Saturday, February 6, 2010

Setelah anda pilih sayanggilah dia (3)

Assalamulaikum sahabat,semuga anda sihat dan gembira selalu serta dirahmati Allah swt.

Bagi sahabat aku yang telah berjauhan dari aku dan akan sentiasa berjauhan, aku amat terasa akan kehilangan anda,aku sudah tidak dapat berbicara, bercerita dan bertukar fikaran dengan anda, dan andai kata kita tak dapat berjumpa lagi,kesepatan ini aku minta berbanyak-banyak kemaafan dari anda semua, mungkin kita akan berjumpa di kesempatan yang lain.

Baik lah sahabat aku masih lagi membicarakan “Setelah anda pilih sayanggilah dia”, bagi melengkapkannya, supaya anda boleh berfikir demi kebaikan anda semua dalam menjalani hidup ini yang penuh dengan dugaan.
Itu sebabnya aku memilih kehidupa pada usia 40 sebagai permulaan hidup bagi setengah-setengah sahabat yang sudah mencapai usia 40han


Benarkah ‘life starts at 40″? Bagi Nabi Muhammad, umur 40 adalah bermulanya saat kerasulan.

Bagi sesetengah lelaki, umur 40 menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup. Kalau ia terus dengan kehidupan yang melalaikan dan memiliki tabiat tertentu yang tidak baik, maka lazimnya ia akan teruskan cara hidup yang demikian melainkan ia cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan. Manakala bagi sesetengah lelaki pula, sekitar umur 40 ialah tempoh waktu ‘miang’ dan ‘darah muda’ kembali semula. Sejauhmanakah kebenarannya?

Bagi sesetengah orang perempuan, umur 40 adalah suatu yang menakutkan. Kata orang, perempuan kalau

umur 20 han maknanya mengancam
umur 30 han maknanya macam-macam
umur 40 han maknanya diancam
umur 50 han maknanya terancam
umur 60 han maknanya dah tak boleh cam

Izinkan aku menulis dalam bahasa Inggeris pula untuk sahabat aku yang lebih selesa membaca dalam bahasa Inggeris.

Well, some of us never expected “something” strange will happen…after 10-20 years of marriage….that may stir the relationship of a “loving” couple…a relationship that is based on love (once). We are not exposed to this phenomena. We didn’t know about it until we go through our marriage and through an age period of 35 – 45 years old

Some observations that we could see in the phenomena at 40 (35-45 yrs old) among men are:

1. sexual desire is increasing, “miang muda datang balik”
2. hormone is increasing too
3. looking for different “taste” if routine of life looks the same over the years and “nothing” new or “refreshing” in the relationship
4. “life starts at 40 again”
5. “man is like coconut milk; the older he goes, the thicker his macho is”
6. man thinks that his partner, who looks the “same” in terms of beauty, shape, attitude, care more of the children, house and career…which will take away some quality time that may contribute to “escapism” among men

Among women, we maty find that they:

1. care less about beauty
2. care less about shape
3. take for granted that her man is satisfied enough after years of romance
4. take for granted that her man is supposed to be a responsbile man, as a father, a hubby, …. by the age of 40
5. routine of life is thought to be stable and balance, nothing to worry….
6. his “loyalty” is there already
7. at about 40, man should think of how be more devoted to God

In many cases, these “hopes’ or “perceptions” or “expectations” are not true or may not necessarily be true.

Few things to do by the couple
• get in shape
• take care of you beauty
• change environment
• change setting for the house quarterly
• renew bedroom setting
• recreation once a month (stay outside)
• eating out with family once, candle light, dating again
• see album of pictures together, talk about the past once a while
• always celebrate important dates
• change setting for love making
• exchange presents
• visit memorable places where love started to spark in life between you and him
• put on different sexy dresses occasionally
• diversify ways to seduce him
• work together on a series of projects
• hugs and kisses everyday in the morning and evening
• always try to accompany him whenever is possible
• say “love u” at the end of every telephone conversation
• say “miss u” when don’t meet more than a day
• say the kid misses u when he is not home more than a day, make up stories…that the kid says papa…pointing finger at his picture.

Sekian , aku minta maaf kalau ada mana-mana perkataan yang menyinggung sahabat, ini bukan lah bermakna apa-apa yang aku paparkan ini 100% betul dan aku minta sahabat sama-sama fikirkannya.Mana yang baik itu semuanya dating dari Allah swt dan yang cacat celanya adalah datang dari hambanya yang daif dan hina ini.

1 comment:

ladyutopian said...

Assalamualaikum saudara putra.

Saya tertarik dengan artikel "Setelah anda pilih sayangilah dia". Dari episod 1-3 kebanyakkannya banyak memberikan pengajaran dan nasihat buat mereka yang bakal dan sudah berumahtangga.Saya akui bahawa kehidupan berumahtangga ni banyak cabaran dan dugaannya.Walaupun saya tidak lagi punya pengalaman berumahtangga,tetapi setiap apa yg berlaku boleh dipelajari dari orang-orang yang berada disekeliling kita.Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.Mungkin juga disebabkan setelah begitu lama berumahtangga,kita lupa bahawa banyak perkara yang telah kita abaikan,terutamanya kasih sayang buat pasangan yang kita pernah berjanji untuk bersamanya berkasih sayang sehingga ke akhir hayat.

Saya juga ingin berkongsi sebuah cerita kisah rumahtangga seseorang yang saya kenali.Keluarga ini mempunyai suami yang penyayang,beragama dan amat baik orangnya.Pendek kata amat sempurna sekali.Berusia dalam 40an.Suatu hari ditakdirkan si suami jatuh hati pada pegawai bawahan di tempat dia bekerja.Si perempuan gadis dalam lingkungan 20an.Masing-masing tidak pernah menyangka akan saling menyintai.Adakah ianya suatu suratan atau kebetulan...hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahuinya.Percintaan yang terjalin secara rahsia ini akhirnya dapat dihidu oleh si isteri.Si isteri mengamuk sakan sehingga diajak bertemu dengan si gadis kerana hendak bersemuka.Percintaan kedua-dua pasangan ini terus terjalin sehingga kini walaupun mereka terpaksa berjauhan dan diduga dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Namun mereka redha dan berserah pada Allah s.w.t dalam menentukan jodoh dan pertemuan mereka.Yang menariknya,bila si suami yang sudah mula menyintai selain dari dirinya,si isteri baru lah mula nak sedar akan kesilapan nya selama ini.Layanan yang telah berkurang baru nak di perhebatkan,rmah yang berselerak,baru nak dikemas dan diindahkan dengan suasana baru,suami yang sering beriadah berseorangan,baru nak ditemankan,makan minum suami baru nak dijaga.Tapi pada saat si isteri mula sedar,segala-galanya telah terlambat kerana hati si suami telah dimiliki oleh si gadis.

Apa yang saya ingin tekankan disini adalah,walau selama mana pun kita hidup,walau selama mana pun kita telah berkasih sayang,janganlah jemu atau mempersia-siakan orang yang telah kita pilih sebagai teman hidup.Peluang yang baik hanya datang sekali,jangan sia-siakan dan bazirkannya.Percintaan bukan hanya untuk masa bercinta sebelum perkahwinan,tetapi perlu dipertingkatkan lagi kehangatannya agar perkahwinan akan lebih berseri-seri dan mewangi dari hari ke sehari..Malah akan lebih diberkati dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.InsyaAllah