Wednesday, June 23, 2010

SYAFAAT NABI UNTUK SELURUH UMAT

SYAFAAT NABI UNTUK SEMUA UMAT
Assalamulaikum kawan-kawan dan sahabat-sahabat semua, apa kabar semuga kamu semua sihat sejahtera dan dilindunggi olah Allah dari segala bentuk bencana.

Sahabat, kali ni aku cuba nak tulis dan bincangkan apa yang aku tahu melalui pembacaan aku dan pesanan guru mengaji aku di kampong dulu, kisah nya mengenai Syafaat Nabi Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Sahabat Nabi Muhammad s.a.w . bernama Auf Bin Malik bercerita bahawa pada satu hari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada kami, …….”Tahu kah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepada ku?” ..Kami berkata; “Allah s.w.t dan Rasulnya lebih mengetahui,”
Rasulullah s.a.w berkata: “Allah s.w.t menawarkan kepada ku samada memasukkan sesetenggah umutku ke dalam Syurga, atau memberiku syafaat, Aku lalu memilih Syafaat.”

Kami lalu berkata ,”Wahai Rasulullah, mintakan lah kepada Allah s.w.t agar menjadikan kami termasuk dalam gulungan ahli syafaat mu.”
Baginda menjawab:…”Syafaat ini untuk semua Muslim”
( Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah ini sengaja di pilih kerana isinya melahirkan kegembiraan di hati setiap pembaca yang membacanya)

Sahabat dan kawan-kawan, sewaktu kita di bicarakan pada hari pembalasan, maka yang menjadi Raja pada hari itu adalah Allah s.w.t, yang menampilkan dirinya sebagai penentu nasib setiap makhluk, pada hari itu sahabat dan kawan-kawan,..”Tiada siapa yang dapat member syafaat di sisi Allah s.w.t . melainkan dengan izinnya.” ( surah al-Baqarah 2:255).Maka hanya hamba-hamba yang sangat dekat kepada Allah s.w.t . sahaja yang memperolihi kehormatan untuk membantu orang lain.

Keyakinan dengan adanya syafaat ini merupakan aqidah yang menjadi pegangan Ahli Sunah Waljumaah.
Berkata al-Qadhi ‘Iyad al-Maliki sebagaimana nukilan Imam al-Nawawi dalam syarah Sahih Muslim,
“Berbagai athar(hadis) yang keseluruhannya mencapai darjat mutawatir menunjukkan adanya syafaat bagi orang yang berdosa di akhirat, dan ini menjadi perkara yang telah menjadi ijmak dalam kalangan ulama Ahli Sunah Waljumaah sejak generasi salaf dah khalaf hingga ke hari ini.”

Al-Qadhi ‘Iyad juga menjelaskan bahawa sekelompok manusia daripada puak Muktazilah dan Khawarij menolak adanya syafaat ini.Mereka berhujah dengan beberapa ayat al-quran yang kesemuanya jika diperhatikan dengan teliti, berkaitan dengan orang kafir.Maka ayat ini tidak boleh dikenakan bagi orang beriman yang melakukan dosa lalu di masukkan ke dalam Neraka. Hal ini kerana terdapat hadis-hadis Nabi yang mutawatir menjelaskan bahawa syafaat dapat menyelamatkan mereka dengan izin Allah s.w.t.

Lagi pula sahabat dan kawan-kawan semua , kalau kita renung secara mendalam syafaat ini sebenarnya tidak lain merupakan salah satu perwujudan daripada sifat Rahmat Allah s.w.t kepada seluruh hamba-hambanya. Rahmat ini diperlihatkan melalui hamba-hamba pilihannya untuk menampilkan kelebihan mereka kepada semua manusia yang lain.

Antara hamba-hamba pilihan itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w satu-satunya hamba Allah s.w.t yang memilikki al-maqam al- Mahmud(Makam yang terpuji). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir Bin Abdillah, Rasulullah s.a.w . bersabda yang bermaksud :…”Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada Nabi-Nabi sebelum ku, salah satunya aku diberikan syafaat.

Hadis ini tidak bermaksud bahawa syafaat hanya dimilikki oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan tidak dimilikki oleh Nabi-Nabi lain, Namum apa yang nak kita bincangkan di sini ialah tentang sebuah syafaat khas yang eksklusif di milikki oleh Rasul akhir zaman, iaitu apa yang dikenali dalam ilmu aqidah sebagai syafaat al-‘Uzma(syafaat terbesar)

Bagitu luas dan besarnya syafaat ini, hingga meliputi semua makhluk, syafaat ini dapat melepaskan semua ahli mahsyar yang telah penat kerana seksaan zahir dan batin sekian lama untuk menunggu peoses hisab di laksanakan, perkara ini bersesuaian dengan sifat baginda yang di utus oleh Allah s.w.t., sebagai rahmat bagi sekelian alam, juga dengan syariat Baginda yang meliputi seluruh manusia.

Setakat ini sahaja yang dapat aku tuliskan dan dibincangkan untuk sahabat, insyallah kalau tak ada aral yang melintang aku akan sambung lagi tulisan ini, insyalah dengan tulisan dan perbincangan ini nanti akan dapat menyedarkan kita semua betapa pemurahnya Allah s.w.t dan Rasulullah s.aw.dan rajin-rajin lah kita beramal.
…………………..Cuba kita renung-renungkan dan jumpa lagi sahabat……………….