah
memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya
berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan
syurga khusus buat saya”.
Nabi
Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian
pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap
tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang.
Terkejut
Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu
pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan
rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan
madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.
Pemuda
itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang
pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau
saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling
lazat”.
Nabi
Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?”
Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan
apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”.
Kata
pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada
Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji
kebesaranNya”.
Nabi
Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda
itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman
termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan
mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut
di tempat asalnya.
Setelah
itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku
menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah
dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi
Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan
tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah
S.W.T”.
Sumber: Himpunan kisah-kisah
teladan
Kepada
sahabat-sahabat aku walau dimana anda berada samada diangkasa raya mahupun di
bumi, berbuat baiklah kepada ibu bapa kita dan kasihlah kepada mereka sementara
mereka masih ada bersama kita di dunia dan kasihanilah mereka seperti mana
mereka mengasihani kita sewaktu kita kecil.
Sahabat-sahabat
ku,fikirkanlah sejenak, apakah sumbangan bakti kita sebagai anak terhadap
keduanya? Apakah sudah cukup kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka?
Sudah cukupkah bakti yang kita lakukan semasa usia mereka lanjut dimamah
usia?
Sahabat-sahabat
ku,adakah kita ini tergolong dari golongan yang berbakti kepada ibu bapa kita?.
Bersama kita renungkan dan kita amalkan, insyaAllah. Ingatlah, doa ibu bapa
terhadap anaknya adalah mustajab dan tiada hijab antaranya dengan Allah.
.........aku mengkagumi mu......................
.........aku mengkagumi mu......................