Thursday, May 24, 2012

Hidup kita sia-sia- Mati kita juga Celaka

Kalau hidup kita sia-sia, Mati kita juga Celaka
Assalamulaikum sahabat, semuga sahabat semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah Swt
Sahabat-sahabat semua kali ini aku nak rungkaikan akan kesilapan dan kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan samada kita sedar, separuh sedar atau tak sedar langsung, mengapa ianya terjadi.Aku pernah melakukan kesilapan bagitu juga dengan sahabat-sahabat aku..... kita tidak tahu bila masa kita akan di jemput , dalam keadaan mana kita di jemput dan dan di tempat mana pula kita akan di jemput..... bertaubatlah sebelum terlambat,
Untuk secara sepintas lalu mari lah kita  bersama renungkan dan bincangkan tentang sifat dan kebobrokan iblis laknatullah dalam hasutan dan penguasaannya ke atas diri manusia. Sahabat dan rakan-rakan yang aku kasihi, Iblis tidak berbentuk seperti seekor anjing yang dapat dilihat rupabentuknya. Ia juga tidak dapat dipegang seperti jeli yang lembik dan lunyai. Namun penangannya cukup berbisa dan mencelakakan diri kita jika kita alpa dan tidak bersedia untuk menghadapinya.

Bagitulah asalnya  kejadian sorang hamba yang asalnya paling taat beribadat kepada Allah swt. 20,000 tahun dia beribadat penuh zuhud sehingga layak dia diangkat menjadi ketua bagi sekelian para malaikat. Malah dia jugalah yang mengajarkan malaikat cara-cara untuk tunduk menyembah Allah swt (Orang tua-tua kita ada ceritakan bagaimana ada malaikat yang kerjanya berdiri tegak dalam keadaan 'i'tidal, ada yang tunduk ruku' dan ada yang sentiasa berada dalam keadaan menyembam sujud).

Namun, sikap angkuh dan sombongnya terserlah (biar alim setara mana sekalipun, jika tanpa rasa 'ikhlas'), apabila tiba saat Allah swt jadikan Adam a.s untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Dan Azazil (asal keturunan iblis, setan dan jin) pun segera menyanggah.

"Aku terlebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah." - Al- A'raaf: 12

"Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga, tidak pantas engkau berlaku sombong dalam syurga, maka keluarlah, sesungguhnya tetap engkau termasuk orang-orang yang hina." - Al-A'raaf: 13

Peristiwa ini adalah saat yang paling memilukan - bagaimana seorang hamba yang begitu alim penuh zuhud dan paling disayangi Allah swt sedia berlaku biadab dan angkuh di hadapan Pencipta dirinya. Puncanya, dikeranakan ibadat yang tidak ikhlas - sekadar menunjukkan kealiman diri (bukan bermakna Allah swt tertipu dengan lakonannya - memang itupun adunan Allah swt untuk menunjukkan KeberkuasaanNya dalam mengaturkan sesuatu!).

Hikmahnya, adalah untuk dijadikan iktibar buat umat-umat yang terkemudian sebagai panduan dalam kehidupan. Namun jenis makhluk yang tidak ikhlas dan keras hati ini agak pelik corak pendekatannya. Dia lalu memohon daripada Allah swt.

"Dia berkata: Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk (mengintip) mereka atas jalan Engkau yang lurus." - Al-A'raaf: 16

"Kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. (Sehingga) kebanyakan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau." - Al-A'raaf: 17

Baru nampak belangnya yang sebenar. Bukan dia nak berasa insaf terhadap kemurkaan Allah swt, sebaliknya ingin melampiaskan segala yang terpendam dalam hati busuknya. Dia masih memohon sebagai satu permintaan terakhir .

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya." - Al-Hijr: 39

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." - Al-Hijr: 40

"Allah berfirman: Inilah jalan yang lurus bagiKu." - Al-Hijr: 41

"Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat." - Al-Hijr: 42

"Sesungguhnya, neraka jahannam tempat siksaan mereka semuanya." - Al-Hijr: 43

Ini Allah swt lakarkan dalam Al-Quran, sebuah kitab suci yang penuh mukjizat bagi orang-orang Islam yang mau beriman. Ia bukan sebuah cerita penglipur-lara atau dongeng legenda untuk suka-suka sekadar menyeronokkan sesiapa yang membaca. Ia sebuah kitab yang penuh dengan panduan kehidupan - zahir dan batin.
Ini adalah peringatan Allah swt akan janji iblis laknatullah setelah dia dengan kesombongan yang tiada tara, berazam utk melampiaskan rasa terbuku dalam hati dan dendamnya terhadap anak-cucu Adam a.s; setelah 'bapa' sekelian manusia itu dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi.

Tidak dapat tanduk telinga pun jadi; untuk dipulas-pulas buat menyesatkan agar bersama-sama dengannya kelak berbondong-bondong masuk ke dalam neraka Allah swt di hari akhirat nanti.

Itu azam dan permohonannya dan... Allah swt sebagai Zat yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan itu telah menzahirkan keadilanNya, maka permohonan itu diterima - dengan bersyarat. Syaratnya adalah seperti yang termaktub dalam ayat ke-42 surah Al-Hijr itu.

"Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat."
Ia tanda keadilan Ilahi ke atas hamba-hambaNya sama ada yang engkar seperti iblis laknatullah mahupun haiwan atau manusia yang kufur dan yang beriman juga. Allah swt jelaskan bahawa iblis takkan berkuasa apa-apa ke atas hamba-hamba Allah swt yang taat dan ikhlas.

Dia, iaitu Allah swt cuma berlepas tangan terhadap mereka yang kufur dan sesat; sebagai habuan tinggalan bak sampah yang busuk dan bertaburan. Namun sebagai tanda kasih dan sayangNya, Allah swt masih menurunkan 124,000 orang Nabi serta 25 Rasul serta 4 buah kitab buat penunjuk jalan agar sekelian hambaNya terhindar dari jalan kesesatan dambaan iblis laknatullah itu.

Namun jaminanNya adalah tuntas buat mereka yang benar-benar beriman dan ikhlas berada di atas jalanNya saja - jalan kebenaran.

Pun begitu dalam membicarakan bab-bab mengenai iblis laknatullah ini nanti akan wujud iring-iringan iblis berupa manusia yang tidak ingin melihat manusia lain mengenalinya secara dekat. Iblis berupa manusia itu akan jengkel jika ada di kalangan hamba-hamba Allah swt yang berusaha mendekatkan diri kepada Zat Yang Satu Wajib al-Wujud itu.

Ini pasti kerana Allah swt telah menetapkan;

"Sesungguhnya, sejahat-jahat yang melata (di muka bumi) di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu, mereka tiada memikirkan apa-apa pun." - Al-Anfaal: 22
Jika dibantu oleh teman-teman kita akan berjaya mengharungi fitnah akhir zaman secara tenang dan wewenang. Bagi tujuan demikian, musuh kita yang paling nyata itu hendaklah dikenali seluruhnya dengan cara bersungguh-sungguh.

Jika dikenali musuh maka mudahlah kita untuk mengelak jika tidak pun untuk memeranginya. Namun manusia sebagai 'sebaik-baik kejadian' di atas muka bumi ini hendaknya jangan jadi seperti gajah; badannya saja yang besar, bertenaga tetapi berjiwa kecil - penakut dan mudah lembik dalam situasi yang mencabar.

Maka banyaklah songehnya, kerana kita kena faham... iblis memang tidak suka sesiapa pun cuba untuk mengenalinya, jauh sekali daripada menghindarinya. Ini disebabkan... anak-cucu Adam a.s. itu adalah 'bahan makanan'nya yang utama.

Tanpa manusia, iblis mati perhitungan.
Sebelum pergi lebih jauh elok kita kenali dahulu jenis anak iblis yang sering menggoda manusia. Ada 9 jenis kesemuanya.
9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak iblis:

1. Zalituun ... Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak iblis yang sering mengganggu kamu? Adakah jenis Walahaan, iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini atau masuud yang meniti di bibir untuk menyebarkan fitnah?

............Untuk buat masa ini, jika ada masa dan umur kita jumpa lagi.........