Assalamulaikum sahabat,lama juga aku tak menulis kat blog aku ni.Kai ni aku nak tuliskan tentang "Pemimpin". Sekarang ni kita asyek membicarakan tentang pemimpin, siapa yang layak dan siapa yang tidak.Bagi aku lah dalam memilih pemimpin kita jangan memilih mengikut perasaan,main pilih aja nanti kepimpinan orang yang kita pilih hancur lebur.Bagi aku dalam memilih pemimpin kita kena perhatikan siapa yang hendak kita pilih mengikut sifat kepimpinan yang ada pada seseorang.
1. Anugerah menjadi pemimpin.
Seseorang yang sejak semula jadi telah menunjukkan sifat-sifat kepimpinannya memalui anugerah Allah kepadanya .(Contoh Junjungan besar kita Nabi Muhammad)
2. Belajar menjadi pemimpin.
Seseorang yang belajar melalui pengalaman hidup atau seseorang yang belajar menerusi pengajian di institusi pengajian samada pengajian rendah atau pengajian tinggi.Orang yang seperti ini akan mengambil contoh beberapa orang pemimpin didunia ni sebagai idolanya
3. Perasan menjadi pemimpin.
Seseorang yang ada ilmu tapi tak mahu gunakan sepenuh ilmunya untuk memimpin kerana hawa nafsunya menguasai ilmunya lantaran sombong kerana ada pengikut yang ramai.
Ingat lah bahawa
Selagi anda ada merasai kesakitan, anda masih bernyawa
Selagi anda ada membuat kesilapan demi kesilapan, anda adalah manusia
Dan selagi anda mencuba dan terus mencuba anda masih ada harapan
Sekain untuk kali ni
No comments:
Post a Comment