Semuga sahabat dan kawan-kawan semua sihat.
Semalam aku berkesempatan ke sebuah pasaraya di Ibu Negara, seronok juga sekali-sekali dapat melilau melihat telatah pengunjung pasaraya yang pelbagai ragam. Aku sedih sekali bila melihat beberapa orang anak muda Melayu bertatu di lengannya, mereka macam megah menayangkan gambar tatu itu..bagi aku ini akan menjadi ikutan pada anak muda yang lain untuk bertatu, tidak kah mereka sedar bahawa bertatu itu adalah haram, tidak kah mereka tahu bahawa mereka membawa bersama agama mereka sekali apabila mereka menayangkan gambar tatu di lengan mereka, adakah mereka ini Islam?.....entah lah aku tak tahu nak menjawabnya
Bersama ini aku sertakan fatwa berkaitan bertatu,
Hukum
bertatu
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April
2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah
telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan
orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju
memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta
menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak
mendatangkan sebarang kemudharatan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan
kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi
orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia,
maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat
tersebut.
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa
yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu
pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam
dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.
Keterangan/Hujah:
1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam.
Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada
Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat
perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan
yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam
kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan
adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud
:
Rasulullah
s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi
dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)
3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi
Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana
perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman
perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan
menjadi najis.
4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan
iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan
mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi
seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan
tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan
menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan
bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan
cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.
Bersama ini juga aku kongsikan sebuah kisah benar dan kita ambil
iktibar darinya
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan
mayat seorang (Pekerjaan dirahsiakan) Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat
tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat (Pekerjaan dirahsiakan) Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.

Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.
Wassalam
No comments:
Post a Comment