Wednesday, July 7, 2010

ORANG CANTIK

Pesanan Untuk Orang Cantik
Assalamulaikum Sahabat, beb, bai-bai semua apa kabar, semuga anda sentiasa ceria dan dirahmati Allah s.w.t selalu.

Kali ni sahabat, beb dan bai-bai semua aku nak membicarakan tentang orang cantik, maksud orang cantik ni aku tak khususkan pada wanita sahaja malah termasuk juga lelaki….maaf beb biasanya lelaki tak pakai cantik mereka guna hemsem kan, tak ngapa lah aku ambil jelan tengah, aku guna perkataan orang cantik.

Bagi aku beb, bai dan sahabat semua “Jangan percaya pada orang yang cantik kerana makin cantik orang itu makin banyak penipuannya dan orang cantik ni beb bila bercinta dia bercinta dengan orang jahat tapi beb bila nak nikah dia akan pilih orang baik”…..maaf beb, bai dan sahabat semua tentang pandangan aku ni…jangan marah ye? Kena bersangka baik selalu beb, bai dan sehabat.


Setiap orang yang tuhan jadikan adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w keran bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda anda bersyukur lah pada Allah s.w.t, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini,

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang yang cantik. Janganlan anda sangka kecantikan sentiasa membawa keuntungan Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik akan fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajahnya akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahannya?

Kadang-kadang kalau semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, baragkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt. !!!