Thursday, September 20, 2012

KEGANASAN RUMAHTANGGA

Assalamulaikum sahabat semua, semuga sihat dan diharapkan ceria sentiasa
Aku di tanya oleh seorang sahabat tentang keganasan rumah tangga dan apakah hendak dilakukan jika perkara ini berlaku.
Berikut aku nyatakan serba sedikit tentang persoalan yang dinyatakan itu.
Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?
·         Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
·         Mencederakan mangsa secara fizikal.
·         Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.
·         Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
·         Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
·         Isteri / bekas isteri
·         Suami / bekas suami
·         Anak-anak
·         Ibu bapa
·         Ahli keluarga yang tinggal serumah

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?
·         Penderaan fizikal
·         Penderaan mental
·         Penderaan emosi
·         Penderaan seksual
·         Penderaan spiritual

Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu:
·         Tahap 1 : Peningkatan tekanan - Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.
·         Tahap 2: Permulaan insiden keganasan - Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
·         Tahap 3: Penyesalan - Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah.
 Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?

 Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.

Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?

Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:
·         Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.
·         Personaliti suami atau isteri.
·         Latar belakang keluarga.
·         Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
·         Masalah ekonomi.
·         Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
·         Masalah mental
·         Latar belakang masyarakat dan budaya.
·         Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
·         Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
·         Kurangnya didikan agama.

Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?
·         Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
·         Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
·         Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
·         Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
·         Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
·         Berpegang teguh pada agama.

Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?

Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
·         Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka panjang.
·         Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
·         Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
·         Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
·         Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah.

Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?
·         Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
·         Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
·         Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
·         Penagih, pemabuk dan kaki judi.
·         Pasangan yang mengalami sakit mental.
·         Pasangan yang kuat cemburu.
·         Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
·         Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?

Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius:
·         Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
·         Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
·         Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
·         Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jika keganasan di tahap serius:
·         Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat Khidmat Bersepadu )
·         Laporkan kepada pihak polis.
·         Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah perlindungan Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
·         Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.

Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?

Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik.

Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?
·         Diri sendiri
·         Ahli Keluarga
·         Jiran tetangga
·         Ahli sukarelawan dan NGO
·         Pihak Polis
·         Hospital
·         Jabatan Kebajikan Masyarakat
·         Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
·         Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?
·         Ingin mendapatkan khidmat nasihat : Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan-sukarelawan NGO )
·         Ingin membuat aduan: Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan. Jika terdapat kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC ) Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu.
Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu ) atau lambat bertindak apabila didera? 
·         Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang.
·         Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.
·         Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.
·         Memikirkan tentang anak-anak.
·         Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami.
      Sekian diharapkan ianya dapat membantu kepada sesiapa sahabatku yang mengalami keganasan rumah tangga.

S


Monday, September 17, 2012

HOW DO YOU KNOW IF YOU MARRIED THE RIGHT PERSON?




Here's the answer.


EVERY relationship has a cycle. In the beginning,
you fell in love with your spouse. You
anticipated their call, wanted their touch, and
liked their idiosyncrasies. 

Falling in love with your spouse wasn't hard. In
fact, it was a completely spontaneous
experience. You didn't have to DO anything.
That's why it's called "falling" in love - because
it's happening TO YOU. 

People in love sometimes say, "I was swept off my
feet." Think about the imagery of that
expression. It implies that you were just
standing there; doing nothing, and then something
came along and happened TO YOU. 

Falling in love is easy. It's a passive and
spontaneous experience. 

But after a few years of marriage, the euphoria
of love fades. It's the natural cycle of EVERY
relationship. Slowly but surely, phone calls
become a bother (if they come at all), touch is
not always welcome (when it happens), and your
spouse's idiosyncrasies, instead of being cute,
drive you nuts. 

The symptoms of this stage vary with every
relationship, but if you think about your
marriage, you will notice a dramatic difference
between the initial stage when you were in love
and a much duller or even angry subsequent stage.

At this point, you and/or your spouse might start
asking, "Did I marry the right person?" And as
you and your spouse reflect on the euphoria of
the love you once had, you may begin to desire
that experience with someone else. This is when
marriages breakdown. People blame their spouse
for their unhappiness and look outside their
marriage for fulfillment. 

Extramarital fulfillment comes in all shapes and
sizes. Infidelity is the most obvious. But
sometimes people turn to work, church, a hobby, a
friendship, excessive TV, or abusive substances. 

But the answer to this dilemma does NOT lie
outside your marriage. It lies within it.

I'm not saying that you couldn't fall in love
with someone else. You could. And TEMPORARILY
you'd feel better. But you'd be in the same
situation a few years later. Because (listen
carefully) THE KEY TO SUCCEEDING IN
MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT'S
LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.

SUSTAINING love is not a passive or spontaneous
experience. It'll NEVER just happen to you. You
can't "find" LASTING love. You have to "make" it
day in and day out. That's why we have the
expression "the labor of love." Because it takes
time, effort, and energy. And most importantly,
it takes WISDOM. You have to know WHAT TO DO to
make your marriage work.

Make no mistake about it. Love
is NOT a mystery. There are specific things you
can do (with or without your spouse) to succeed
with your marriage.

Just as there are physical laws of the universe
(such as gravity), there are also laws for
relationships. Just as the right diet and
exercise program makes you physically stronger,
certain habits in your relationship WILL make
your marriage stronger. It's a direct cause and
effect. If you know and apply the laws, the
results are predictable - you can "make" love.

Marriage Fitness a step-by-step system for making
and maintaining love in your marriage. And the
program works for any marriage even if only one
spouse does it.

So what's your first step?


Monday, September 10, 2012

Tatu

Assalamulaikum.
Semuga sahabat dan kawan-kawan semua sihat.

Semalam aku berkesempatan ke sebuah pasaraya di Ibu Negara, seronok juga sekali-sekali dapat melilau melihat telatah pengunjung pasaraya yang pelbagai ragam. Aku sedih sekali bila melihat beberapa orang anak   muda Melayu bertatu di lengannya, mereka macam megah menayangkan gambar tatu itu..bagi aku ini akan menjadi ikutan pada anak muda yang lain untuk bertatu, tidak kah mereka sedar bahawa bertatu itu adalah haram, tidak kah mereka tahu bahawa mereka membawa bersama agama mereka sekali apabila mereka menayangkan gambar tatu di lengan mereka, adakah mereka ini Islam?.....entah lah aku tak tahu nak menjawabnya


Bersama ini aku sertakan fatwa berkaitan bertatu, 




Hukum bertatu

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.

Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.
   
Keterangan/Hujah: 
1.    Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
2.    Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani) 
 
3.    Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
 
4.   Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
 
5.    Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
 
6.    Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

Bersama ini juga aku kongsikan  sebuah kisah benar dan kita ambil iktibar darinya

      Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang (Pekerjaan dirahsiakan) Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.


Kubur mayat 
 (Pekerjaan dirahsiakan) Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.


Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.

Moral cerita:


1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.

Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.

Wassalam

Friday, September 7, 2012

Hai, Kawan-kawan semua apa kabar, aku harap semuanya sihat dan sentiasa ceria, Bulan Sawal yang masih berbaki ni aku memanfaatkan untuk memohon kemaafan dari kawan-kawan dimana salah silap aku , aku ni manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa.........." MA'AFKAN AKU".....tak tahu lah aku sapa yang pergi dulu, yang penting kemaafan itu  di berikan.

Untuk kali ini aku nak kongsikan satu cerita yang telah aku baca, tapi maaf lah sumbernya aku dah lupa yang pentingnya kita berkongsi dan ambil contoh dan iktibar darinya.

"Kasih sayang seorang yang bernama isteri"

Seorang isteri menangis-nangis hendak mandikan jenazah suami dia dan menatap wajah suami dia buat kali terakhir.. bapa mertua dengan polis forensik tidak  memberi kebenaran untuk berbuat demikian.. sambil menangis-nangis dengan wajahnya yang sayu  isteri itu berkata "ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dahulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andaikata  kamu (isteri) mati dahulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu"..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk lalu bertanya ape yang terjadi ...setelah diterangkan kedudukan sebenarnya  ustaz itu berkata "tidak mengapa" kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya yang dikasihi.. 

Dengan tenang dan berwajah sayu isteri tersebut membasuh muka suaminya sambil berdoa, 

"Inilah wajah suami yang aku sayangi tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti insyallah.."

Selepas itu isteri tersebut membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Seterusnya isteri itu membasuh tubuh jenazah suaminya sambil berkata "tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayag kepada  aku serta anak-anakku ,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Kemudian isteri itu membasuh kaki jenazah suaminya smbil berkata "dengan kaki inilah abang keluar mencari rezki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi ,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu pada suaminya lalu berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis wajah dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih syg Allah kepada mu."

Ya Allah..menitis airmata membaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
......bagaimana dengan sahabatku, adakah sahabatku yang aku kasihi sudah bersedia.............

Thursday, May 24, 2012

Hidup kita sia-sia- Mati kita juga Celaka

Kalau hidup kita sia-sia, Mati kita juga Celaka
Assalamulaikum sahabat, semuga sahabat semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah Swt
Sahabat-sahabat semua kali ini aku nak rungkaikan akan kesilapan dan kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan samada kita sedar, separuh sedar atau tak sedar langsung, mengapa ianya terjadi.Aku pernah melakukan kesilapan bagitu juga dengan sahabat-sahabat aku..... kita tidak tahu bila masa kita akan di jemput , dalam keadaan mana kita di jemput dan dan di tempat mana pula kita akan di jemput..... bertaubatlah sebelum terlambat,
Untuk secara sepintas lalu mari lah kita  bersama renungkan dan bincangkan tentang sifat dan kebobrokan iblis laknatullah dalam hasutan dan penguasaannya ke atas diri manusia. Sahabat dan rakan-rakan yang aku kasihi, Iblis tidak berbentuk seperti seekor anjing yang dapat dilihat rupabentuknya. Ia juga tidak dapat dipegang seperti jeli yang lembik dan lunyai. Namun penangannya cukup berbisa dan mencelakakan diri kita jika kita alpa dan tidak bersedia untuk menghadapinya.

Bagitulah asalnya  kejadian sorang hamba yang asalnya paling taat beribadat kepada Allah swt. 20,000 tahun dia beribadat penuh zuhud sehingga layak dia diangkat menjadi ketua bagi sekelian para malaikat. Malah dia jugalah yang mengajarkan malaikat cara-cara untuk tunduk menyembah Allah swt (Orang tua-tua kita ada ceritakan bagaimana ada malaikat yang kerjanya berdiri tegak dalam keadaan 'i'tidal, ada yang tunduk ruku' dan ada yang sentiasa berada dalam keadaan menyembam sujud).

Namun, sikap angkuh dan sombongnya terserlah (biar alim setara mana sekalipun, jika tanpa rasa 'ikhlas'), apabila tiba saat Allah swt jadikan Adam a.s untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Dan Azazil (asal keturunan iblis, setan dan jin) pun segera menyanggah.

"Aku terlebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah." - Al- A'raaf: 12

"Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga, tidak pantas engkau berlaku sombong dalam syurga, maka keluarlah, sesungguhnya tetap engkau termasuk orang-orang yang hina." - Al-A'raaf: 13

Peristiwa ini adalah saat yang paling memilukan - bagaimana seorang hamba yang begitu alim penuh zuhud dan paling disayangi Allah swt sedia berlaku biadab dan angkuh di hadapan Pencipta dirinya. Puncanya, dikeranakan ibadat yang tidak ikhlas - sekadar menunjukkan kealiman diri (bukan bermakna Allah swt tertipu dengan lakonannya - memang itupun adunan Allah swt untuk menunjukkan KeberkuasaanNya dalam mengaturkan sesuatu!).

Hikmahnya, adalah untuk dijadikan iktibar buat umat-umat yang terkemudian sebagai panduan dalam kehidupan. Namun jenis makhluk yang tidak ikhlas dan keras hati ini agak pelik corak pendekatannya. Dia lalu memohon daripada Allah swt.

"Dia berkata: Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk (mengintip) mereka atas jalan Engkau yang lurus." - Al-A'raaf: 16

"Kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. (Sehingga) kebanyakan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau." - Al-A'raaf: 17

Baru nampak belangnya yang sebenar. Bukan dia nak berasa insaf terhadap kemurkaan Allah swt, sebaliknya ingin melampiaskan segala yang terpendam dalam hati busuknya. Dia masih memohon sebagai satu permintaan terakhir .

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya." - Al-Hijr: 39

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." - Al-Hijr: 40

"Allah berfirman: Inilah jalan yang lurus bagiKu." - Al-Hijr: 41

"Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat." - Al-Hijr: 42

"Sesungguhnya, neraka jahannam tempat siksaan mereka semuanya." - Al-Hijr: 43

Ini Allah swt lakarkan dalam Al-Quran, sebuah kitab suci yang penuh mukjizat bagi orang-orang Islam yang mau beriman. Ia bukan sebuah cerita penglipur-lara atau dongeng legenda untuk suka-suka sekadar menyeronokkan sesiapa yang membaca. Ia sebuah kitab yang penuh dengan panduan kehidupan - zahir dan batin.
Ini adalah peringatan Allah swt akan janji iblis laknatullah setelah dia dengan kesombongan yang tiada tara, berazam utk melampiaskan rasa terbuku dalam hati dan dendamnya terhadap anak-cucu Adam a.s; setelah 'bapa' sekelian manusia itu dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi.

Tidak dapat tanduk telinga pun jadi; untuk dipulas-pulas buat menyesatkan agar bersama-sama dengannya kelak berbondong-bondong masuk ke dalam neraka Allah swt di hari akhirat nanti.

Itu azam dan permohonannya dan... Allah swt sebagai Zat yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan itu telah menzahirkan keadilanNya, maka permohonan itu diterima - dengan bersyarat. Syaratnya adalah seperti yang termaktub dalam ayat ke-42 surah Al-Hijr itu.

"Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat."
Ia tanda keadilan Ilahi ke atas hamba-hambaNya sama ada yang engkar seperti iblis laknatullah mahupun haiwan atau manusia yang kufur dan yang beriman juga. Allah swt jelaskan bahawa iblis takkan berkuasa apa-apa ke atas hamba-hamba Allah swt yang taat dan ikhlas.

Dia, iaitu Allah swt cuma berlepas tangan terhadap mereka yang kufur dan sesat; sebagai habuan tinggalan bak sampah yang busuk dan bertaburan. Namun sebagai tanda kasih dan sayangNya, Allah swt masih menurunkan 124,000 orang Nabi serta 25 Rasul serta 4 buah kitab buat penunjuk jalan agar sekelian hambaNya terhindar dari jalan kesesatan dambaan iblis laknatullah itu.

Namun jaminanNya adalah tuntas buat mereka yang benar-benar beriman dan ikhlas berada di atas jalanNya saja - jalan kebenaran.

Pun begitu dalam membicarakan bab-bab mengenai iblis laknatullah ini nanti akan wujud iring-iringan iblis berupa manusia yang tidak ingin melihat manusia lain mengenalinya secara dekat. Iblis berupa manusia itu akan jengkel jika ada di kalangan hamba-hamba Allah swt yang berusaha mendekatkan diri kepada Zat Yang Satu Wajib al-Wujud itu.

Ini pasti kerana Allah swt telah menetapkan;

"Sesungguhnya, sejahat-jahat yang melata (di muka bumi) di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu, mereka tiada memikirkan apa-apa pun." - Al-Anfaal: 22
Jika dibantu oleh teman-teman kita akan berjaya mengharungi fitnah akhir zaman secara tenang dan wewenang. Bagi tujuan demikian, musuh kita yang paling nyata itu hendaklah dikenali seluruhnya dengan cara bersungguh-sungguh.

Jika dikenali musuh maka mudahlah kita untuk mengelak jika tidak pun untuk memeranginya. Namun manusia sebagai 'sebaik-baik kejadian' di atas muka bumi ini hendaknya jangan jadi seperti gajah; badannya saja yang besar, bertenaga tetapi berjiwa kecil - penakut dan mudah lembik dalam situasi yang mencabar.

Maka banyaklah songehnya, kerana kita kena faham... iblis memang tidak suka sesiapa pun cuba untuk mengenalinya, jauh sekali daripada menghindarinya. Ini disebabkan... anak-cucu Adam a.s. itu adalah 'bahan makanan'nya yang utama.

Tanpa manusia, iblis mati perhitungan.
Sebelum pergi lebih jauh elok kita kenali dahulu jenis anak iblis yang sering menggoda manusia. Ada 9 jenis kesemuanya.
9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak iblis:

1. Zalituun ... Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak iblis yang sering mengganggu kamu? Adakah jenis Walahaan, iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini atau masuud yang meniti di bibir untuk menyebarkan fitnah?

............Untuk buat masa ini, jika ada masa dan umur kita jumpa lagi.........