Thursday, November 4, 2010

JAGA LAH HATI KITA

MENGAPA HATI MANUSIA MENJADI KERAS DAN MATI

Assalamulaikum sahabat dan kawan-kawan semuanya, apa kabar, semuga sahabat sihat dan ceria selalu
Pada kali ini sahabat aku nak menyentuh tentang hati manusia yang menjadi keras dan mati, amat sukar memberi dan menerima maaf, kalau memberi dan menerima kemaafan sekalipun mereka tidak ikhlas hanya di bibir mulut sahaja kata-kata itu diucapkan tidak sampai kedalam hati dan sanubari.

Ada diantara sahabat, kawan-kawan mahupun bekas kekasih kita terus kita lupakan selepas kita berikan kemaafan . Adakah ini menepati kehendak kemaafan itu sendiri sedangkan kita di suruh berbuat baik sesama insan.

Sahabat dan kawan-kawan semua , asal hati insan adalah suci ketika kita dilahirkan dari perut ibu kita ianya umpama kapas yang putih tiada noda dan dosa…seperti sabda Rasulullah saw

..”Setiap bayi dilahirkan dalam fitrah(suci bersih).”

Ketika kta dilahirkan ke dunia, hati kita masih bercahaya dan ainul basirah(matahatinya) melihat kepada ketuhanan, namun ianya terhijap sedikit kerana daging yang membaluti roh kita berbeza dengan semasa di alam nur roh kita bebsa daripada keriakan dengan sebarang jisim, maka penyaksian kita adalah penuh kepada Zat Allah yang maha suci.

Hati kita yang asalnya suci dan bersih boleh berubah menjadi lebih baik bercahaya dan berma’rifat atau sebaliknya boleh berubah menjadi kotor dan kelam bertingkat-tingkat
Hati yang terhijab,
Hati yang berpenyakit,
Hati yang keras,
Hati yang mati

Apabila kita meningkat umur dari bayi kepada kanak-kanak kemudian dewasa, pandangan, pendengaran, pergaulan dan permakanan kita member kesan kepada hati kita, jika ianya terdidik dalam suasana keimanan dan terpelihara daripada makanan syubahat dan haram hati kita akan tetap bercahaya dan ma’rifatnya kepada Allah akan bertambah.
Sebaliknya jika kita terdidik dalam suasana kekufuran, kefasikan dan dosa di tambah dengan makanan yang bercampur haram, maka pandangan mata hati kita akan mualai kelam sedikit demi sedikit.Jika tiada usaha kita untuk menusikan hati kita yang kotor ini, maka ianya akan menjadi keras dan makin keras, ketika ini lah kita mula menunjukkan sifat-sifat yang malas beribadah, suka berbantah-bantah, melakukan perkara yang sia-sia, melazimkan berbuat maksiat berterusan.Walaupun hati kita masih terasa kesal, namun kita jarang sekali hendak bertaubat dengan segera.Ketika ini hati kita telah di kuasai oleh nafsu dan syaitan.

Kita lihat surah Al-Anaam 6:43
فَلَوْلا إِذْ جَآءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلَـكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَـنُ مَا كَانُواّ يَعْمَلُونَ
Bermaksud
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

Jika kita berterusan bagini, tanpa untuk b erusaha bertaubat lama kelamaan hati yang keras ini akan menjadi tebal kerasnya dan akhirnya hati kita akan mati.
Ini lah yang paling kita takut sekali apabila hati kita telah mati, kita tidak akan dapat menerima nasihat lagi, segala perkara yang haram dan maksiat akan kita pandang sebagai kebaikan, bagi kita ketika ini segala kemaksiatan itu umpama minum air…, kita berani menentang segala perintah Allah, hidup kita bagaikan binatang ternakan bahkan lebih teruk dari itu, ketika ini lah hati kita telah ditamatkan seperti firman Allaah dalam surah Al-Baqurah 2:7

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ
yang bermaksud
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Sahabat dan kawan-kawan antara punca terjadinya hati berpenyakit kemudian menjadi keras dan terus mati sangat banyak.Tetapi secara umumnya semua jenis pelangaran terhadap hukum yang telah Allah gariskan untuk kita , kita langgar tanpa bertaubat , ini ialh punca hati menjadi gelap.
Sahabat, dosa yang kita kerjakan akan menjadi titik hitam dalam hati kita yang akan bertambah setiap hari sehingga menutup matahati kita sedikit demi sedikit, akhirnya seluruh matahati kita akan tertutup rapat.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud
"Sesungguhnya seorang mukmin, jika ia mengerjakan suatu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika ia bertobat, menarik diri dari dosa itu, dan mencari rida Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah, maka bertambah pula nodanya sehingga memenuhi hatinya. Itulah yang disebut ar-ran (penutup), yang disebut oleh Allah Ta'ala dalam firman-Nya, 'Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang telah mereka usahakan itu menutupi hati mereka'."

Sahabat kita belum terlambat untuk membersihkan hati kita, Allah menyayanggi kita, Allah Maha Pengasih,Pemurah dan Maha pengampun, di berinya kita hayat lagi untuk sedar.Kita masih boleh lagi membersih, menyuci dan menyembuhkan hati kita dengan
1. Lazimkan melakukan solat taubat pagi dan malam sekurang-kurangnya 2 rakaat
2. Lazimkan istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari semalam dengan penyelesalan
3. Hentikan semua perbuatan dosa besar dan kecil
4. Jauhi semua pergaulan yang sia-sia yang menjurus kearah dosa
5. Wirid zikir setiap hari----zikir adalah ubat (lakukan lah setiap hari)
6. Wiridkan selawat atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali
7. Lazimkan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya baca surah Yasin.

Pembasuh dosa dan pembersih hati
Hassan al-Basri r.a. berkata:

Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi.

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak. Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya. Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

“Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?”

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

“Ambillah sepuluh macam ramuan. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu’ (kerendahan hati), campurkanlah padanya tumbuhan taubat, taruhlah ke dalam bekas keredhaan, tumbuklah dengan penumbuk qana’ah, masukkan dalam kuali taqwa, lalu tuangkanlah padanya air malu, didihkanlah dengan api mahabbah, tuangkanlah ke dalam gelas syukur, kemudian kipaslah dengan kipas harapan, lalu minum dengan sudu pujian, sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di Akhirat.”
(Dipetik daripada Kitab Nashaihul ‘Ibad, Imam Nawawi)


Sama-sama lah kita beramal,

No comments: