Friday, June 4, 2010

MARI KITA RENUNGKN SEJENAK KEKEJAMAN ISRAEL


Assalamulaikum sahabat, semuga kita semua sihat sejahtera dan ceria selalu, Tulisan aku kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman sahabat kita yang telah pergi menyertai mesi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini yang telah pun kembali ke tanah air selepas di tahan oleh askar Israel The photo are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg telah pergi ke Gaza baru-baru ni telah datang menceritakan pengalamannya di Persatuan Islam Pekerja yg menganjurkan. Razali ni apabila di lihat tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yang buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama aja Islam tapi sudah very secular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan semua rosak dekat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza dan Mesir adalah 14 km panjang. Kalau lah tidak ada sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel daripada bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali bagitau rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir…tapi dengan pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…sebelah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ini). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Orang Palestine sangat baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang-tulang yang melekat di dinding bangungan rosak, tak busuk walaupun sudah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tidak ada senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih sahaja!! Hamas ini beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tidak berani perang one to one dengan Hamas. Di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepas tu serang dengan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia orang tahu Hamas ada penembak tepat! So, mereka takut hendak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ini makan masa bertahun hendak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak ada sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tidak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab sudah tiada makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat sudah tiada. Razali kata tidak tahan dia tengok budak-budak menjerit-jerit kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tidak ada apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

.........marilah kita sama-sama renungkan kekejaman manusia yang berketurunan Israel ni.........

No comments: