Thursday, July 22, 2010

TAZKIRAH HARI JUMAAT

Fitrah kaum lelaki

Assalamulaikum sahabat, beb dan bai-bai semua apa kabar kita jumpa lagi.
Kali ini aku nak sampaikan pesanan pada sahabat aku yang dah berumahtangga kita kongsi pengalaman apa yang aku lihat sepanjang hidup aku hingga kini

Sahabat dan kawan-kawan semua, di luar sana ramai suami-suami dan isteri bekerja untuk mencari nafkah dan berkongsi hidup lantaran itu apabila isteri anda pulang dari bekerja lewat petang,badannya amat terasa letih dan apabila di rumah lepas bekerja isteri kena buat itu dan buat ini jadinya para-para isteri tiada masa hendak melayan suami suami. Si suami pula apabila sudah balik lewat petang penat seharian bekerja,mereka hendak apabila balik dari bekerja disambut oleh isteri yang berwajah ceria,melayan keperluan suami dan sebagainya.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Isteri-isteri apabila nak keluar bekerja,berhias make up macam bidadari kayangan umpama nak masuk pertandingan Miss Malaysia,tetapi apabila berada di rumah macam Ibu SiTanggang aja berpakaian ikut kadar sahaja ada kalanya menampakkan bulu ketiak yang kerinting tu. Macam mana suami tak cari lain?

Anda tak mahu berpoligamikan tapi anda tidak berusaha membuat suami anda hanya pandang anda seorang sahaja.


Sahabat kalau kita hendak bercakap soal ini,tiga hari tiga malam pun tidakk akan habis kalau masing-masing tidak ada kesedaran diri hendak berubah.

Sahabat adakah anda tidak berani hendak berubah atau tidak mahu berubah. Apa yang pastinya sahabat ialah tugas seorang perempuan yang bergelar ibu dan isteri pejabatnya adalah di rumah. Anda bekerja di rumah. Pelanggan anda adalah suami anda. Sebagaimana anda melayan client-client anda di luar sana dengan penuh sopan santun dan berhemah begitulah seharusnya anda melayan suami anda. Sahabat jangan mudah keciwa jika sahabat tidak pandai memasak,sahabat jangan putus asa untuk mencuba. Setiap hari sahabat cubalah resipi-resipi baru dan belajarlah darinya tak salah kan.

Dalam soal berumahtangga ini suami perlulah bersangka baik selalu dan memberikan kerjasama pada isteri dengan membantu menaikkan semangat isteri untuk menjadi seorang surirumah yang baik, antaranya dengan cara menjadi pelanggan setia kepada isteri anda. Apa sahaja yang isteri anda masak setiap hari janganlah teragak-agak untuk mencubanya dan memujinya….wanita suka di puji sahabat. Walaupun anda tahu isteri anda tidak sehebat ibu anda dalam bab memasak but why not give her a chance? Mungkin hari ini masakan itu tidak mengikut selera sahabat ,tapi mungkin esok ianya menjadi sedap….puji lah isteri anda sahabat, tak rugi pun bukan kena bayar percuma aja kan... Nasihati dan bertuturkata lah dengan isteri dengan baik dan berhemah,berilah kata-kata perangsang kepada isteri untuk memperbaiki dirinya hanya bukan sahaja memuji mutu masakannya tetapi juga dirinya hari demi hari. Tak jatuh maruah anda sebagai suami apabila memuji masakan isteri sekiranya sedap. Dengan cara ini isteri bertambah yakin dan ghairah setiap hari mahu mencuba resipi-resipi baru untuk santapan suami.

Di sini apa yang penting sahabat adalah Kerjasama! Itulah yang diperlukan di dalam sesebuah rumahtangga untuk menjadikannya sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Suami bantu isteri,isteri bantu suami. Saling bantu membantu meringankan beban masing-masing, itu namanya perkongsian kan. Dan satu lagi masalah ketara yang aku dapat lihat di kalangan para suami dan isteri yang telah lama berumahtangga adalah mereka tidak ada menunujukkan yang mereka saling saying menyayanggi…mengikut kata kawan aku Cenderawasih diawan dia tertarik dengan pasangan orang Eropah, mereka walau sudah lama berkahwin dan dalam usia lanjut mereka tetap kekal berkasih saying..Ingat sahabat Masa tengah hangat bercinta dulu hujan lebat sanggup ku redahi,bila dah jadi bini,kau peganglah payung sendiri….. jangan lah macam ni ye ?


Sahabat ingatlah hidup kita dan pasangan kita di dunia ini tidak lama dan kekal. Entah esok entah lusa kita akan di jemput. Hargailah pasangan masing-masing sebelum sahabat menyesal kemudian hari. We can make it better,its our choice. Tidakkah anda mahu menjadi pasangan suami isteri yang saling cinta mencintai hingga selama-lamanya


Become one then you don’t need to watch others and become jealous . its bad for your heart ;)
Always remember,where there is a will there is a way. Its all inyour mind. You decide whether to be happy or not,to love or to hate. Don’t hesitate to change before it is to late….


Sahabat apabila suami dan isteri saling bantu mambantu dalam rumahtangga, anak-anak akan melihat ibu bapanya bahagia,anak- anak pun gembira dan mendengar kata. Barulah kita boleh mendidik anak-anak dengan ilmu agama. Betulkan diri kita dahulu sebelum kita nak betulkan orang lain termasuk anak-anak. Kerana ibu bapa adalah role model kepada anak-anak. Dan yang paling penting above all adalah ilmu agama.

Wallahua'lam

p/s : “Bimbinglah aku Allah. untuk menjadi pemimpin & suami terbaik dalam kehidupan ini. Jadikanlah semalam sebagai pengajaran dan esok sebagai peluang utuk mencari redo dunia dan akhiratMU”. Amin.
p/s: “Selalu memohon keampunan dariNYA”.