Tuesday, December 1, 2009

BEZANYA WANITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Perbezaan Wanita Dunia dan Wanita Akhirat

Maaf tulisan ini hanya pandangan sebelah pihak,kalau anda bersetuju sama-sama kita fikirkan dan berkongsi maklumat

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.
Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di '*****tail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks.

Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.

Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al¬Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.
Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa.pabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.
Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam secular, Libral, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfashion dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan bodynya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya nampak, adakah ini fashion Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fashion sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.-asshafiee.blogspot

WANITA

WANITA KAU SUNGGUH ISTIMEWA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"

Thursday, November 19, 2009

KURUSKAN BADAN TANPA UBAT-UBATAN

KURUSKAN BADAN TANPA UBAT-UBATAN
Bila berbicara tentang berat badan,ramai yang risau terutamanya gulungan kaum wanita, dengan bertambahnya berat badan pada pandangan golongan ini keayuan dan kecantikan akan pudar dan mereka akan mencari berbagai-bagai cara untuk mengurangkan berat badan meraka tanpa menghiraukan tentang keselamatan diri meraka.
Tulisan saya ini hanya untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan bukan untuk mengiklankan sesuatu peroduk, ianya percuma tak perlu kena bayar pun anda cuma perlu menghabiskan pembacaan anda sahaja dan fikir-fikirkannya dan seterusnya kita berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan.

Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.
Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Friday, November 6, 2009

JANGAN SUSAH HATI

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Wednesday, November 4, 2009

BELAILAH PASANGAN ANDA

BELAILAH PASANGAN ANDA, ANDA TAK RUGI APA-APA PUN
PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.
Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan
Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen dalam tulisannya mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.
Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.
Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.'Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.
Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.
Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,"
Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.
Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.
Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.
Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.
Dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.
Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.
Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.
Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.
Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.
Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,
Malah, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.
prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.
Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.
Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.
Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,
Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.
Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.
Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.
Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,.
hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.
Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.
Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,

Sunday, October 18, 2009

'Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri'

HIDUP masa kini penuh dengan cabaran dan dugaan. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia ini dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.

Tulisan saya kali ini ingin saya kongsikan bersama beberapa cara untuk digunakan bagi menghadapi tekanan iaitu dengan cara kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Bercakaplah dengan diri kita. Mulakan dengan...

1. Aku harus siap sedia menghadapi hidup ini. Apa-apa pun yang terjadi, hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan mensia-siakannya tanpa sesuatu yang berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus aku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.

Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan ini berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segala-segalanya selain membuatkan diriku merana dan sengsara.

Hatiku mesti menerima hakikat kenyataan ini, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Bagi ku apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin terhadap hidup ini bagai siang dan malam dan pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. aku pasti setiap kesenangan dan kesengsaraan pasti ada hujungnya.Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya, hanya hambanya lah yang menzalimi dirinya sendiri.

Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri ku. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan yang sedia ada dan yang akan mendatang, tidak boleh lari dari kenyataan dan hakikat ini, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah tanpa dapat aku perkecilkan masalah yang sedia ada. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.

Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.

Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya

Friday, October 2, 2009

Henti menulis buat sementara

Cuti menulis sementara waktu