Sunday, June 6, 2010

SENYUM LAH DAN JANGAN TAK SENYUM


Senyumlah
Assalamulaikum sahabat, beb, bai dan rakan-rakan semua semuga anda di rahmati Allah swt dan sentiasa ceria.Kali ni aku nak membicarakan tentang SENYUM
Usah nak bertanya lagi betapa besarnya manfaat
sesunggingnya senyuman itu....!!!
Usah nak persoalkan lagi betapa indahnya sesaat hilai tawa....!!!
Usah nak nafikan lagi betapa leganya secuit canda....!!!
Senyuman+tawa+canda=......berkurang tension, hilang boring, lega migrain...dan....dan.... banyak lagi!!!
Senyuman itu adalah sedekah!!!

Tapi Sahabat, beb, bai dan rakan-rakan aku tak tahu samada senyuman yang kalian berikan itu ikhlas atau tidak, yang pentingnya anda senyum, tak kira lah bagaimana senyuman tu di lakukan adakah bagai senyum yang tak penah putus...SENYUM KAMBING aku pun tak tahu bagaimana senyum kambing tu mungkin macam gambar kat atas tu kot agaknya.

Ok lah sahabat, beb, bai dan rakan-rakan menurut
Prof. Doktor Ahmad Amin berkata,
“Manusia yang bijak mampu menggantikan tiga suku isi farmasi hanya dengan seulas senyuman."

Satu senyuman lebih bernilai dari seribu aspirin atau segudang panadol!!!!


Tersenyum...
Nak pergi kerja pun kena Senyum dulu.....Campakkan segala masalah.....
Senyuman itu satu sedekah... Tapi bertempat lah..

atau
Kalau kita terbuat salah masa memandu ke, hingga akan membuat pemandu lain marah, cepat-cepat senyum dan angkat tangan.. insyaAllah dia tak jadi marah.. dan kalau nasib baik, akan dibalas senyuman kita.. Allah pasti suka kan?
dan kalau senyum sinis... kena hati-hati
senyum sinis tak dapat pahala...sama gak nyeringai....

Bagi peniaga bagusnya kalau muka sentiasa senyum, jaga aurat, jaga wuduk, tentu pelanggan suka..

Bagitu juga kalau seseorg tu biasa senyum, tapi satu hari tu dia tak senyum pun walau kita senyum kat dia, jangan terus buruk sangka..mungkin dia ada masaalah atau fikirannya sedang melayang hingga tak perasan kita senyum kat dia.

Dan ingat lah senyum selalu (& bertempat) salah satu cara utk mendapatkan sifat sabar

Dan kalau berlaku kemalangan kecil senyumlah, lepas senyum tu kita akuiilah kesalahan kita, mohon maaf ke.. dan bersedia untuk kerjasama/selesai ke.. insyaAllah mudah leh selesai.. samada akan dihalalkan atau selesai kat balai polis pun mudah.. Sebab banyak kes, dah le dia terang-terang salah, tak mengaku pula, dah tu marah-marah.. apa lah, macam ni bila nak selesai kan..

Dan Ada lagi
Kalau anda berjalan..tersepak batu. tersenyum ke ape?????

kalau tak sakit ok senyumlah.... Kalau sakit sangat... senyum juga tapi berair mata....hehehe


Tersenyumlah....walaupun anda sedang berduka... Dapat membahagiakan orang lain

Aku nak tahu juga pada suami-suami... kalau ada rasa marah kat isteri,boleh senyum tak? ….

Macam tu juga para isteri-isteri..kalau tengah merajuk degan suami..mampu tak tersenyum....
kalau boleh...anda memang hebat...tahniah.


Nak senyum ni bagi setengah-setengah orang agak sukar untuk mereka tu cuba baca dua kisah yang aku sertakan ini

Ahli politik yang bongkak

Ahli politik kaya di Russia berkempen dari atas helikopter. dia dan para pembantunya pergi berkempen ke kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil.

Apabila sampai di atas perkampungan orang-orang miskin, dia menaburkan wang yang banyak dari heli. Kelihatanlah penduduk berebut-rebut mengambil duit yang ditaburkan ahli politik kaya itu. Tercuitlah hatinya menyaksikan pemandangan itu.

"Hahahaha....lucu betul.... tengok tu....lucu...kan?" Katanya kepada pembantunya sambil ketawa terjungkal-jungkal di kerusinya.

"Lucu... ya... lucu.... Tapi kalau tuan terjun sekali ke bawah... lagi lucu... hahaaha," kata pembantunya.

Orang Munafik

Pada satu hari jumaat, orang muslimin semua kena pegi semayang jumaat ar kan.

Tersebut lah di suatu kampung yang harmoni, jemaah solat jumaatnya teramat lah ramai. semua sekali dalam 15,000 orang. sikit masa lagi da nak start dah solat jumaat.

Kemudian, gemparlah seketika kerana terdapat empat ke lima orang berpakaian mcm askar gerila, masuk ke ruang masjid mengacukan senapang, machine gun dan macam-macam lagi senjata yang diorang bawa.

Kat badan diaorang berbelit-belit peluru dan bergantungan bom tangan. Ketua diaorang pun bersuara. "Sesiapa yang mengaku dia beriman kepada Allah, dan sanggup mati mempertahankan ajaranNya, berdiri di tempat anda!"

Maka, berpusu-pusu la orang keluar, melarikan diri, takut giler. pengganas jepon nih... Anti muslim kot. semua bertempiaran lari, yang tinggal dalam 20 orang je.

Kemudian ketua tu pun cakap kat jemaah yang 20 orang tu.

"OK, kami dah halau semua munafiq-munafiq tu. sekarang boleh mula kan solat..."

CALON PAK MERTUA

Sebelum menjadi menantu secara rasmi, Hakim sekali-sekala pergi berkunjung ke rumah calon isterinya. Bukan kerana hendak bertemu dengan tunangnya, kerana dia tahu ia belum balik mengajar tengahari seperti itu. Kedatangannya adalah merapatkan hubungan dengan ibu bapa isteri, calon mertuanya.

Ketika asyik berbual dengan calon pak mertua tiba-tiba terasa perutnya memulas. Entah angin bahorok mana yang beraksi pada waktu yang tidak sesuai ini.

Sejurus kemudian hidangan ringan dibawa oleh calon ibu mertua; sedikit kuih-muih dan kopi o panas. Sambil berbual ia menjamah kuih yang terhidang dan menghirup kopi o panas yang masih mengeluarkan wap itu. Perbualan itu hampir dimonopoli si pak mertua yang membuat Hakim sekadar menjadi pendengar yang baik, dan sekali-sakala mencelah.

Angin bahorok di dalam perut semakin ganas dibantu kopi o panas yang diminumnya. Hakim mula serba salah. Apa akal? Mengeluarkannya di depan mertua tidak mungkin kerana hal itu sungguh tidak beradab. Jika ia bangkit takut terlepas dan hilang kawalan semasa bangkit itu.

Hakim tiba-tiba mendapat idea yang hebat: batuk. Ia akan mengeluarkan angin bahorok itu serentak dengan batuk supaya tidak kedengaran. Ia berani melakukan itu kerana tahu pak mertua ada masalah pendengaran.

Hakim pun mula berpura-pura batuk kecil. Kemudian diikuti dengan batuk yang agak kuat sambil melepaskan si bahorok. Uhhh!!! Malang bagi si Hakim, walaupun batuknya sudah cukup kuat tapi angin bahorok itu keluar terlambat satu saat. Tuuuut!!! Suaranya agak nyaring pula sehingga si pak mertua dapat mendengarnya. Si Hakim pucat sambil menunduk. Pak mertua bangkit dan terus masuk bilik. Kemudian dari dalam bilik sayup-sayup terdengar suara orang ketawa.

Kalau anda senyum anda adalah normal kalau tak jumpa lah pakar sakit jiwa anda, anda perlukan rawatan segera

Senyuman bukan bermakna menukar azam dan mengalih haluan.
Senyuman suci.... memberi ilham dan harapan kudus...
senyum boleh mengurangkan stress...kalau muncung je bertambah stresss bukan kita saje orang yang nengok kita pun stress jugak.