Saturday, September 18, 2010

Hilangnya Antara Dua Hati

Hilangnya antara dua hati
Assalamulaikum sahabat, beb dan bai-bai semua, apa kabar semuga anda sihat ceria dan gembira selalu.
Sebelum terlewat aku nak mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN” kepada semua sahabat-sahabat aku
Sahabat sekelian kali ni aku nak bawa sahabat berfikir tentang perkara yang aku tuliskan ni.sila berikan komen sahabat kalau bersetuju atau tak.Kita kongsi pengalaman dan pengetahuan.
Ada seorang sahabat datang berjumpa dengan aku meminta pandangan tentang hubungannya dengan buah hatinya, menurutnya buah hati dia dalam waktu yang sama menyayanggi orang lain dan sukar buat pilihan antara duanya lebihnya dia kacak berkedudukan lebih sikit dari saya, penyayang pandai ambil hati nya dan sering menelifonnya seolah-olah dia menguji saya . Sahabat aku tu binggung akan masalah ni.
Jawapan aku mudah sahaja
“Adakah kamu menyayanggi dia dan dia menyayanggi kamu” kata sahabat aku tu “ya” tapi dia juga menyeyanggi kenalan barunya .
‘kamu kena melupakan dia” kata aku ringkas, “mana boleh macam tu”katanya pada aku”.
“kamu kata kamu sayang pada dia dan mahukan dia bahagia dalam hidupnya, ini lah masanya kamu perlu berkorban demi kebahgiaan dia. Pengorbanan bukan bermakna kamu kehilangannya,Cuma kamu telah membunuh hipokratnya agar dia menjadi orang yang baik, dalam keadaan macam ini adakah kamu yakin kamu akan bahagia dengannya nanti ?,kamu kena fikirkan masa depan kamu dan terhapusnya sebuah kasih sayang bukan bermakna terhapusnya kasih sayang yang berikutnya,kasih sayang itu kekal abadi dalam diri kita Cuma kita kena menerokai kasih sayang itu dan tempatkannya di tempat yang baik dan jangan sesekali hipokrat”
Sahabat aku itu termenung panjang, aku berikannya masa untuk dia berfikir, “apa harus saya lakukan?”katanya.
“Kalau kamu sayangkan dia fikirkan sesuatu agar dia membenci dan melupakan kamu, dalam hidup ini jika membuat pilihan antara dua kita kena memilih hanya satu itu namanya pilihan dan jangan jadikannya manusia yang hipokrat itu bahaya kesihanilah dia.Kamu kena ingat bukan kita sahaja hidup di dunia ini sebenarnya kita berkongsi.fikirkan lah”
“Sungguh berat adakah saya mampu lakukannya”
Sahabat, dari kisah di atas tu aku nampak bahawa pasangan sekarang ni memilih paras rupa , kedudukan dan kasih sayang, itu memang baik tapinya pasangan sekaran bagi aku mereka tak pandai hendak menjiwai .memahami kehendaknya dan falsafah kasih sayang yang sebenarnya.
Cuba kita renungkan andai kata kita memilih wajah yang tampan, berapa lamakah wajah itu akan berkekelan, ianya akan lesu di telan masa
Macam tu juga dengan kedudukan, kedudukan tak akan kekal lama ianya akan hilang seiring dengan masa dan usia kita dan ianya akan menjadikan kita sombong kalau kita tidak berhati-hati.
Bagaimana pula dengan kasih sayang, adakah ianya jujur atau berpura-pura, di sini lah pasangan terlupa dan keliru dalam mentafsirkannya, kita Cuma berbangga dengan apa yang pasangan kita tunjukkan pada kita samada jujur atau tidak pasangan berbangga tanpa menilai roh kasih sayang itu,
Bagi aku kasih sayang itu umpa angin kita tahu ianya ada kerana kita dapat merasainya, adakah kita boleh nampak angin, kita Cuma boleh mentafsir angin itu bila ada pokok-pokok yang bergoyang,adakah kita nampak wajah angin itu…tapi kita memang memerlukan angin kalau tanpanya kita mungkin tak akan wujud di muka bumi ni, kerana dengan adanya angin lah wujudnya musim, dengan adaya musim kita kita boleh bercucuk tanam dan hidup kita bahagia,
Macam tulah dengan kasih sayang kita kena terokainya dan memahaminya seterusnya menjiwainya dengan sepenuh hati
Kita tak boleh lihat kasih sayang itu dengan wajah yang tampan dan kedudukan. Cuba kita lihat berapa ramai pasangan bercerai berai hidup, mengapa mereka bercerai hidup?.............jawapannya pasangan sebenarnya berpura-pura dan hipokrat dalam hal ini, mereka tak mahu jujur dalam memperkatakan mengapa mereka bercerai hidup, jarang kita dengar mereka bercerai hidup kerana pasangan mereka tak kacak atau cantik lagi, yang biasa kita dengar “dah tak ada jodoh”.
Cuba kita lihat kembali mereka yang bercerai hidup, adakah mereka tak akan kahwin lagi, sebilangan mereka akan berkahwin lagi dengan orang baru, tentunya orang baru tu lebih cantik dan kacak,ini kah namanya kasih sayang yang di agongkan itu.
Itu lah sebabnya aku minta sahabat aku yang keciwa tadi agar melupakan buah hatiya dan cipta lah sesuatu agar dia membenci dan melupakannya, biar lah dia dengan pencariannya agar dia memahami erti dan roh kasih sayang itu.Semuga dia bahagia.

No comments: