Saturday, December 5, 2009

MASIH AKU INGAT

AKU MASIH INGAT

In the name of Allah, The Compassionate, The Merciful

Masih aku ingat pada zaman awal remaja dan akhir persekolahan aku dahulu banyak perkara telah aku tempuhi untuk pengajaran dan mengingatkan aku akan kehidupan yang akan aku tempuhi sehingga akhir hayat aku, bersama-sama ini kita kongsikan pengalaman itu, mana yang baik semuanya datang dari ALLAH swt dan mana-mana yang buruk dan cacat celanya adalah kelemahan kita sendiri

Berikut adalah sebahagian dari pengalaman yang aku lalui sekadar menyampaikan pesanan terbaik dari seorang rakan (hamba ALLAH yang tak pernah aku kenali)....

Just wanna share with everyone kisah benar yang aku lalui. Satu ketika dahulu ketika aku hendak melengkapkan "King scout " aku,aku mengembara dari satu negeri ke satu negeri,aku di sebuah daerah yang jauh dari tempat tinggal ku, ketika itu waktu isyak telah lama berlalu, aku mengambil keputusan hendak solat isyak di sebuah surau yang telah lama di tinggalkan, ketika itu seingat aku pukul 3.30 pagi untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada aku. Kerana masih ada banyak waktu, aku tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak pernah aku kenali sebelum itu. Timbul di hati aku untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada aku, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan aku supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan aku supaya pesan pada anak-anak dan rakan-rakan supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan ALLAH swt dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.

Surah ini, katanya surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun...

Bahagian ini, menarik sikit kerana masa itu kita tidak pernah tergambar pun akan berlaku satu revolusi kesejagatan manusia sedunia . Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak kita mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak kita mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik itu. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu,
'untukku agamaku' .

Betul juga, fikir aku. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang aku mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. (masa itu mana ada tergambar di fikiran aku tentang zaman yang di sebutkan ini)

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya ..

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan aku setiba nya aku di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.. Sebelum itu beliau berpesan agar aku sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk aku sampaikan.



1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhan ku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2... 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.


Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan untuk makhluknya. Insyaallah.

No comments: