Monday, December 7, 2009

HATI YANG IKHLAS

PERMINTAAN YANG INDAH

Salam sahabat..................

Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya...


Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Allah menjawab.., akhirnya kau mengerti.
HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah kamu seorang .

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.
Semakin bertambah bebanan semakin kurang pula keupayaan.
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan... penuh ketenangan merempuh ujian. Tuluslah dengan Tuhan, teluslah sesama insan. Berhijarahlah kita ke daerah kebaikan.

No comments: