Saturday, May 1, 2010

HARGAI DAN HATI-HATILAH DALAM MEMILIH PASANGAN ANDA

Assalamulaikum sahabat, apa kabar semua,aku harap semuanya sihat dan sentiasa dilindunggi Allah swt.
Lama juga aku tak menulis dan terasa rindu pula untuk menulis kembali.Tulisan aku kali ini sahabat ialah tentang memilih bakal suami atau bakal isteri agar jangan tersalah pilih. Aku teringat kata-kata P.Ramlee dalam lagunya
‘……Kalau menilih suami ala adik, biar betul-betul,
Jangan tersalah pilih ala adik,
Nanti kena kaki botol….”
sepotong hadith yang berbunyi,

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.
Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami?
omar ra. kata kalau aku nak pilih pemimpin aku akan lihat solatnya dahulu kalau ok dan ikut sunnah baru aku nilai yang lain2. kalau solat pun dah rosak baik mcm mana pun orang kata dia sebenarnya jahat.

first pastikan bakal suami tu tak tinggal solat (org yg menjaga solatnya)dan sentiasa solat jemaah (pergi masjid/surau)...risik2lah...ini yg paling penting sekali- ...kalau tidak ada yang ini reject awal2.......nati menyusahkan hidup aja..Syarat-syarat yg lain tu boleh di pertimbangkan......
pastikan kedudukan kewangannya stabil alias pendapatan tetap.Kalu ini tak ada boleh ke makan cinta, kalau tak dapat juga yang ini maka dari buat maksiat baiklah menikah...tentang rezeki tu serahlah pada ALLAH....kalau kita kawin kerana nak elakkan maksiat insyaallah ALLAH akan bantu melalui jalan2 yang tak di sangka2..percayalah...........(dah banyak berlaku dalam hidup ini)
ingat yang penting agamanya... dan antara yg paling penting,, ialah lelaki yg tahu dan pandai menjaga hati kedua org tuanya,, terutama ibunya.. sebab org kata, lelaki yang macam itu, pandai jaga hati wanita dan tahu nilai sebenar seorang isteri...
aku boleh tulis macam-macam di sini tetapi reality pada hari ini..wanita, keluarga wanita akan tetap memilih yang mana poket tebal keutamaannya no 1, kalu zaman-zaman mak bapak aku dulu aku percaya hal-hal agama di ambil berat...aku pernah dengar org ckap ...si polan walau pun tak solat tapi dia baik.................he he he he..sebab tu kes cerai berai semakin bertambah..........
berilah keutamaan pada yg beragama...InsyaAllah akan bahagia...kalau ada yg lain-lain lagi baik...tapi biasanya payah nak cari yg ada semua.
betul tu....dapat yang beragama tak emsem pulok......dapat yang emsem ,tapi agama pulak yang tonggang langgang......macam-macam...kena hati-hati dalam memilih jodoh ni.......haram sebenarnya bagi seorang wanita mengandungkan benih dari lelaki yang tak solat...........lagikan nak beli selipar kita pilih ,tu yang kita nak letak kat tanah lepas guna...ni suami yang akan jadi teman tido kita takkan cincai aja nak pilih.....
tentang solat....start baligh sudah start solat...bukan masa nak kawin... solat ni kena buat ikhlas...kalau tak, nanti boleh tinggal solat tu balik... solat tu tiang agama....puasa pun mesti lah jugak....kalau solat tetapi tidak puasa apa halnya...sama la cam bangla...solat rajin tapi tidak puasa...letih katanya.
Ok lah macamana dengan kes laki solat bagus.. khusyu'.. bacaan mantap.. ilmu agama memag bertauliah.. tapi.. cara layan isteri hampeh.. kasar.. garang.. tengking2.. macamana ni?...dia tak menghayati apa yg diajar oleh Rasulullah s.a.w...tapi masih baik lah jika di bandingkan dengan yang tak solat walaupun baik dgn keluarganya...kerana orang yang tak solat ni umpama meruntuhkan agama.....dan tanpa solat ,amalan lain tak dikira...
Sahabat terima lah kenyataan, pada masa sekarang ini...kebanyakan perempuan hari ni mesti nak pakej
1. pangkat datuk
2. kaya
3. perut besar sikit
4. hensem macam B**g
5. pandai bodek

tak percaya?? tak payah nak sebut...banyak dah contoh
Baik sangat tu tidak le..
Hensem pun tak la berapa sangat.
Manis tetap ada..
Tak memilih..
Tapi dipilih dan terpilih.

Bukan satu tapi tiga.
Bahagia....

Kacip Fatimah, Tongkat Ali
Ada Rezeki tambah lagi.
Isteri yang baik dan suami yang baik.........hidup bahagia

isteri baik leki buat perangai - goyang rumahtangga

isteri buat perangai suami baik -goyang juga rumah tangga.

Tak semestinya perempuan yang baik akan bertemu jodoh yg baik dan begituah seterusnya..Tapi hanya segelintir sahaja......Apa2 pun tepuk dada tanya iman...
ya la tak kan nak cari pondan pula bro...kalu kita cinta dan kasih pada seseorang, kita tak kisah sapa pun dia, yang penting jangan kita di persiakan, harta dunia boleh dicari, ilmu akhirat memang dah ada di dada, tak ada apa lagi rasanya dah lebih dari cukup....yang allah kurniakan ini...tapi.........Tak semua yang baik tu akan betemu yang baik...hanya segelintir sahaja kan..itulah ujian Allah untuk menduga hamba2nya..
buat wanita yang nak berkawin....tolong dalami ilmu agama mengenai kewajiban mentaati suami dan rumahtangga dulu...jangan tengok orang hendak berlaki ,kita hendak berlaki juga....tapi hampeh.....

***kalau rasa tak boleh nak taat suami.....diharap jangan berlaki...buat tambah dose aja......bukan negetif tapi itulah hakikatnya yg perlu wanita akur...........

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." ……Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Memang tak dapat di nafikan kaum wanita ramai yang penghuninya adalah neraka.... Rambutnya , lidahnya, pakaiannya.......Aduh...,,,,,,,,,memang terasa....

Kaum wanita perlu di bimbing..bertuah jika seorang wanita mendapat seorang suami yang baik dan penyayang juga beriman. Boleh tunjukkan kejalan yg benar. Kalau boleh tak payahlah bermadu..sebab kalau bermadu.sok seh juga...tak dapat menerima kenyataan..kutuk mengutuk dan kata mengata pun timbul juga...ermmmmmmmmmm

tiada manusia yg sempurna dimuka bumi ni... dan wajarkah wanita yg kurang ilmu agama,, dinafikan haknya untuk berkahwin.. dimana tugas suami sebagai pembimbing..
sepanjang hidup bergelar manusia,,lelaki/perempuan.. kita harus terus belajar dan memperbaiki diri...hinggalah ianya terhenti di liang lahad.. mendalami ilmu agama itu satu proses yg berterusan... ilmu agama itu semakin kita dalami,, semakin banyak yang kita kena pelajari...

Allah itu maha mendengar, maha mengatahui... jangan pulak kalau satu hari nanti, awak dapati isteri awak kurang ilmu agamanya,, sedikit cuai dalam urusan rumahtangga, diceraikan pulak, dengan alasan...tidak layak...hhmm...

dan yakinkah sahabat... sahabat benar benar layak bergelar seorang suami...
suami ialah ketua keluarga ....dimana mereka perlu lengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu sebelum berkahwin.....ini sememangnya wajib....bagi wanita pula ketahui lah sebelum kawin tu yang mentaati suami adalah wajib selagi perintahnya tak bercangah dengan perintah ALLAH dan Rasul....dimana nilai ketaatan seorang isteri itu terhadap suami semakin terhakis di masa sekarang....ramai yang suka melawan cakap suami,keras kepala dan sebagainya......
wajibnya mentaati suami ini hinggakan pernah Rasulullah bersabda yang bermaksud "tiada patut sesekali seorang manusia itu bahawa sujud ia bagi manusia dan jikalau patut sujud bagi seorang manusia nescaya aku suruh akan perempuan itu sujud ia bagi suaminya kerana sangat besar haknya itu atas isterinya jikalau ada pada tapak kakinya hingga sampai tengah kepalanya pun yg menjadi najis nanah dan darah kemudian berhadaplah isteri akan dia maka menjilat-jilat akan dia sungguhnya belum lagi ia mendatangkan hak suaminya".....
sebab tu pokok pangkal nya sebelum kawin itu wajiblah seorang isteri mempelajari ilmu agama mengenai alam rumahtangga.......

***kalau mencari ilmu dunia boleh berkelana berates-ratus km siap buat pinjaman lagi tu lagikan.....kita boleh...takkan ilmu agama yang di ajar percuma aja kita tak mampu nak belajar?
bukan masalah sempurna atau tidak.Kita selagi bergelar manusia pasti ada kesilapan nya......tapi apa yg aku nak nyatakan ....kita terlalu jauh dari agama....kenapa terlalu mengharap pada suami untuk ajarkan kita akan ilmu agama...walhal dalam dalam islam tak wajib pun mintak izin dari suami untuk keluar mencari ilmu agama yg fardhu ain untuk org islam.....lebih malang lagi jika dapat suami yang jahil...tidak kah sang isteri juga akan terseret dalam kejahilan suami?....tidak kah ini merugikan?..suami masuk neraka...dan isteri pn mahu jejaki juga?.suami walaupun dia jahil namun perintahnya tetap jua perlu di taati selagi tak bercanggah dgn agama.....ini yang ramai para wanita tak mengetahuinya.....kalau untuk hidup didunia ni kita boleh belajar ilmu dunia takkan untuk berumahtangga kita tak boleh nak luang kan sedikit masa untuk pelajari ilmu agama mengenai alam rumahtangga ni

Bukan nak berpandangan negetif....nak bagi terasa sikit...........bila terasa baru ada keinsafan kan............(maaf ye sahabat, bai dan beb-beb semua andaikata tulisan aku ni ada pertentangan dengan famahan anda semua….jika ada sila berikan komen agar kita sama-sama boleh bincangkannya)

p/s Inga tak kisah seorang pelacur memberi seekor anjing minum -bakal syurga juga -Ada sirahnya.

No comments: