Sunday, January 24, 2010

ADAKAH IANYA MEMERLUKAN SEBAB DAN BUKTI

Adakah ianya memerlukan sebab dan bukti
Assalamulaikum sahabat, beb, bai dan rakan-rakan aku yang aku hormati, semuga anda sentiasa sihat dan di rahmati Allah sentiasa.

Kali ini sahabat-sahabat sekelian aku ingin kamu semua cuba mengupas masej dialog ringkas kat bawan ni, tentang nilai moral yang terdapat padanya, aku bukan sengaja-sengaja nak ada-adakan dialog ni, aku hendakkan kamu semua tahu menilai tentang perasaan dalam diri seseorang yang telah tewas dan tak berdaya lagi adakah ia perlu menunjuk sebab dan mengemukakan bukti setelah ianya tewas
Bacalah kalau kamu berminat membacanya.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu dan manja, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya dan bukti , seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab dan bukti untuk mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab dan bukti? Tidak! Aku masih mencintai mu dari dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab dan bukti kerana ia adalah perasaan. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.Itu lah cinta sejati”

Semuga kau cepat sedar dari koma mu sayang........

........SEKIAN..................

2 comments:

Anonymous said...

saya sependapat dengan kamu,Cinta itu abstrak,semakin kita gali semakin komplek,kalau tidak berhati2 ianya akan hilang dengan kesan yang amat berat

Anonymous said...

Aku menjadi keliru, bagi aku cinta memang memerlukan bukti dan sebab tapi saudara cuba menafikannya dengan alasan saudara, memang menarik......tapi saudara kalau tanpa sebeb dan bukti mana aku tahu dia cintakan aku.....