Thursday, September 10, 2009

SUAMI & ISTERI ELAKKAN CURANG

SUAMI & ISTERI ELAKKAN CURANG
Aku tuliskan ini untuk khas untuk kawan aku yang ada nun di seberang benua dengan harapan berhati-hati dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan, walaupun ianya ringkas aku harap ianya boleh menjadikan panduan dan pegangan semasa menghadapi saat-saat sukar jangan nasi sudah menjadi bubur baru beringat, ketika itu sudah terlambat

INGAT

Meskipun kita tidak mahu perkara ini akan berlaku namun hal yang sebaliknya mungkin boleh berlaku sekiranya suami atau isteri lemah dalam menghadapi godaan suasana kehidupan yang penuh dengan cabaran. Lebih memburukkan keadaan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan banyak peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan.

Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg dapat saya tuliskan hasil dari pengalaman dan curahan hati sahabat-sahabat yang pernah keciwa akibat dari kecurangan itu dan tulisan saya ini mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.
Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan. Dan yang lebih penting pasangan jangan lah hidup selalu berjauhan maksudnya tempat tinggal yang berasingan, satu di utara dan satu lagi di selatan, amat bahaya sekali kerana aktiviti pasangan tidak terkawal.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.Jika terlambat kemusnahan akan berlaku.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah atau orang yang anda paling percayai sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kita kena ingat bahawa Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

No comments: