Tuesday, February 2, 2010

MENGAPA ADA SIFAT BENCI

Mengapa ada sifat benci
Masa yang ada bagitu singkat bagi mereka yang menghargai masa dan menilai masa , Tetapi bagi mereka yang tidak mengenali masa dirasakan masa itu terlalu panjang untuk ditempuhi dalam masa sehari ,dan masa pada kali ini masih lagi sudi bersama ku memberikan khidmatnya dan bersama-sama mengisi setiap ruang masa yang masih berbaki ini tersedia dengan bait-bait kalimah yang punya erti. Atau sekurang-kurangnya mencari setiap pengertian yang terselindung di balik kelam kebenaran yang selalu kita lupakan atau pun kita tidak pernah mengambil tahu kerana kejahilan kita dalam mengenali kenyataan hidup. Aku dan engkau kadangkala sama-sama terkeliru dengan segalanya. Bukan kerana aku dan engkau jahil tapi kerana kita enggan menerima kenyataan fitrah kehidupan. Bukan kerana terlupa tetapi kita khayal dibuai bisikan-bisikan kosong dan hampa. Persoalannya; Apakah fitrah-fitrah kehidupan itu?

FITRAH PERTAMA
Setiap sesuatu ada pasangannya

FITRAH KEDUA
Setiap perbuatan ada balasannya

FITRAH KETIGA
Setiap yang berlebih-lebihan ada mudaratnya

FITRAH KEEMPAT
Setiap yang salah akan tewas jua

FITRAH KELIMA
Tidak akan sama walaupun kelihatan serupa 2 benda

FITRAH KEENAM
Insan sering tewas dengan masa

FITRAH KETUJUH
Setiap diri ada sayang & benci

FITRAH KELAPAN
Cinta itu buta

FITRAH KESEMBILAN
Mata sering menipu

FITRAH KESEPULUH
Orang yang baik, tidak hanya baik kepada kita sahaja.

Begitulah yang sempat aku fikirkan dalam mengejar masa yang sedikit itu dalam melayan fikiran ku yang berputar mencari pengertian demi pengertian ini. Akhirnya aku dapat juga pengertiannya .Namun aku sendiri tertarik dengan firasatku (tanpa rasa ujub) betapa; Mengapa menjadi fitrah dalam diri kita ada rasa ‘benci dan sayang’?

Aku akhirnya mengerti setelah melihat setajam-tajamnya dengan menerokai satu demi satu ‘benci dan sayang’ itu dengan sedalam-dalamnya betapa tanpa benci manusia tidak akan mengingati musuhnya…. tanpa sayang..menusia tidak akan merindui kekasihnya…atau isterinya.

Siapakah yang anda benci?
Siapakah yang anda sayang?

Andai kasturi hilang harum.
Mawar tak berkuntum
Kasih tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
kan ku peluk ribuan ampun
Rahmat yang maha agung.

Tentu anda mengenal diri anda sekanrang kan?
kasih tak bersambung

No comments: