Saturday, July 17, 2010

JAGA LAH SOLAT

Assalamulaikum sahabat, beb dan bai-bai semua apa kabar kita jumpa lagi, sebagaimana kata-kata aku jika tulisan aku telah terhenti bermakna putera sudah tiada lagi, nampaknya aku ada lagi lah untuk kali ni, esok atau lusa atau masa-masa mendatang aku tak tahu nasib aku bagaimana, jika aku tiada lagi, inagt lah pesanan aku “sentiasa bersangka baik sesama umat manusia”

Kali ni sahabat aku nak cerita sikit tentang bacaan dalam solat
Membaca al-Fatehah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat.Rasulullah s.a.w. berfirman yang bermaksud:”Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-fatehah”.(Riwayat al-Bukahari dan Muslim).Jika sesiapa yang meninggalkan bacaan al-Fatehah maka solatnya batal (tidak sah)

Sahabat dan kawan-kawan setiap kali kita memnaca al-Fatehah dalam solat, kita sebagai hamba Allah s.w.t . sebenarnya berkomunikasi dengan Allah s.w.t. dan ini lah merupakan dialog dua hala antara hamba Allah s.w.t dengan Khalik.
Rasulullah s.a.w meriwayatkan bahawa Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:” Aku Bahagikan solat antara-ku dan hamba-ku kepada separuh, dan bagi hamba-ku apa yang dipintanya…..

Hamba : Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam
Khalik : Hamba –ku telah mengingat-ku
Hamba : Maham pemurah lagi maha penyayang
Khalik : Hamba-ku telah memuji-ku
Hamba : Yang menguasai pada hari pembalasan
Khalik : Hamba-ku telah mengagungkan-ku
Hamba : Hanya engkau lah yang kami sembah, dan hanya kepada engkau lah kami meminta pertolongan
Khalik : Hamba-ku telah memiliakan –ku
Hamba : Tunjukkan lah kami jalan yang lurus
Khalik :Ayat ini antara-ku dengan hamba-ku, dan hamba-ku berhak atas apa yang ia minta.
Hamba : (Iaitu) Jalan yang engkau telah beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang
Dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Khalik : Ini semua untuk hamba-ku dan hamba-ku berhak atas apa yang dia minta.

(Hadis riwayat Muslim,al-Tirmizi dan al-Nasa’i)