Friday, March 26, 2010

KEMULIAAN WANITA

Assalamulaikum sahabat, kita berjumpa lagi, aku haraf sahabat sihat riang dan ceria selalu, kali ni aku nak membicarakan tentang wanita, selama ini apa yang aku lihat dan perhatikan macam ada sesuatu aja yang tak kena pada gerakan wanita mungkin mereka lupa atau buat-buat lupa atau mungkin mereka jahil tapi tak mahu belajar, kalau mereka belajar dari mana meraka belajar dan dapatkan kefahaman dan pengetahuan tentang wanita dalam agama islam, yang tak islam pun terikut-ikut buat-buat sibuk.Tapi yang faham tu buat-buat tak faham aja. Mungkin sekarang ni manusia dah terlalu pandai kot agama tu macam pakaian aja
Susah sangatkah jadi wanita muslimah
Betul ke jadi wanita muslimah susah.Kata mereka memang susah,siapa “mereka” ni, mereka ini adalah kaum liberal. Idea ini dibawa oleh kaum liberal sekarang. “Mereka” dengan sombong dan dengan sikap yang jauh dari adab beragama mengatakan al-Quran itu bersikap diskriminasi terhadap kaum wanita.Untuk menjadi wanita muslimah yang taat memang susah. Lalu dengan idea yang mereka bawa mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak munasabah, kata “mereka” :

1. Auratnya wanita lebih susah dijaga dibanding aurat kaum lelaki.
2. Kesaksian wanita separuh dari kesaksian lelaki.
3. Wanita harus taat pada suami mereka, tetapi suami pula tidak harus taat pada isterinya, bagitu juga soal talak atau cerai pun terletak di tangan suami.

1. Untuk wanita keluar rumah perlu minta izin suaminya, tapi tidak pula untuk suami atau lelaki.
2. Kaum wanita terbeban dengan tugas mengandung dan melahirkan anak.
3. Kaum wanita kurang hak beribadahnya karena mengalami haid dan nifas, tidak pula untuk lelaki. [1]
4. Wanita di sini tidak sebebas wanita di barat, tidak boleh menentukan sendiri siapa bakal suaminya.
5. Hak warisnya harta pesaka hanya sebahagian dari warisan lelaki dan wanita tidak boleh menjadi imam atau menjadi pemimpin.
Kebanyakan suara-suara mereka mengambarkan seolah-olah tidak mempercayai bahawa islamlah yang telah memuliakan darjat mereka. Dengan ini pelbagai slogan telah mereka cipta seperti “BEBASKAN WANITA” seolah-olah merekalah yang telah memperjuangkan hak kebebasan wanita. Dalam soal ini mereka seolah-olah terlupa, siapakah yang telah membebaskan mereka dari penindasan dan kezaliman terhadap kaum wanita?
Adakah benar alasan-alasan mereka untuk membela hak kaum hawa itu benar ? Mereka seolah-olah seperti melawan atau menafikan ayat-ayat yang mulia yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Disini saya akan mengemukakan beberapa perkara bahawa islamlah yang memuliakan dan mengangkat martabat mereka lebih daripada kaum lelaki:
• Bagi penulis benda yang indah dan mahal harganya bukankah akan selalu dijaga dan disimpan di tempat yang selamat seperti emas atau intan permata.Manusia menyimpan wangnya di dalam dompet kerana ada nilai pada kertas tersebut. Begitu jugalah wanita. Nilai seorang wanita itu adalah sangatlah tinggi.
• Sebab itu wanita perlu dijaga dan wanita juga perlu taat pada perintah suami bukan kerana dia lelaki atau suami tapi kerana dia adalah ketua dalam rumah tangga. Fikirkan adakah seorang pekerja bawahan mempunyai bidang kuasa melebihi bidang kuasa seorang pengurus syarikat tersebut? Sudah tentu tidak. Bagitu juga dalam urusan runah tangga.
• Suami atau laki-laki harus memperhatikan dan memperlihatkan ketaatannya pada ibunya tiga kali lebih berbanding pada ayahnya. Bukankah ibu itu seorang wanita? Jika ayah dan ibu berbeza dalam sesuatu masalah iaitu dalam perkara yang mubah (harus) anak lelaki harus mendukung pendirian ibunya.
• Wanita menerima harta warisan kurang dari lelaki. Harta wanita itu akan menjadi milik pribadinya,tidak ada kewajiban sedikit pun untuk diberikan kepada suami. Sementara lelaki yang menerima harta warisan lebih banyak, setelah menikah, harus membelanjakannya untuk isteri dan anak-anaknya.
• Wanita perlu bersusah payah pada masa mengandung dan melahirkan anaknya, tetapi setiap saat dia didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi. Jika ia meninggal dalam melahirkan anak, matinya adalah mati syahid.
• Wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya. Rasulullah bersabda: "Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki." (Hadits Riwayat Thabrani)
• Seorang lelaki muslim perlu berjihad fisabilillah untuk mendapatkan pahala jihad. Berbeza dengan wanita, cukup dengan taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, tanpa susah-susah mengangkat senjata akan menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah. [2]
• Dalam persoalan kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki ia bukanlah mengenepikan wanita tetapi perkara ini melibatkan tanggungjawab melaksanakan perintah dengan menerangkan dan membawa bukti kepada dihadapan hakim bukannya persoalan hak yang perlu dituntut. Dalam persoalan hudud dan qisas ia bertentangan dengan fitrah dan perasaan wanita kerana ia melibatkan tubuh, nyawa dan sebagainya.Maka islam itu adil. Ia hanya membenarkan persaksian wanita dalam perkara yang tertentu sahaja.
• Lelaki ada kuasa talak sahaja tetapi wanita mempunyai banyak hak untuk membubarkan perkahwinan jika suami tidak menunaikan tanggungjawabnya atau melakukan mudarat pada isteri seperti dalam pandangan mazhab Maliki jika suami balik rumah dengan muka masam lalu isteri kecil hati ,maka ia boleh mengadu kepada qadi untuk memfakhsahkan perkahwinannya dan Malaysia memang banyak menggunakan pandangan mazhab Malik dalam soal perkahwinanan ini.Tetapi yang lebih tepat adalah mudarat seperti suami gagal tunai nafkah batin, mati pucuk, pukul isteri tidak mengikut syariat, melupuskan harta isteri, berkawan dengan permpuan jahat, melarang isteri menggunakan hak-haknya dan pelbagai lagi maka si isteri ada hak untuk membubarkan perkahwinanannya.[3].
• Jika mereka menyatakan Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki ada sebuah hadis yang menyebut:
• إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim) [4]
• Kalau anda lihat hadis tersebut, wanitalah yang lebih mudah mendapat pahala berbanding lelaki kerana keletihan dan kesukaran kaum hawa untuk mengandung, melahirkan anak, jaga aurat dan pelbagai lagi yang tidak ada pada kaum Adam.
• Islam tidak menyekat kebebasan wanita tetapi hanya menetapkan beberapa garis panduan dalam kehidupan mereka seperti batasan-batasan pergaulan dan aurat muslimah itu. Ini dapatkan disaksikan sendiri kemajuan wanita zaman ini dimana mereka maju kehadapan berbanding kaum lelaki dan islam juga tidak melarang kaum wanita memilih bakal suaminya sendiri kerana mereka ada hak untuk memilih bakal suaminya.
• Dan yang terakhir mereka menyatakan wanita tidak boleh menjadi imam atau pemimpin. Ini adalah suatu tuduhan melulu dan gopah. Memang ada ulamak yang melarang wanita menjadi pemimpin tetapi pemimpin yang bagaimana? Perkara ini adalah masalah khilafiah iaitu perbezaan pandangan. Ada ulamak yang membenarkan wanita menjadi pemimpin melainkan pemimpin nombor satu iaitu pemerintah negara malah ada yang membenarkan juga. Boleh lihat sendiri seperti pernigaan kecantikan wanita pemimpinnya adalah seorang wanita.Malah banyak lagi perkara dalam kepimpinan ramainya wanita yang menjadi pemimpin.Tiada pula syariat islam melarangnya. Tetapi dalam urusan keluarga pemimpin mestilah kaum lelaki. Ini kerana bebarapa sebab yang munasabah seperti emosi kaum wanita yang tidak menentu dan beberapa sebab yang lain. Jika tidak akan berlaku kekacauan dalam rumah tangga.
Begitu besar kasih sayang Allah s.w.t kepada kaum wanita. Malah banyak lagi kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada wanita berbanding lelaki. Maka janganlah wanita-wanita memahami islam ini dalam skop yang sempit yang akhirnya akan mencemarkan imej islam itu sendiri. \


.......Kita fikirkan dan renung-renungkan lah...............

No comments: