Assalamulaikum,
apa kabar sahabat-sahabat ku semua,selamat menjalani ibadah diBulan Ramadhan,
semuga ibadah kita diterima oleh Allah SWT
Kepada
sahabat-sahabat ku yang terseksa jiwa, menderita sakit dan menderita segalanya,
harap bersabar dan perbanyakkan amalan baik, selalu mengingati Allah SWT,
kerana darinya kita datang dan kepadanya nanti kita akan dikembalikan, kita menerima
dugaannya dengan pelbagai cara harap banyak-banyaklah bersabar dan terima
lah dugaan ini dengan keikhlasan dengan rasa kesyukuran kerana dengan dugaan
ini lah sahaja kita tahu bahawa kita benar-benar telah beriman atau tidak
Kepada
sahabat-sahabat ku yang telah lama terputus hubungan dengan ku maafkan lah aku
andaikata Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat ku andaikata
dipanjangkan usia ku, insyallah kita akan berjumpa
Keajaiban
Ya Hayyu Ya Qayyum
Sahabat-sahabat
ku sekelian. Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah
SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat
dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya
yang meliputi seluas langit dan bumi.
Berkaitan
dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata "
Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari
segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan
juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma
Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha
Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"
Berkata
Imam Ghazali lagi, barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi
berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; "Ya Hayyu Ya
Qoyyum Birohmatika Astaghisu" - Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha
Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon
bantuan"
Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:
Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:
1. Banyak wang
2. Didengar dan ditaati segala
perkataannya
3. Mendapat kasih sayang daripada
perempuan dan juga lelaki
4. Diberi kekayaan
5. Mendapat kebahagiaan,
kemuliaan, dan kewibawaan
6. Dijauhkan dari bala dan bencana
alam
7. Dijauhkan dari penipuan,
muslihat musuh dan lain2 yang
sebangsa
dengannya.