Thursday, February 4, 2010

SETELAH ANDA PILIH SAYANGGILAH DIA

Assalamulaikum sahabat, semuga anda semua sihat sejahtera dan bagi sahabat aku yang akan menerima pinangan dari seseorang segerakan lah agar jangan “terlewat”.

Bagi sahabat aku yang masih lagi belum menerima pinangan atau mahu meminang aku harap juga kamu segerakan lah pekerjaan yang baik ni, agar kamu juga jangan sampai “terlewat”, kalau sudah terlewat segala-galanya sudah tidak bermakna dan berguna lagi.

Bagi yang akan bakal menerima pinangan tak lama lagi , aku harap jemput lah aku.

Untuk peristiwa pinang meminang ni aku sertakan tulisan yang berkaitan mengenali pasangan anda supaya ianya sedikit sebanyak menjadi panduan anda bagi mendapat kebahgiaan

Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.okey...bila anda sudah berpunya saya tidak boleh membantu lagi.........Take Care yourself beb!!!

Sebahagian cara lelaki untuk mengenal wanita.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

*Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaan

*Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

*Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

*Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

*Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.

*Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

*Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.

*Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

*Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.


Wanita perlu Tahu Tentang Lelaki

*Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

*Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

*Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

*Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

*Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

*Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

*Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

*Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

*Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

*Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

*Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

*Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

*Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

*Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

*Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

*Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

*Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

*Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

*Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

No comments: