Wednesday, July 7, 2010

PENEMUAN ILMUAN ISLAM YANG DILUPAKAN

Assalamulaikum sahabat dan kawan-kawan semua, semuga anda sihat, gembira, ceria dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Sahabat kali ni aku nak cerita sikit tentang sejarah yang mungkin kita tak tahu asal usul sesuatu itu sebilangan besarnya adalah datang dari dunia Islam

Kita selalu dimomokkkan apa jua ilmu yang hebat-hebat itu dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan dan sumbangan yang hebat-hebat dalam sains dan teknologi mendahului orang-orag Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita pada masakini adalah hasil buah pemikiran dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Berikut ada sebahagian daripada penemuan muslim yang luar biasa yang telah kita gunapakai dalam kehidupan seharian kita dan ianya akan kekal sepanjang zaman:
1. 1. Pembedahan
2. Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi telah menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yangmana ianya telah digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.

2. Kopi
Ketika saat ini dan pada bila-bila masa warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, tahu kah anda bahawa kopi pertama kali diminum di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi dikataka membantu kaum sufi untuk tetap terjaga untuk tujuan beribadah pada larut malam. Kemudian ianya dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang belajar di sana dan kemudiannya kopi disukai oleh seluruh penduduk di situ. Pada abad ke-13 kopi menyeberang sempadan ke Turki, dan pada awal abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang telah mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia telah mereka cipta sebuah perangkat sayap dan secara khusus ciptaannya itu berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian ianya jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang telah dinabgunkan secara tidak terduga telah menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.


4. Universiti Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi telah mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Manakala saudara perempuannya Miriam telah mendirikan sebuah masjid yang indah dan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan ianya terus beroperasi selama 1.200 tahun.dan ianya berharap orang ramai akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara ini juga akan menginspirasikan wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam”. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham telah membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik
Pemuzik muslim kelihatannya signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi
Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal/ Crank
Kebanyakan dasar sistem otomatik moden yang pertama adalah berasal dari dunia Islam,ianya termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.