Wednesday, May 12, 2010

ADA ENAM JENIS WANITA YANG BURUK

Assalamulaikum sahabat aku semua, apa kabar , akau harap sahabat semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt sentiasa,

Kali ini sahabat aku minta maaf lah sikit kerana tajuk tulisan aku kali ni lain sikit,tapi demi untuk kebaikan aku minta sahabat semua bersangka baki selalu ye?, tak rugi pun kalau kita selalu sabar dan bersangka baik kepada semua makhluk Allah

SEORANG penceramah wanita aku dah lupa namanya menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabit dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini yang bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah bneristeri yang juga turut berminat suami bergelar datu dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orsng lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis keramai kita menemui wanita yang kecoh, dan cuba memonopoli majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi.

Semoga kita tidak akan ditemuikan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat demikian. Walahu'alam.
di muka bumi ni.

.....renung-renungkan sahabat dan beb semua...........

No comments: