Thursday, December 24, 2009

WANITA DAN JIN

Assalamulaikum, apa kabar beb dan sahabat, semuga anda semua dirahmati Allah swt, walau di mana jua anda berada, bagi yang nak bercuti dan bertugas ke luar negara tu pesanan saya jaga diri baik-baik.

Tulisan saya kali ni beb, tak lah menarik sangat tapi Cuma sekadar mengajak kamu semua beb berfikir sejenak dari kisah yang nak saya ceritakan.Ceritanya macam lah dalam siri TV dulu-dulu “I dream of jenny”,

Ceritanya bermula;
Suatu malam seorang wanita gulungan beb juga, ketika sedang berjalan seorang diri di sepanjang pantai Pulau Pangkor, telah menemukan sebuah lampu tua yang diletakkan di atas batu. Wanita itu mengambil dan menggosoknya, seorang Jin mendadak muncul.

"Baik, cukup sudah!" bentak Jin itu. "Ini keempat kalinya dalam bulan ini orang menggangguku! Aku begitu marah sampai aku hanya akan memberimu satu permintaan sahaja bukannya tiga!.... Katakan apa yang kau inginkan, dan jangan membuang waktuku !"

Wanita itu berpikir , kemudian berkata,…. "Aku selalu bermimpi pergi ke Hawaii, tetapi aku tak mahu terbang kerana aku sudah jemu dengan terbang dan aku tak mahu naik kapal laut kerana aku memang tak boleh naik kapal laut aku mabuk laut di atas kapal. Permintaan aku Bagaimana kalau kau buatkan aku jembatan ke Hawaii? Dengan begitu, aku boleh naik kereta aku ke sana."

Jin itu tertawa terbahak-bahak. "Jembatan ke Hawaii????! Kau pasti bergurau? Bagaimana aku boleh mendapat penyangga yang sampai ke dasar laut ? Itu memmerlukan terlalu banyak simen, dan sangat terlalu banyak cerucuk! Itu sama sekali tidak boleh dilakukan! Pikirkanlah permintaan yang lain!"

Kecewa dengan jawapan Jin itu, wanita itu berusaha keras untuk memikirkan permintaan lain.

Akhirnya wanita itu berkata kepada Jin, "Baiklah, aku punya keinginan lain. Semua lelaki dalam hidupku berkata aku tidak peka dan romantic, bila aku suka pada dia, dia tak suka pada aku dan bila ada lelaki suka pada aku, aku pulak tak suka pada dia. Aku berusaha dan berusaha untuk menceriakan mereka agar aku di sukai, tetapi tidak ada yang berhasil. Aku tidak tahu di mana kesilapanku."

"Satu permintaanku adalah untuk memahami perasaan lelaki yang aku suka tetapi dia tak suka pada aku...ingin tahu bagaimana sebenarnya perasaan mereka ketika mereka membisu padaku... ingin tahu mengapa mereka tidak menyukai aku...ingin tahu apa yang mereka inginkan dari aku ketika mereka tidak memberitahu aku apa yang sebenarnya mereka inginkan...aku ingin tahu apa perkara yang boleh membuat mereka suka pada aku dan benar-benar bahagia."

Sepi seketika, kemudian Jin itu berkata sambil memicit kepalanya kerana pening, "Kau mau jembatan ke Hawaii itu berlorong dua atau empat?".

Ok lah beb,macam tu lah ceritanya walaupun ceritanya Nampak macam cerita rakyat aja tapi cuba kita renungkan masejnya…..dan sama-samalah kita cari pengertian dari cerita tu dan kita renungkannya kembali kerana jawapanya ada pada diri kita,ingat beb kita hidup di dunia ni hanya sekali aja beb.

No comments: