Thursday, March 4, 2010

KITA DAN PENGORBANAN

Assalamuaikum, sahabat apa kabar semuanya, semuga anda sihat dan ceria selalu,bagaimana pekerjaan harian anda, ada tekanan ke? kalau ada menerima tekanan di tempat kerja tu sabar lah dan sentiasa berfikiran positif, untuk itu mari lah kita renung sejenak akan diri kita, dimana kah kita meletak diri kita ini untuk meneruskan kehidupan harian kita sehingga kita di jemput untuk selama-lamanya, Berkorbanlah selagi kita boleh berkorban agar pengorbanan kita tidak sia-sia

Biarlah kita seorang yang buta
Kerana mata sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua mata terpelihara dari memandang perkara-perkara maksiat
Asalkan kedua mata terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan kita celik dalam melihat kecelaruan bangsa kita yang hilang pedoman

Biarlah kita seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang boleh mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang boleh meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang boleh mengundang kekufuran
Asalkan bibir kita sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidah kita tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan kita petah membangkang kemungkaran dan lantang
menyuarakan kebenaran


Biarlah kita seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada kemaksiatan
Bakhil dalam meluangkan masa untuk untuk membuang masa
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana kemaksiatan
Tetapi kita begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliq
kita begitu pemurah untuk mempertahankan aqidah
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga kita sanggup
menggadaikan harta kita bahkan nyawa kita demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah kita seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi kita cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna
KIta begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia
Kita begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupan kita Dan kita seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah……..insyallah

No comments: