Wednesday, December 2, 2009

Kelmarin adalah kenangan,

Sahabat....pada mulanya memang terasa hendak menutup blog "BRANI GAGAL"..tetapi atas kesedaran perjuangan perlu diteruskan saya mengambil keputusaan menyambungnya kembali sehingga saya tak mampu lagi hendak menulis.

Untuk kali ini tulisan saya bertajuk

Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah perjuangan,
Esok..bukanlah satu kepastian

Kata-kata di atas biasa kita dengar, atau biasa kita ucapkan untuk dijadikan penawar dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar, dengan ucapan kata-kata ini sekurang-kurangnya tidak lah terbeban kegagalan yang kita tempuhi.

Dengan kata-kata sahaja tidak jadi apa-apa pada kehendak dan kemahuan kita bagi mencipta cita-cita yang unggul.

Tulisan saya kali ini saya hendak membawa anda berfikir sejenak tentang cita-cita unggul kita.
Samada kita sedar atau tidak , kebanyakan cita-cita kita adalah dipaksakan kepada diri kita oleh orang yang hampir dengan kita, amat jarang sekali cita-cita itu dating dari kita mengenal diri kita sendiri.Paksaan-paksaan atas cita-cita kita ini lah yang selalunya membawa kegagalan pada diri kita berbanding dengan cita-cita yang lahir dari kita mengenal diri kita sendiri.

Kita bermula dengan kebolehupayaan pada diri kita.Semua orang berkeupayaan mencipta sesuatu tetapi apa yang mereka cipta?, bila mereka gagal maka berkata lah mereka bahawa aku bodoh tak cerdik. Kita kena ingat setiap manusia di lahirkan dengan berbagai keupayaan yang berlainan, dari kepelbagaian itu lah maka manusia mencipta ketagori-ketagori ciptaannya mengikut kemampuan kecerdikan mereka berfikir. Ada kategori yang menjurus pada kemusnahan akal dan fikiran, Ada juga kategori kategori yang menjurus pada kemusnahan hati dan peraaan sesama insan dan ada kategori yang menjurus pada kebaikan dunia dan akhirat.

Selama ini mungkin kita tidak sedar bahawa dalam kehidupan kita ini kita membawa bersama hati, akal dan perasaan bagitu juga hubungan kita sesama insan dan hubungan kita dengan ALLAH swt, kita amat leka dengan kehidupan harian kita yang mengejar sesuatu yang tak pernah akan memberi kepuasan pada diri kita dan memberi jaminan kepuasan itu telah mencapai tahap yang kita kehendaki, kita leka dan akan terus leka kerana itu adalah sifat manusia yang serba kekurangan.

Untuk berlaku adil untuk diri kita dan sesama insan dalam membuat sesuatu apa yang hendak kita cipta, cuba lah renungkan kembali keupayaan kita dalam menggunakan hati. Akal dan perasaan dan kita perlu juga merenungkan hati akal dan perasaan seseorang insane yang berhadapan dengan kita., kalau kita tidak mampu untuk menguasai diri kita dalam menggunakan kebolehupayaan diri kita, maka kita akan mencipta kategori ciptaan yang menjurus kepada kemusnahan hati dan perasaan.

Akal….Allah swt melengkapkan kehidupan manusia dengan akal, dengan akal kita disuruh selalu bersangka baik sesama insan, tapi apa telah kita lakukan dengan akal kita, kita telah mengkhianati kewujudan akal kita, kita menghampiri sifat haiwan….. itu lah manusia akhir zaman, ada ilmu tidak digunakan jahil tidak mahu belajar.

Perasaan….. Allah swt juga melengkapkan makhluknya dengan perasaan, perasaan sepertimana juga akal, ianya tidak kelihatan Cuma perkataan sahaja yang menunjukkannya ianya ada dan kita selalu leka dan tak pernah ambil tahu tentang kewujudan perasaan kita, yang kita tahu bila kita bersedih kita akan menangis, bila kita suka kita akan ketawa, bila kita marah kita akan hilang kawalan perasaan, kita tidak penah memupuk perasaan untuk bertanya apakah kepentingannya perasaan kita kita kepada hubungan kita sesama insan dan makhluk allah di bumi yang permai dan indah ini…….manusia leka dengan apa yang mereka ada, manusia sombong dengan diri sendiri

Hati…..hati adalah pelengkap kepada perasaan dan fikiran, ia adalah anugerah Allah swt pada manusia yang paling agung, dengan hati kita boleh merubah, memusnah,mengasihi dan dikasihi , hati tak sebagaimana akal dan perasaan, hati boleh di lihat, ianya ada sifat, kerana ianya bersifat makan manusia sering mengingati tentang hati hinggakan manusia lupa tentang kewujudan akal dan perasaan, hati di utamakan dari yang lain

Kita tidak boleh bertindak dengan menggunakan akal, juga kita tidak boleh bertindak hanya dengan menggunakan perasaan sahaja, apa akan jadi kalau hati dikecualikan dalam tindakan kita.dalam membuat sesuatu tindakan, maka wujudlah penciptaan yang menjurus kepada kemusnahan.

Mari sama-sama kita lihat betapa parahnya tindakan kita jika kita gunakan hanya satu komponen sahaja dalah tindakan kita.

Contohnya: saya sedang dalam kesusahan dirundung malang yang telah saya cipta cara tak sengaja untuk mencapai tujuan murni saya untuk kebahgiaan dunia dan akhirat. Dalam kepayahan untuk melawan itu, akal saya akan terus berkata-kata, cuba lakukan ini, cuba buat cara ini, akhirnya akal saya akan berkata sudah tiada cara lagi dan akhirkan lah hidup mu.

Bagitu juga dalam suasana saya seperti contoh di atas tadi , saya tak gunakan akal, saya hanya gunakan perasaan sahaja, perasaan saya akan berkata, hidup tidak perlu di teruskan, kehidupan awak telah musnah, kamu sendiri yang musnahkannya, kamu tak perlu takut, ada berbagai cara nak menghakhiri hidup kamu, kamu boleh pilih mana yang sesuai buat diri kamu

Hati……. Maka di sini lah letaknya peranan hati kita, jika hati kita bersih dengan kesedaran dan kekesalan, ianya akan merubah bentuk apa yang mahu akal dan perasaan lakukan pada diri kita, hati akan terus berhubungan dengan perasaan dan seterusnya menjadikan dirinya satu komponen yang boleh buat keputusan yang terbaik untuk kehidupan……hati akan berkata pada akal, ada kah kamu beragama, adakah kamu takut mati sesat tanpa keimanan sedikit pun, cuba kamu fikirkan, seterusnya hati akan berhubung dengan perasaan, tidak kah kamu takut nanti bila kamu mati sesat, kamu akan di hukum dengan hukuman yang paling azab di akhirat kelak, adakah kamu sedia menghadapinya, sedangkan kulit kamu terbakar sedikit kamu menderita beberapa hari untuk pulih.

Sahabat, kawan-kawan dan rakan-rakan marilah kita menggunakan ketiga-tiga komponen tadi dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak merugikan kita di dunia dan di akhirat. Nyawa kita yang ada ini bukan hak kita, kita Cuma pinjam aja dan pada bila-bila masa sahaja yang berhak akan mengambilnya dalam berbagai cara yang dikehendakkinya……kita jangan sombong dengan kehidupan kita, untuk memakmurkan dunia kita mesti ada sikap dan sifat kasih saying dan sentiasa menyayanggi….kita Cuma makhluk yang lemah ikutlah landasan hukum yang telah di anugerahkan kepada kita, mana yang boleh kita ikut dan mana yang tidak boleh kita tinggalkannya…..kita bersyukur kita beragama dan ada hukum yang perlu kita patuhi.

Kita perlu sentiasa bersangka baik kerana di situ ada rahmat nya yang tak pernah kita lihat tapi kita tetap akan merasanya.Buang yang keruh ambil yang jernih.Mana-mana yang mencurahkan airmata pesan saya "hapuskanlah air mata mu". Esok masih ada, dan nanti lah hari esok

No comments: