Monday, February 22, 2010

ANDA MEMANG BERBEZA

Kenali Wanita...
Assalamulaikum sahabat, apa kabar semuga sahabat sihat, ceria dan sentiasa dirahmati allah sentiasa.

Kali ini aku hendak membicarakan tentang wanita, mula-mula akau nak tahu bagaimana sahabat meminta maaf pada isteri atau teman wanita sahabat. Ada macam-macam cara kan, yang penting bagi aku kemaafan itu perlu jika kita sudah buat kesalahan. Suami isteri memang biasalah selisih faham.
Tapi....selepas buat salah pada pasangan,selepas bermasam muka,terkasar bahasa dll....mestilah kena mintak maaf kan....
Ada orang boleh mintak maaf secara berdepan,ada orang melalui telefon,ada orang hantar sms...ataupun buat tak tahu dan biarkan berlalu begitu sahaja ?
macamana cara anda?, mungkin cara anda berguling-guling macam cerita Hindustan yang tak laku di pawagam sambil berlagu. atau kejar mengejar di tepi pantai macam belangkas mabuk todi
Ok lah aku tidak mahu nak melanjutkan bagaimana cara nak minta maaf ni,semua orang tahu kan tapi caranya aja yang berlainan.

Sekarang aku nak membicarakan bagaimana kita hendak mengenali wanita agar dengan ini kita boleh mengenali wanita dengan sedalam-dalamnya dan dengan ini nanti boleh membantu memberikan kita laluan untuk memberi dan menerima kemaafan.

Bagaimana kita hendak mengenali wanita?, Di sini aku ceritakan serba sedikit apa yang aku tahu lah dan yang lain-lain tu sahabat cari lah sendiri, caranya ialah:-


Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan sahabat selepas sahabat menyakiti hatinya,lebih baik sahabat beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum sahabat menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Jika sahabat tidak suka dengan gadis yang sukakan sahabat separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang sahabat tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari sahabat selepas sahabat tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya sahabat masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali sahabat ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan sahabat.

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi sahabat atau menunggu panggilan dari sahabat,teruskan usaha sahabat untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Kalau sahabat masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


Senjata wanita adalah airmata!!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

1 comment:

koolmokcikZ said...

hmm .. ada yang sanggup berikan cinta untuk seks kerana wanita sanggup buat apa saja untuk dapatkan cinta. Betul ke begitu?