Sunday, June 20, 2010

PANGGILAN KEPADA MAYAT

PANGGILAN KEPADA MAYAT
Assalamulaikum sahabat, bai dan beb-beb semua, apa kabar, aku harap kamu semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu jangan susah hati dan sentiasa bersangka baik sesama manusia
Kali ni aku nak tulis tentang sikap manusia yang tak takut mati, mati bagi mereka adalah perkara biasa, memang benar ianya perkara biasa semua orang akan merasainya nanti TAPI adakah kita telah bersedia menghadapinya bila sampai waktunya kita dijemput, kita jangan lupa dunia kita kejar dan akhirat juga kita kejar,
Sebelum tu aku nak bicara sikit tentang sikap manusia ni yang bagi aku tak tahu menghargai erti kehidupan, manusia sentiasa bersikap degil dan jahil, mengapa ini terjadi?.............pada pandangan aku ialah kerana manusia ni sombong pada dirinya sendiri kerana setiap tunjuk ajar yang diberi mereka akan pinggirkan aja ,mereka tak mahu nak belajar , kalau belajar pun mereka salah menggunakan apa yang diajar dengan berbagai tafsiran, mereka boleh mentafsirkan dengan berbagai tafsiran dari apa yang mereka dengar melalui kata-kata TETAPI mereka terpengaruh dengan sikap yang mereka lihat dan ingin melakukannya.TETAPI berapa banyak sikap positif yang ada di muka bumi ini, cuba kita renung-renungkannya…….dengan sikap ini lah menjadikan mereka terlupa akan mati itu adalah benar, seksa kubur itu adalah benar, soalan kubur adalah benar.

Dalam satu riwayat, ketika ruh berpisah dari jasad, maka ia dipanggil dari langit dengan tiga jeritan :

Wahai anak Adam,

1. Apakah kamu meninggalkan dunia, ataukah dunia meninggalkan kamu ?

2. Apakah kamu mengumpulkan dunia, ataukah dunia mengumpulkan kamu ?

3. Apakah kamu mematikan dunia, atau duniakah yang mematikan kamu ?


Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,

1. Di mana tubuhmu yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi lemah ?

2. Di manakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang menjadi diam ?

3. Di manakah semua kekasihmu, bukankah sekarang mereka mengasingkan kamu ?


Sewaktu mayat diletakkan untuk disembahyangkan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,

1. Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat

2. Jika amal perbuatanmu baik, maka kamu akan melihat baik

3. Jika amal perbuatanmu jahat, maka kamu akan melihat buruk


Sewaktu mayat diusung,, ia dipanggil tiga kali jeritan :

Wahai Anak Adam,

1. Sangat bahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat

2. Sangat bahagialah kamu jika amalmu baik

3. Sangat bahagialah kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah, dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah.


Sewaktu diletakkan di tepi kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,

1. Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini ?

2. Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ?

3. Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini ?


Sewaktu mayat diletakkan di liang kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,

1. Kamu di atas punggungku bersenda gurau, tetapi kamu dalam perutku menangis.

2. Kamu di atas punggungku bergembira, tetapi kamu dalam perutku cemas dan duka

3. Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tetapi kamu dalam perutku menjadi diam.


Setelah manusia pulang meninggalkan mayat yang telah dikuburkan, lalu Allah berfirman :
"Wahai hambaku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana manusia, isteri dan anak-anak. Namun Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan limpah Rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya.