Sunday, December 27, 2009

THERAPY FOR THE SOUL

Assalamulaikum, apa kabar beb-beb semua dan sahabat-sahabat,semuga sihat dan ceria selalu.

Kali ni beb tulisan aku lain sikit, aku soal aku jawab pulak,tak mengapa lah asalkan masej yang nak aku sampaikan sampai terus kedalam hati kamu semua beb, aku seronok pulak tulis dalam Bahasa penjajah ni, ianya ringkas aja tapi kalau ada salah ejaan tu maafkan aku beb, baru nak mula ni,

THERAPY FOR THE SOUL

Which day is the MOST BEAUTIFUL day in your life ???
Today.

What’s the easiest thing to do in life ???
A mistake.

What’s the greatest obstacle ???
Fear.

The most profound tragedy in life ?
Abandonment.

The root of all evil ???
Egotism.

The most wonderful entertainment & fun ???
Work, of course !

The greatest failure ?
Lack of faith.

The best teachers ?
Kids.

The absolute prime need ??
Contact with another human being.

What brings a person the greatest feeling of satisfaction ?
Being of help to somebody & being appreciated.

The greatest mystery ?
Death.

The most serious human failing ?
Lack of a sense of humor.

The greatest Enemy ???
Deceit & lies.

The worst emotion ?
Anger.

The most wonderful gift ?
Forgiveness.

The #1 most desired necessity?
One’s own „home.”

The quickest way forward ?
Certainty.

The most wonderful feeling ???
Inner peace.

The best defense ?
A smile.

The best medicine ?
Optimism.

The greatest might on earth ?
Faith.

The people whom we need most of all ?
Our parents.

What’s the most beautiful of all ?
LOVE.
Intelligence without love makes you perverse.
Fairness & justness without love makes you inflexible & stern.
Diplomacy & tact without love makes you a hypocrite.
Success without love turns you arrogant.
Wealth without love makes you mean & tight–fisted.
Poverty without love turns you into a radical.
Beauty without love makes you capricious.
Authority & power without love lead to tyranny.
Labor without love turns you into a slave.
Naivety without love deprives you of values.
Prayer & worship without love turns you into a egotist.
Faith without love turns you into a fanatic.
Bearing your cross in life without love becomes a terrible burden.
LIFE WITHOUT LOVE LOSES ITS MEANING !

Saturday, December 26, 2009

THE WOMEN

Assalamulaikum, sahabat dan beb-beb semua, semuga ceria sentiasa semasa bertugas
Ingat beb senyum tu sedekah.

Kali ni aku nak cerita lagi tentang kaum wanita,tapi dalam Bahasa Inggeris beb,kalau tak faham buka kamus dan kalau tak jumpa dalam kamus tu tentu aku salah eja, kalau ada kesalahan ejaan maafkan aku beb, aku nak cuba tulis dalam Bahasa Inggeris lama tak gunakan bahasa ni.

The Woman

When a man was sitting beside a sleeping woman after working late one day
A little boy came by and said:
“Why spend so much time beside her ?”

And the man answered:
“Son, Have you seen all she is capable of ?"
“she functions on all kinds of food, she is able to embrace several kids at the same time, gives a hug that can heal anything from a bruised knee to a broken heart and she does all this with only two hands”.

The little boy was impressed.
“Just two hands....impossible!“
And this is a normal woman?!
“Too much work for one day.... “.
“But she is so soft”

“She is soft", said the man, “But she is also so strong. You can’t imagine what she can endure and overcome.“

“Can she think?" the little boy asked.
The man answered:
“Not only can she think, she can reason and negotiate."

The little boy touched the woman’s cheek....
“It seems she is leaking! You have put too many burdens on her.”

“She is not leaking....it’s a tear” the man corrected the little man.

“What’s it for?" asked the little boy.

And the man said:
“Tears are her way of expressing grief, her doubts, her love, her loneliness, her suffering and her pride.”

This made a big impression on the little boy; “Hey, you are lucky.
You know everything. The woman is indeed marvellous!"
Indeed she is!
Woman has strengths that amazes man. She can handle trouble and carry heavy burdens.
She holds happiness, love and opinions.
She smiles when feeling like screaming.
She sings when she feels like crying, crys when she is happy and laughs when she is afraid.
She fights for what she belives in.
Stand up against injustice.
She doesn’t take “no” for an answer, when she can see a better solution. She gives herself so her family can thrive. She takes her friend to the doctor if she is afraid.
Her love is unconditional.
She cries when her kids are victorious. She is happy when her friends do well.
She is glad when she hears of a birth or a wedding.
Her heart is broken when a next of kin or friend dies.
But she finds the strength to get on with life.
She knows that a kiss and a hug can heal a broken heart.
There is only one thing wrong with her
She forgets what she is worth...

Ok lah beb setakat ni aja ceritanya.....kalau setuju tulisan aku ni senyum lah sikit.Bagi kaum yang sama dengan aku ni jangan marah beb

COMMON BELIEFS MEN HAVE ABOUT WOMEN

Assalamulaikum sahabat dan beb-beb semua, apa kabar semuga beb-beb dan sahabat sihat dan di lindunggi Allah swt sentiasa

Ok lah beb kali ni aku cuba nak tulis dalam Inggeris pulak,nak globalkan tulisan aku ni, aku ni jarang sekali gunakan bahasa penjajah ni beb,aku benci penjajah tu tapi kerana bahasa tu bahasa antarabangsa kena lah juga suka.

Tajuk tulisan aku ni biasa aja.

COMMON BELIEFS MEN HAVE ABOUT WOMEN

Belief 1
She’ll never be satisfied.
Truth:
Women are always looking for ways to make things better.Don’t take her suggestions as complaints or criticisms, but as her desire to make the relationship or situation the best that it can be.

Belief 2:
A strong, confident women doesn’t need a man to take care of her.
Truth:
Everyone loves to be taken care of and to feel needed.Even if a women can fix things around the house or change the oil in her car, she will still ask for help so she can feel your strength, support and protection. Don’t ever stop asking, “What can I do for you” because it shows her that you care

Belief 3:
Women only want to control men.
Truth:
It’s not about control; it’s about love.When a women sees a man hurting,struggling or overwhelmed,her goal is to help, not control. Let her give you a helping hand.

Belief 4:
Keeping a women requires a lot of hard work,time and money
Truth:
A serious relationship requires time and affort to cultivate it.You shouldn’t look at it as a burden.Your wife or girlfriend will reciprocate the affort you put into it.

Belief 5:
You can’t lie to women
Truth:
Women are extremely capable of picking up moods and attitudes and can easily read body language and facial expressions.Although you may think that you have gotten away with a great lie,she is either letting it slide because she wants to keep the peace, or she is lying to herself because she’s afraid of the truth.

Belief 6:
Jealousy and possessiveness are a part of being a women
Truth:
Women are protective of what belongs to them.They protect the things they value,especially whwn it comes to relationship.It’s not that she dosen’t trust you; she is guarding the relationship.You are too precious to her for her to allow anything bad to happen.

Belief 7:
Women are emotional
Truth:
Women don’t hide their feelings.They articulate what’s going on in their minds.There’s nothing wrong with emotions-we all have them.Being in touch with their emotions causes women to be sensitive and caring, and that’s why men love them.

Belief 8:
Dah tak ada lagi beb, malas nak fikir lagi, kau cuba lah cari sendiri beb, ada banyak lagi.
Truth:
Memang banyak lagi beb kalau kita terokai dalam-dalam kat diri kita ni, ini cuma pandangan aku aja beb kalau salah maaf ok kalau setuju tulisan aku ni senyum lah sikit tak kena bayar kan.

Thursday, December 24, 2009

WANITA DAN JIN

Assalamulaikum, apa kabar beb dan sahabat, semuga anda semua dirahmati Allah swt, walau di mana jua anda berada, bagi yang nak bercuti dan bertugas ke luar negara tu pesanan saya jaga diri baik-baik.

Tulisan saya kali ni beb, tak lah menarik sangat tapi Cuma sekadar mengajak kamu semua beb berfikir sejenak dari kisah yang nak saya ceritakan.Ceritanya macam lah dalam siri TV dulu-dulu “I dream of jenny”,

Ceritanya bermula;
Suatu malam seorang wanita gulungan beb juga, ketika sedang berjalan seorang diri di sepanjang pantai Pulau Pangkor, telah menemukan sebuah lampu tua yang diletakkan di atas batu. Wanita itu mengambil dan menggosoknya, seorang Jin mendadak muncul.

"Baik, cukup sudah!" bentak Jin itu. "Ini keempat kalinya dalam bulan ini orang menggangguku! Aku begitu marah sampai aku hanya akan memberimu satu permintaan sahaja bukannya tiga!.... Katakan apa yang kau inginkan, dan jangan membuang waktuku !"

Wanita itu berpikir , kemudian berkata,…. "Aku selalu bermimpi pergi ke Hawaii, tetapi aku tak mahu terbang kerana aku sudah jemu dengan terbang dan aku tak mahu naik kapal laut kerana aku memang tak boleh naik kapal laut aku mabuk laut di atas kapal. Permintaan aku Bagaimana kalau kau buatkan aku jembatan ke Hawaii? Dengan begitu, aku boleh naik kereta aku ke sana."

Jin itu tertawa terbahak-bahak. "Jembatan ke Hawaii????! Kau pasti bergurau? Bagaimana aku boleh mendapat penyangga yang sampai ke dasar laut ? Itu memmerlukan terlalu banyak simen, dan sangat terlalu banyak cerucuk! Itu sama sekali tidak boleh dilakukan! Pikirkanlah permintaan yang lain!"

Kecewa dengan jawapan Jin itu, wanita itu berusaha keras untuk memikirkan permintaan lain.

Akhirnya wanita itu berkata kepada Jin, "Baiklah, aku punya keinginan lain. Semua lelaki dalam hidupku berkata aku tidak peka dan romantic, bila aku suka pada dia, dia tak suka pada aku dan bila ada lelaki suka pada aku, aku pulak tak suka pada dia. Aku berusaha dan berusaha untuk menceriakan mereka agar aku di sukai, tetapi tidak ada yang berhasil. Aku tidak tahu di mana kesilapanku."

"Satu permintaanku adalah untuk memahami perasaan lelaki yang aku suka tetapi dia tak suka pada aku...ingin tahu bagaimana sebenarnya perasaan mereka ketika mereka membisu padaku... ingin tahu mengapa mereka tidak menyukai aku...ingin tahu apa yang mereka inginkan dari aku ketika mereka tidak memberitahu aku apa yang sebenarnya mereka inginkan...aku ingin tahu apa perkara yang boleh membuat mereka suka pada aku dan benar-benar bahagia."

Sepi seketika, kemudian Jin itu berkata sambil memicit kepalanya kerana pening, "Kau mau jembatan ke Hawaii itu berlorong dua atau empat?".

Ok lah beb,macam tu lah ceritanya walaupun ceritanya Nampak macam cerita rakyat aja tapi cuba kita renungkan masejnya…..dan sama-samalah kita cari pengertian dari cerita tu dan kita renungkannya kembali kerana jawapanya ada pada diri kita,ingat beb kita hidup di dunia ni hanya sekali aja beb.

Thursday, December 17, 2009

JANGAN MENANGIS

Assalamulaikum, apa kabar, semuga anda semua sihat , ceria dan sentiasa dilindunggi Allas swt setiap masa.Bagi yang berada di luar Negara atau masih menenti nak ke luar Negara, pesanan ku jaga lah diri baik-baik ye?
Ok lah beb, akujanji nak sambung kisah si bayi baru lahir dalam tulisan yang dulu. Kali ni beb bayi tu dah dilahirkan ke dunia dan membesar serta boleh bercakap kesan dari pengajaran “malaikat” pada dia.

Ok lah beb aku mulakan ceritanya:=

Seorang anak perempuan
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti sayang"

Kemudian anak perempuan
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

“Kalau macamtu saya juga akan menangis lah bila dah dewasa”
Kata anak kecil itu pada bapanya


Anak perempuan kecil itu
pun lalu membesar menjadi seorang
wanita dewasa cantik dan anggun, tetap inginkan kepastian kerana ia seorang wanita juga mengapa wanita suka menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Ok lah beb tamat dah cerita bayi ni, Nak tahu siapa bayi dan wanita tu beb, dia ada di kalangan kamu, cari lah dan tanyalah. Aku tulis ni beb bukan apa Cuma aku nak kita semua menghargai pengorbanan wanita beb, dan bagi kaum sejenis dengan aku beb pesanan aku supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.

Wednesday, December 16, 2009

IBU

SAYANGGI LAH IBU KITA
Assalamulaikum beb, apa kabar, kali ni aku nak cerita sikit tentang apa yang aku dapat dari pengamatan ku pada seseorang, dia amat mengasihi ibu dia beb, macam aku juga sayangkan ibu aku, untuk ini aku teringat satu cerita dan kita kongsi bersama cerita ni beb …..tentang kesahihannya cerita ni beb…… Allahualam

Tak tahu lah sejauh mana kebenaran crita yang nak aku ceritakan ni beb
Tapi ianya cukup untuk mencuit hati akan silahturahim yang terjalin antara kita dan ibu kita beb

Mudah-mudahan kita tak lupa pada ibu kita di kampung beb, kalau yang duduk bersama tu Alhamdulillah,

Ceritanya macam ni beb

Ni tajuk ceritanya beb.. Malaikatmu.. ...

Suatu hari seorang bayi siap sedia untuk dilahirkan ke dunia yang fana ni....


Bayi itu bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."


Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah menyanyi, bermain dan tertawa...Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana boleh saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang belum pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan kamu bagaimana cara kamu berdoa"


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam nyawa dan jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,


dan sang bayi bertanya lagi dengan perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, boleh kah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya
Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Ok lah beb aku malas nak tulis panjang, nanti jemu nak baca kan, nanti aku sambung cerita bila bayi ni dah besar akhirnya aku nak berpesan, renung diri kita dan Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa- dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Sunday, December 13, 2009

JADIKAN AMALAN TAUBAT AMALAN HARIAN

Assalamulaikum sahabat, semuga sahabat sentiasa dirahmati Allah Swt, dan selalu riang dan ceria,… buat apa nak berduka kan…..kali ni aku nak gunakan perkataan “Beb”dalam tulisan aku, aku dengar perkataan ni dari kawan aku , kawan aku ni,, aku tak panggil dia “Beb” dia ada perkataan lain sebagai ganti nama dia, kalau nak tahu tanyalah dia sendiri,kawan aku ni kalau menjawab telefon selalu gunakan perkataan “Beb” untuk kawan-kawan dia, jadi aku semacam kena sawan lah pulak nak cuba gunakan perkataan ni dalam tulisan aku ni dan akan datang bagi merujuk perkataan kawan-kawan atau sahabat

Ok lah beb, tajuk tulisan aku kali ni “JADIKAN AMALAN TAUBAT SEBAGAI AMALAN HARIAN”
Aku nak tanya kau orang semua beb, berapa ramai yang tak ada dosa?, susah nak jawab kan
Ok lah beb marilah kita bertenang dan cuba fikir dan renungkan "Kenangkan dosa kita hari ini, dosa kita semalam dan hari-hari yang telah berlalu yang telah kita lakukan. Alangkah banyaknya kan…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah banyak melakukan dosa.
Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.
Dalam renungan kita ni beb.. adakah kita sedar betapa..Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran dan dugaan ni. Amat banyak pendurhakaan kita kepada Allah yang telah kita lakukan beb sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan kita beb sebagai insan yang tidak dapat dinafikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

Kita perju juga ingat beb,Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )

Kita kena ingat beb, kita umat yang paling beruntung dan bertuah di muka bumi ni beb kerana Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu TAUBAT sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab
( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT
“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :
Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:
"Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;

Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :
"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :
“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:
“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang banyak mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura' (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir
Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan Laa ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)
Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.
Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib beb. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.

Ok lah beb aku nasihatkan kau orang semua banyakkan membaca al-Quran dan tafsirnya serta hadis-hadis nabi semuga kau orang faham…….aku minta banyak-banyak maaf beb tak dapat tuliskan petikan al-Quran dan petikan Hatith tu kerana posting aku ni tak boleh terima tulisan arab.

Ok lah beb aku hentikan tulisan akau ni, nanti kau orang jemu pulak nak membacanya , panjang sangat.

Tuesday, December 8, 2009

ERTI SATU KEHIDUPAN

ERTI SATU KEHIDUPAN
Salam ……………

Maaf sahabat kalau tulisan saya kali ni nampak macam jiwang je bunyinya. Entah tak tahu kenapa. Cuma semalam bersembang dengan seseorang... yang saya anggap sebagai sahabat. Cerita punya cerita, langsung tercerita tentang cinta... entah camne masuk plak cerita cinta yang terbiar. Macam Jamal Abdillah punya lagu je…. Kelakarkan???

Cinta itu amat mengasyikkan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajarannya

Erm... hidup tanpa cinta? Mungkin pada seseorang sesuatu yang remeh... telah berpuluh tahun bersama tapi tidak wujud cinta??? Begitulah lebih kurang perbincangan kami. Bohong??? Pelik??? Gurauan??? Entah... tapi katanya realiti. Bukan fantasi. Cinta itu tidak pernah wujud yang ada hanyalah tanggungjawab??? Yang ada hanyalah kebersamaan. Yang ada hanyalah perasaan hormat menghormati. Mustahil... mungkinkah begitu??? Sekali lagi saya katakan entah!!! . Segalanya berkemungkinan... Satu dalam seribu. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul bukan???.

Mungkin mata melihat tidak ada yang tidak kena. Cantik, kemas dan teratur. Ideal. Seperti pasangan lain. Bahkan ada yang memuji... katanya ermm mesranya. Bagai pasangan sejoli??? Manja. Itu pandangan mata...
" Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih... "
Masih ingat lirik tersebut.... Lagu lama tapi pengertiannya mendalamkan???
Oklah berbalik pada hidup tanpa cinta... tampaknya seperti bahagia. Benarkah begitu??? Seperti saya katakan kita hanya memandang dengan mata... hakikatnya hanya Dia yang tahu. Saya sendiri tidak punya jawapan pasti... kerna bahagia itu bukan tampak di mata tetapi menetap di jiwa. Jiwa bukan milik kita. Jiwa datang dari Dia Yang Maha Esa.

Mungkin benar kata orang, cinta datang tanpa diundang... ia hadir sendiri dengan kejujuran. Namun apa yang saya ingin katakan.... Usahakanlah untuk mencintai sesuatu yang wujud, kalaupun tidak... berdoalah agar cinta itu datang sebelum nafas berakhir.

Monday, December 7, 2009

HATI YANG IKHLAS

PERMINTAAN YANG INDAH

Salam sahabat..................

Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya...


Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Allah menjawab.., akhirnya kau mengerti.
HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah kamu seorang .

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.
Semakin bertambah bebanan semakin kurang pula keupayaan.
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan... penuh ketenangan merempuh ujian. Tuluslah dengan Tuhan, teluslah sesama insan. Berhijarahlah kita ke daerah kebaikan.

Saturday, December 5, 2009

MASIH AKU INGAT

AKU MASIH INGAT

In the name of Allah, The Compassionate, The Merciful

Masih aku ingat pada zaman awal remaja dan akhir persekolahan aku dahulu banyak perkara telah aku tempuhi untuk pengajaran dan mengingatkan aku akan kehidupan yang akan aku tempuhi sehingga akhir hayat aku, bersama-sama ini kita kongsikan pengalaman itu, mana yang baik semuanya datang dari ALLAH swt dan mana-mana yang buruk dan cacat celanya adalah kelemahan kita sendiri

Berikut adalah sebahagian dari pengalaman yang aku lalui sekadar menyampaikan pesanan terbaik dari seorang rakan (hamba ALLAH yang tak pernah aku kenali)....

Just wanna share with everyone kisah benar yang aku lalui. Satu ketika dahulu ketika aku hendak melengkapkan "King scout " aku,aku mengembara dari satu negeri ke satu negeri,aku di sebuah daerah yang jauh dari tempat tinggal ku, ketika itu waktu isyak telah lama berlalu, aku mengambil keputusan hendak solat isyak di sebuah surau yang telah lama di tinggalkan, ketika itu seingat aku pukul 3.30 pagi untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada aku. Kerana masih ada banyak waktu, aku tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak pernah aku kenali sebelum itu. Timbul di hati aku untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada aku, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan aku supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan aku supaya pesan pada anak-anak dan rakan-rakan supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan ALLAH swt dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.

Surah ini, katanya surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun...

Bahagian ini, menarik sikit kerana masa itu kita tidak pernah tergambar pun akan berlaku satu revolusi kesejagatan manusia sedunia . Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak kita mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak kita mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik itu. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu,
'untukku agamaku' .

Betul juga, fikir aku. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang aku mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. (masa itu mana ada tergambar di fikiran aku tentang zaman yang di sebutkan ini)

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya ..

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan aku setiba nya aku di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.. Sebelum itu beliau berpesan agar aku sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk aku sampaikan.



1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhan ku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2... 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.


Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan untuk makhluknya. Insyaallah.

Wednesday, December 2, 2009

Kelmarin adalah kenangan,

Sahabat....pada mulanya memang terasa hendak menutup blog "BRANI GAGAL"..tetapi atas kesedaran perjuangan perlu diteruskan saya mengambil keputusaan menyambungnya kembali sehingga saya tak mampu lagi hendak menulis.

Untuk kali ini tulisan saya bertajuk

Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah perjuangan,
Esok..bukanlah satu kepastian

Kata-kata di atas biasa kita dengar, atau biasa kita ucapkan untuk dijadikan penawar dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar, dengan ucapan kata-kata ini sekurang-kurangnya tidak lah terbeban kegagalan yang kita tempuhi.

Dengan kata-kata sahaja tidak jadi apa-apa pada kehendak dan kemahuan kita bagi mencipta cita-cita yang unggul.

Tulisan saya kali ini saya hendak membawa anda berfikir sejenak tentang cita-cita unggul kita.
Samada kita sedar atau tidak , kebanyakan cita-cita kita adalah dipaksakan kepada diri kita oleh orang yang hampir dengan kita, amat jarang sekali cita-cita itu dating dari kita mengenal diri kita sendiri.Paksaan-paksaan atas cita-cita kita ini lah yang selalunya membawa kegagalan pada diri kita berbanding dengan cita-cita yang lahir dari kita mengenal diri kita sendiri.

Kita bermula dengan kebolehupayaan pada diri kita.Semua orang berkeupayaan mencipta sesuatu tetapi apa yang mereka cipta?, bila mereka gagal maka berkata lah mereka bahawa aku bodoh tak cerdik. Kita kena ingat setiap manusia di lahirkan dengan berbagai keupayaan yang berlainan, dari kepelbagaian itu lah maka manusia mencipta ketagori-ketagori ciptaannya mengikut kemampuan kecerdikan mereka berfikir. Ada kategori yang menjurus pada kemusnahan akal dan fikiran, Ada juga kategori kategori yang menjurus pada kemusnahan hati dan peraaan sesama insan dan ada kategori yang menjurus pada kebaikan dunia dan akhirat.

Selama ini mungkin kita tidak sedar bahawa dalam kehidupan kita ini kita membawa bersama hati, akal dan perasaan bagitu juga hubungan kita sesama insan dan hubungan kita dengan ALLAH swt, kita amat leka dengan kehidupan harian kita yang mengejar sesuatu yang tak pernah akan memberi kepuasan pada diri kita dan memberi jaminan kepuasan itu telah mencapai tahap yang kita kehendaki, kita leka dan akan terus leka kerana itu adalah sifat manusia yang serba kekurangan.

Untuk berlaku adil untuk diri kita dan sesama insan dalam membuat sesuatu apa yang hendak kita cipta, cuba lah renungkan kembali keupayaan kita dalam menggunakan hati. Akal dan perasaan dan kita perlu juga merenungkan hati akal dan perasaan seseorang insane yang berhadapan dengan kita., kalau kita tidak mampu untuk menguasai diri kita dalam menggunakan kebolehupayaan diri kita, maka kita akan mencipta kategori ciptaan yang menjurus kepada kemusnahan hati dan perasaan.

Akal….Allah swt melengkapkan kehidupan manusia dengan akal, dengan akal kita disuruh selalu bersangka baik sesama insan, tapi apa telah kita lakukan dengan akal kita, kita telah mengkhianati kewujudan akal kita, kita menghampiri sifat haiwan….. itu lah manusia akhir zaman, ada ilmu tidak digunakan jahil tidak mahu belajar.

Perasaan….. Allah swt juga melengkapkan makhluknya dengan perasaan, perasaan sepertimana juga akal, ianya tidak kelihatan Cuma perkataan sahaja yang menunjukkannya ianya ada dan kita selalu leka dan tak pernah ambil tahu tentang kewujudan perasaan kita, yang kita tahu bila kita bersedih kita akan menangis, bila kita suka kita akan ketawa, bila kita marah kita akan hilang kawalan perasaan, kita tidak penah memupuk perasaan untuk bertanya apakah kepentingannya perasaan kita kita kepada hubungan kita sesama insan dan makhluk allah di bumi yang permai dan indah ini…….manusia leka dengan apa yang mereka ada, manusia sombong dengan diri sendiri

Hati…..hati adalah pelengkap kepada perasaan dan fikiran, ia adalah anugerah Allah swt pada manusia yang paling agung, dengan hati kita boleh merubah, memusnah,mengasihi dan dikasihi , hati tak sebagaimana akal dan perasaan, hati boleh di lihat, ianya ada sifat, kerana ianya bersifat makan manusia sering mengingati tentang hati hinggakan manusia lupa tentang kewujudan akal dan perasaan, hati di utamakan dari yang lain

Kita tidak boleh bertindak dengan menggunakan akal, juga kita tidak boleh bertindak hanya dengan menggunakan perasaan sahaja, apa akan jadi kalau hati dikecualikan dalam tindakan kita.dalam membuat sesuatu tindakan, maka wujudlah penciptaan yang menjurus kepada kemusnahan.

Mari sama-sama kita lihat betapa parahnya tindakan kita jika kita gunakan hanya satu komponen sahaja dalah tindakan kita.

Contohnya: saya sedang dalam kesusahan dirundung malang yang telah saya cipta cara tak sengaja untuk mencapai tujuan murni saya untuk kebahgiaan dunia dan akhirat. Dalam kepayahan untuk melawan itu, akal saya akan terus berkata-kata, cuba lakukan ini, cuba buat cara ini, akhirnya akal saya akan berkata sudah tiada cara lagi dan akhirkan lah hidup mu.

Bagitu juga dalam suasana saya seperti contoh di atas tadi , saya tak gunakan akal, saya hanya gunakan perasaan sahaja, perasaan saya akan berkata, hidup tidak perlu di teruskan, kehidupan awak telah musnah, kamu sendiri yang musnahkannya, kamu tak perlu takut, ada berbagai cara nak menghakhiri hidup kamu, kamu boleh pilih mana yang sesuai buat diri kamu

Hati……. Maka di sini lah letaknya peranan hati kita, jika hati kita bersih dengan kesedaran dan kekesalan, ianya akan merubah bentuk apa yang mahu akal dan perasaan lakukan pada diri kita, hati akan terus berhubungan dengan perasaan dan seterusnya menjadikan dirinya satu komponen yang boleh buat keputusan yang terbaik untuk kehidupan……hati akan berkata pada akal, ada kah kamu beragama, adakah kamu takut mati sesat tanpa keimanan sedikit pun, cuba kamu fikirkan, seterusnya hati akan berhubung dengan perasaan, tidak kah kamu takut nanti bila kamu mati sesat, kamu akan di hukum dengan hukuman yang paling azab di akhirat kelak, adakah kamu sedia menghadapinya, sedangkan kulit kamu terbakar sedikit kamu menderita beberapa hari untuk pulih.

Sahabat, kawan-kawan dan rakan-rakan marilah kita menggunakan ketiga-tiga komponen tadi dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak merugikan kita di dunia dan di akhirat. Nyawa kita yang ada ini bukan hak kita, kita Cuma pinjam aja dan pada bila-bila masa sahaja yang berhak akan mengambilnya dalam berbagai cara yang dikehendakkinya……kita jangan sombong dengan kehidupan kita, untuk memakmurkan dunia kita mesti ada sikap dan sifat kasih saying dan sentiasa menyayanggi….kita Cuma makhluk yang lemah ikutlah landasan hukum yang telah di anugerahkan kepada kita, mana yang boleh kita ikut dan mana yang tidak boleh kita tinggalkannya…..kita bersyukur kita beragama dan ada hukum yang perlu kita patuhi.

Kita perlu sentiasa bersangka baik kerana di situ ada rahmat nya yang tak pernah kita lihat tapi kita tetap akan merasanya.Buang yang keruh ambil yang jernih.Mana-mana yang mencurahkan airmata pesan saya "hapuskanlah air mata mu". Esok masih ada, dan nanti lah hari esok

Tuesday, December 1, 2009

BEZANYA WANITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Perbezaan Wanita Dunia dan Wanita Akhirat

Maaf tulisan ini hanya pandangan sebelah pihak,kalau anda bersetuju sama-sama kita fikirkan dan berkongsi maklumat

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.
Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di '*****tail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks.

Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.

Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al¬Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.
Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa.pabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.
Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam secular, Libral, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfashion dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan bodynya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya nampak, adakah ini fashion Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fashion sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.-asshafiee.blogspot

WANITA

WANITA KAU SUNGGUH ISTIMEWA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"