Sunday, April 3, 2011

Hari-hari tua seorang lelaki

Hari-hari tua seorang lelaki
Assalamulaikum sahabat dan kawan-kawan semua, apa kabar,
Lama juga aku tak menulis , tak mengapa lah jangan di tanya mengapa.

Kali ini aku nak berkongsi pengalaman dari mereka yang dah lama mengenal erti hidup agar kita jangan terleka dalam mengenali perjalanan hidup kita.
Sebelum itu kita lihat dan fahami lima perkara yang aku sertakan ni.

ingat 5 perkara

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Aku mulakan dengan Alhamdulillah......Subhanallah......kedut dah nampak....uban dah hamper kuasai kepala........kejap-kejap pening kepala....kejap-kejap sakit perut....tido tak lena.....makan tak rasa........sikit-sikit mengah....sikit-sikit letih.........hehehe ni agaknya rasanya tua! , aku dah mula rasanya sikit-sikit

kulit kendur kedut......pakai seluar jeans sudah tak nampak macho lagi......t shirt tak ada lengan still tak serlah sasa.......perut boroi( perut aku tak boroi lagi)....ponggong kempis....lengan tak dak otot..............dok depan cermin tarik nafas tarik urat lengan ...hehehehe hodohnya! Kita akan rasa itu semuanya nanti

kalau nak makan sup gearbox...........teringat kata-kata doktor....nak cubit ikan masin.....nampak wad emergensi......nak kunyah roti canai.......ingat kolestrol dok menanti!..........nak makan pulut kuning.......nampak bayang spital universiti.

akhirnya jadilah terlior kat daging korma....nasi kandar.....mee mamak......murtabak ........kambing kari....ayam turkey...........itu ini itu ini itu ini!.............dalam bank duit banyak beb!

Kalau nak speed kereta laju-laju......mata dah rabun.....nak kangkang konvoi atas Harley Davidson....dah macam katak tonggang kerbau.......vroommmm vroommmmmmmmmmm berenti depan awek cun depa panggil pak cik tok wan!......ahhhhhhhhhhhhhhhh serba tak kena ngan tua nih!..... hehehehe agaknya macam tu lah

Jika ada bini ,jeling kat bini.....bini buat-buat tak reti aja...silap-silap keluar ayat..."DAH TEBIAT KOT ORG TUA NIH....SENGEHHHHHHHHH DARI TADI!"
mintak bini garu belakang....bini suruh cucu tulong urut ngan tempurung!...........alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii usia tua........best nyeeeeeee! …..kita akan alaminya nanti

ajak bini kluak makan angin......bini cakap......."pak hang pi la sorang!"
ajak bini pi tengok wayang....bini cakap......."buang tebiat!"
ajak bini ronda-ronda de ngan kereta....bini cakap....." buang minyak!......sedih kan bila dah tua.

dan lagi jika ajak bini teman tido....bini akan cakap........."ishhhhhhh org tua nih!" sambil jegil mata cam burung hantu nampak jebon.......akhirnya masuk bilik sorang-sorang...mata kebil-kebil nangis sorang-sorang bila tengok cicak ngorat kat dinding siling. Hehehehehehe sayunya ketika tu kan

Tua ni usia mas....tua ni usia bagus.........emmmmmmm mari kita sembang macamana korang (terutama yg dah tu).......abiskan idup sebelum kita diusung ke tanah kubo!

mari kita cerita tentang nikmat dan derita kita diusia tua nanti........camna kita patut buat supaya kita jadi org tua yg bagus

beruntung lah lelaki yang masuk usia tua selepas sudah buat persiapan........relaxxxxxxxxx je aku nampak depa petang2 lepak kat surau mesjid .......dengar tok-tok guru cerita yang tak leh terlalu asing....pasal dah besa dengar!

kalau tak..........tak pasal panik berpeloh pasal tok guru bagitau kalau jimak kena mandi junub.....cara mandi junub camni....camni....ada tertib cara dia.......sedangkan selama ni dia hentam jurus gitu-gitu je!...........dia dah wajib mandi junub dah 40 tahun dah!....camna niiiiiiii!




Ada kata bila dah macam ni
cari yang barulah, segar semula semangat

Makin hari makin seronok.

Seronok (1) - sebab dah mula nak akhiri hidup buat menemui-Nya.

Seronok (2) - sebab melihat keletah lelaki muda yang lakukan kesilapan yang sama kita lakukan 20-30thn dulu…….. Kenali merrka yang hipokrit.

Lain tidak ada apa-apa... sebab kita tau hidup sekarag pun bukanlah segala-galanya. Redha aja lah apa yang nak berlaku……. Why worry?
ini lah dilema orang tua-tua kita ........dalam bab ini aku jealous betol de ngan mat saleh......mereka nampak ceria dengan pasangan mereka.........panggil awek mereka honey leh....darling leh.....my dear lah........tapi kita..??...pasangan kita panggil mak hang pak hang ayah hang abah kau.....mak kau........lagi terok depa sebut kat kita "orang tua"\

aku nampak ada juga awek yang simpati dengan warga tua...........pasal tu lah orang cakap jangan tengok pada rupa..........walau pun awak ni gigi dah besepai......telinga dia cam tu.......tapi hati dia lebih putih dari kulit dia!



pesan aku !....pada sesapa yang ada orang tua kat rumah....kat kampung......tak kiralah yangg panggil mak ke....mumi ke....dadi ke....mama ke....mek ke.......sesekali buatlah bagi "orang tua" tu gelak ria gumbira!


bila terfikir tentang muda plak aku rasa bertenagaaaaa aje untuk idup!

tak lah cam ni.........bila orang ajak ingat mati....ingat tua........cepat kita lari tajuk......pasal kita rasa rimas rasa gundah gulana!....kita kata "laaaaaaaa dok pikiak buat pa.....sume akan mati!".....mak oiii mudahnya cakap!

sedangkan tua dan mati tu adalah satu kesukaran dan kesakitan.........bukankah sakratul maut tu umpama tarik buluh cara songsang untuk telus sebuah lobang kecil.....kata ustaz yang pernah aku dengar.

meh kita renung dan cambah.

huhuhuuhu !!!! .. pejam celik.... pejam celik.... nak menjangkau usia separuh abad dah..... perasaan boring mula timbul. Tengok motor lama (retro) bawah kolong rumah .... repair dan restoration balik... memang dah ditelan dek zaman pon,

chanteek .. motor dah boleh gerak, double ekjos lagi tuu (motor zaman Dahlan Zainuddin dan Rubiah Suparman waktu muda-muda dulu). selongkar balik almari lama .. tup .. tup jumpa balik jaket kulit lama dah lusuh tapi masih boleh guna dan try pakai... masih selesa lagi ... selongkar lagi .. jumpa glove.

beli helmet yang sederhana murah ada chop sirim gitu. sarung kat kepala … ngam. Nak kemana .. tujuan hanya nak kemasjid... treng .. teng .. teng .. teng … masih selesa ditelinga bunyi ekjosnyer.

Ada plak .. event motor-motor retro .. hadirkan diri (ajak orang rumah, tak sudi maklumlaa).... jauh perjalanan (tak sedar motor dipotong oleh cupchai dan rxz), tak ada hal … asal ada. Perhentian di masjid dan musholla boleh istirehat dan solat. letih dan lesu …… terasa badan tidak segagah waktu muda dahulu. Tapi digagahi juga. Di Trafik lite ... gadis-gadis muda menjeling ... ntah apa dingomelkan ... lantak bukan urusan dan bukan idaman (buang karan layan mereka ni , zaman dahulu memang seronok berbanding gadis sekarang).

Sampai di tempat event .... parking bersama-sama motor sezaman. Aduh!! ….. bukan aku seorang sahaja tetapi ramai yang seusia denganku. Kami berkenalan dan berborak tentang zaman yang kami lalui. pada kami zaman kami lagi gilang gemilang berbanding sekarang. ada yang bersarban lagi ... hebat-hebat.


Kami ditegur oleh golongan muda dengan panggilan .... bukan pakcik atau atok ……sebaliknyer OTAI ... pergghh!!!!! Ada yang sudi bertukar-tukar pengalaman (bukan borak yang tiada manafaat).... dan kami dihormati kerana kami adalah perintis.

Gembira serba sedikit dan terubat juga dijiwa ... Habis event kami berpisah dan akan ketemu lagi jika ada event dan kesempatan. Tetapi kegembiraan dan ketenangan itu bersifat sementara ....

Dikenang semula ….. kegembiraan dan ketenangan berpanjangan, adalah di Masjid dan Surau sambil mengerjakan solat berjemaah. Itu adalah berketerusan.



Best sebenarnya jadi tua kan. Tak perlu terkejar-kejar ke pejabat. Dok rumah santai buat apa yang tak sempat buat masa muda-muda dulu. Anak-anak pun dah tak perlukan perhatian dari kita. Masa beramal ibadat pun semakin banyak..

Bejalan ke mana-mana anak-anak muda hormat. Bersalam orngg akan cium tangan kita. Di tempat-tempat awam, warga emas lebih diutamakan..yang paling best, ada diskaun untuk tiket kapal terbang, bas dan keretapi..

Di samping meningkatkan amal ibadat, tak salah sesekali keluar menonton wayang, sesekali berkaraoke dengan keluarga. Nikmatilah hari-hari tua dengan ceria tanpa merungut..sebab semakin banyak kita merungut memikirkan perkara-perkara yang kita tidak dapat lakukan seperti kita muda dulu, jiwa kita akan menjadi semakin tua..

Ini mungkin hanya dapat di fahami orang-orang tua di kalangan lelaki saja.

lelaki...jauh bezanya dari wanita dari segi muamalah.

Sejak kecil, lelaki lebih banyak rakan-rakan. banyak berhubung dengan dunia luar. banyak merantau. banyak melalui pengalaman kesana kemari. berbeza dengan wanita. Wanita muamalahnya terbatas. tambahan kalau jenis tak bekerja. dunia wanita di rumah.

lelaki, bila sampai umur tuanya. segala kenangan zaman silamnya berputar bagaikan baru semalam berlalu. rakan-rakan yang pernah di temuinya, pernah duduk bersama, berkawan, minum kopi, memancing, di masjid, tengok wrestling, keluar berkempen, dan bermacam-macam aktiviti yang pernah di lakukan bersama dulu. kini telah tiada. ada yang pergi meninggalkan dunia. ada yang jatuh sakit terlantar. saat berjumpa pun sudah tidak kenal siapa rakannya.

kalau dulu gah bersama rakan-rakan, bila tua..tinggal keseorangan. semua itu sangat nostalgia bagi hidup seorang lelaki. kesunyian menghantui lelaki tua.

perasaan ini tidak dapat di fahami wanita tua.

Waktu remaja dulu memag dah selalu berdoa minta mati cepat; sebab tak nak susahkan orang. Selain tu sebab selalu kena pukul (dengan kayu api) pasel nakal usik adik-adik pompuan.

Jadi, bila dah tua ni macam tak ada apa-apa; dari ilmu yang dipelajari dapat difahami betapa kasihnya Dia akan kita hamba yang patuh/menurut... selain daripada belajar tentang bab-bab hidup sesudah mati, maka kita rasa tak sabar untuk pergi menemui-Nya; menatap 'nur' Wajah-Nya yang penuh kelembutan dan kasih-sayang.

Untuk itu bab-bab kebendaan aku dah belajar unthk dibuang daripada nafsu sejak 25thn dulu - baru berjaya 50% kira-kira 15tahun lalu.

Alhamdulillah, setakat ini bila org bercakap tentang 'kebendaan' (kereta mahal, rumah besar atau bini muda/lawa) terasa betapa bebalnya manusia (ini pun tak boleh cakap nanti orang marah - kat sini tkpe mungkin sebagai tips sahaja).

Jadi, secara tak sedar kita banyak berzikir (secara tidak sedar - datangnya dara hati). Kalau ada kawan-kawan di depan pun kita ak sepenuhnya tertumpu pad mereka, apatah jika tuturnya lagho & kuat sifat kebendaannya.

Dalam keadaan bagini, aku bila ada di mana aja - di kalangan orang kaya-ternama, kutu berhaq, tuk-tuk alim atau jahil. Sebab kita buan nak cari apa-apa dah - nama ke harta, pujian ke, tak ada, Dan alhamdulillah, kehadiran teman itu selalunya tidak menarik perhatian orang (kecuali apabila teman bersuara). Maka kita akan jadi pendengar yang setia.


Aku kalau ikut Masehi dah masuk ???thn dah, tapa kalau ikut Hijriah, dah ???thn. Tapi aku lebih suka guna umur Hijriah sebab Allah nak amik balik kita esok pun ikut Hijriah - pada waktu/hari kelahiran kita juga (ada sesape yang ingat?)

So, bila orang kata kat aku macam-macam, aku layan sebab nak tengok gelagat manusia. Mungkin ada yang nampak akhlak tak baik (tapi pada sesiapa yang ngaji tasauf akan tau kaedah/sebabnya).

Alhamdulillah aku masih boleh menulis dengan baik (agaknya leh!).

Untuk tatapan baca puisi di bawah ni…..kalau boleh kata puisi

WASIAT
aku tau maybe jap lagi........aku tak boleh tekan huruf dah.....nak tulis post kurang dah.......aku dah ikut sedara aku yang lain!!

kalau korang cepat sampai....saat aku sedang baring panjang.......buka mata senyum tawar.......anggor masih banyak kat ujung kepala.....ubat doktor banyak yang bersisa........batuk sekali sekali....mengah....ngilu kerut muka....pleaseeeeeeeeeee bisik pelan-pelan kat telinga aku.......peringatan ini
" asar dah masuk!......maghrib dah sampai.....or zohor dah azan.....atau....subuh sedang berseri.........SOLAT LAH!"

BISIKKANLAH JELAS-JELAS......kerana aku mungkin lalai lupa......teringat kereta yang aku himpun....ingat segala yang akan aku tinggalkan untuk tak tau sapa-sapa.

pesan kat korang.......kalau yang cepat sampai saat sakratul ......lihat keluh kesah aku.........peluh mercik dimemana tubuh lesu pucat.....bisik kat telinga ku kalimah suci yg mungkin aku lupa...lantaran dosa pekat yang tak terampun ...yang aku buat dalam lena...dalam jaga....dalam sedar......dalam angkuh semasa aku jadi manusia!

please.........bisikkan ditelinga aku......"LAILLA HAILLALLAH....MUHAMMADAN RASUL ALLAH............pelan-pelan dengan jelas dan teratur.....jelas=jelas.......biar bibir aku sempat ikut.....hati aku sempat turut!

kalau masa korang sampai....tak sempat buat apa-apa....kecuali berdiri tegak sambil tenung muka aku yang lesi mata pejam.....please bacalah surah-surah suci tu...........niatkan sedekah pahlanya untuk aku yang cuma pengemis hina......yang sedang silu-silu nak mintak rayu syorga yang selama ni .....aku lebih ghairah kat dunia maya.

kalau korang lewat sampai.....jengahlah kekubur aku.........cacakkan dahan kemboja.......bukan kerana aku suka wangi kemboja....tapi aku kepingin zikirullah dek dedaun hijau....dek getah pada batangnya.....yang dikatakan tak pernah letih berzikir..............tak seperti aku yang sering-sering lalai zikir...ingat padaNYA!

kalau korang cuma sedar.....aku dah tak lagi boleh menyapa kalian kerana.........aku dah log out selama......... dari medan nyata sementara ni.............please!.....tolonglah maaf kan silap salah..........sedekah kan apa saja.........klu sudi dihati..........biar aku tak malu meminta........kerana disaat tu aku amat-amat rayu doa sedara-sedara sume!

dan aku tinggalkan kat korang.......

anak-anak generasi aku yang tentunya gelabah nak pilih jalan berliku.....tunjuk kan mereka ........jalan benar dan lurus!

tanah sawah bendang kebun kecil seluas malaysia...untuk korang pertahankan dari bangunan batu yang tak reti perasaan

masjid surau madrasah sepi untuk korang ajak anak-anak muda dan yg tua-tua iktikaf..........berjamaah........penuh sepenuhnya kerana disitu lah perpaduan dan ! yang sebenarnya!

aku tinggalkan juga sedara-sedara kita yang mungkin korang terlupa sedang terkial-kial mintak dibela.....kerana suaranya dah tiada.....kudratnya dah cuma sisa.......direnyok....semau-maunya oleh mereka yang tak pernah rasa siksa derita .................semata-mata kerana milik milik segala.

aku tinggalkan wasiat ni kat korang!.......ambillah!

tips utk kongsi!

bila ziarah org tua...bawaklah benda-benda yang payah nak dapat tapi sesuai dengan taste dia.................ni pengalaman untuk kita kongsi!

kata kawan aku……
"mak aku sendirian.........dok serumah ngan adik dan adik ipar pompuan..............beberapa hari skali aku balik jengok..............bawak buah tangan cok pisang...karipap....buah2.,.........tu le kebiasaannya!

satu hari adik bagitau........"mak dah 2 hari tak selera makan!"

aku pergi hypermarket......tengok berangan china yang digoreng bangla.........agak mahal harganya..........yang penting buah ni exclusive..........payah nak dapat! ..........lalu idea timbul!

subhanallah............mak aku org kampung........bila tengok berangan china...dia tanya rasa camna......aku mintak dia try!

Alhamdulillah...........banyak sungguh dia makan!

sejak tu............bila balik biasanya kami bawak benda2 bizzare.......dan teknik menjadi!

No comments: