Wednesday, December 22, 2010

Kekuatan doa

Kekuatan doa seorang Ibu
Assalamualaikum sahabat dan kawan-kawan semua Semua, apa kabar

Sahabat dan kawan-kawan semua kali ini aku nak kongsikan tentang Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia seorang ustaz untuk angkatan tentera malaysia masa dulu. Mungkin perkongsian ilmu ini aku harapkan boleh jadi panduan kita semua sebagai ibu dan kita juga sebagai anak kepada ibu kita.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Sahabat dan kawan-kawan semua Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tiada masa hendak buat yang baik

Sahabat dan kawan-kawan semua Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
Sahabat dan kawan-kawan semua kita perlu ambil perhatian tentang setitik air mata ibu jatuh, maka 10 kebajikan anak akan hilang, jadinya ibu-ibu janganlah jatuhkan air mata ye dan kita sebagai anak jangan sesekali bagi ibu kita menitiskan air matanya. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak itu bahagia namanya.

Sahabat dan kawan-kawan semua kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
Sahabat dan kawan-kawan semua perlu ingat ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka
1 Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2. Membaca quran sehingga menitis air mata
3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

Sahabat dan kawan-kawan semua perlu ingat ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
1. Anak
2. Ibu
3. Suami

Sahabat dan kawan-kawan semua ini satu selingan dari ustaz: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dengan suami / isteri sampai nak bercerai berai,maka tengok dan lihat lah muka suami/isteri kita bila mereka sedang lena tidur kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa itu semua maksudnya jodoh sudah memang tiada lagi bolehlah berurusan dengan mahkamah

Sahabat dan kawan-kawan semua orang yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya… maksudnya tidak menangis teruk lah.. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandang lah wajah ibu kita selalu

Sahabat dan kawan-kawan semua adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu kita

Sahabat dan kawan-kawan semua Kalau sahabat dan kawan-kawan semua ada niat yang baik teruskan lah..Allah akan bersama, jangan takut

Jika sahabat dan kawan-kawan semua tidak mampu untuk melakukan sesuatu, pasang niat pun sudah mencukupi contoh: tak mampu menolong orang, niat nak menolong itu pun sudah memadai



Sahabat dan kawan-kawan semua jikalau kita tidak mampu meletakkan diri kita di tempat yang terbaik, maka Allah akan letakkan kita di tempat yang terbaik dengan syarat kita letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

Sahabat dan kawan-kawan semua ada juga kaedah yang mana kita boleh minta dan mohon pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” … “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”..Sahabat dan kawan-kawan semua ingatlah paling banyak kita buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maknanya dia wasilah amal ini sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan dengan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Sahabat dan kawan-kawan semua antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah
* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, kemudian mohonlah pada Allah … “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” ….. “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Sahabat kita juga perlu ingat Ingat juga bahawa suapkan anak makan pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukannya.

Ingat lah sahabat dan kawan-kawan semua bahawa barang siapa yang tidak mendoakan ibunya selepas sembahyang setiap waktu buat ibunya yang sudah meninggal dunia maka ianya dikira anak yang derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka sekali pun. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya!
sahabat dan kawan-kawan doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada! .Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Sahabat dan kawan=kawan semua Ustaz juga ada member contoh tentang doa ini

Masa ini ustaz itu bagi contoh sadis sikit..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada mereka boleh mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

sahabat dan kawan-kawan semua jangan lupa apabila kita melalui tanah perkuburan, perlahankanlah langkah kita dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika kita tidak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadinya, janganlah lupa bagi salam lain kali ye sahabat dan kawan-kawan.

Sahabat dan kawan-kawan semua beringatlah tanda tanda siksa Allah diatas muka bumi ini antara lain ialah simpan harta sampai mati tak pernah dikeluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..



Kita perlu juga ingat bila kita hendak berbelanja spare duit untuk bersedekah kerana dalam duit kita tu ada hak untuk orang susah. Jadi bila orang buta datang masa kita sedang makan, bagi lah sedekah sebab kita hendak cari orang susah untuk bersedekah amat susah masa sekarang ni dan tidak ada masa jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

Perlu juga ingat jika mak kita sudah meninggal dunia dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita suda tiada teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang buat ibu kita bahagia di sana . sahabat jangan lokek ye
Dan kalau kita susah sangat hendak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

Sahabat perlu ingat dan sentiasa bersangka baik tentang Allah panjangkan usia ibu dan bapa kita supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadinya jikalau kita tahu ibu / bapa kita sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Sahabat dan kawan-kawan semua Allah kalau boleh tidak hendak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Sahabat dan kawan-kawan Jika kita ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Ini pula berkaitan Anak Lari Dari Rumah yang selalu terjadi masa kini

Sahabat dan kawan-kawan semua jikalau anak kita lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Dan masa lauangan azan yang pertama setiap waktu, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Sahabat dan kawan-kawan semua yang ini untuk Anak yang Degil

Sahabat dan kawan-kawan semua boleh lakukan bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala dan pangil ROH ANAK
**** Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Kita boleh minta apa-apa sahaja kebaikan untuk anak kita! Nak anak senang bangun ke sekolah.. cuba dan lihat sendiri.

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

No comments: