Saturday, May 7, 2011

MENCARI LELAKI SOLEH

Assalamulaikum,kawan-kawan dan sahabat-sahabat semua, semuga sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua sihat dan sentiasa di rahmati Allah,

Aku nak membicarakan tentang lelaki solleh, bukan lelaki yang bernama solleh, Pada pandangan umum sukar hendak mencari lelaki yang solleh kerana lelaki soleh tidak berada di tempat biasa kita bertemu kerana lelaki solleh berada di tempat mereka sendiri, di manak kah tempat itu?,,,, pandai=pandai lah kita carinya. lelaki yang soleh...dimana hatinya disaluti dengan keimanan dan kesetiaan begitu sukar utk ditemui dimengerti oleh orang lain......

Selalunya apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan, tetapi apa yang kita tidak duga akan terjadi dengan tiba-tiba, biarlah kita menderita dan menangis hari ini atas kesakitan semalam tapi jangan lah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan belum pasti untuk selama-lamanya

Sebenarnya cinta pada Allah dan rasul-rasulnya ibarat pelita yang menyilaukan.
Jika ianya menetap dalam indera ianya akan mematikan……..Jika ianya menetap dalam jiwa, ia akan memabukkan…………Pada lahirnya ia berupa rahsia, sedang pada batinnya ianya berupa cinta
ramai yg memandang pada kecantikan rupa paras semata-mata....bila nampak aja yang cantik, solid-molek terus saje nak menggatalll....!!!!

selalunya lelaki yang soleh akan mencari perempuan yang solehah...
lelaki yang tak soleh pun nak cari pompuan yang solehah..
kepada kaum hawa yang nak cari calon suami...dalam bulan RAMADHAN kau orang buat lah solat hajat...solat istigharah..dalam bulan tersebut semua doa dan permohonan akan terus naik ke langit tanpa sekatan..aku yakin dan amat pasti kau akan dapat pasangan kau...cuma lambat atau cepat aja termakbul,hanya Allah sahaja yang uruskannya Allah maha mengetahui......sabar ye?

Dah ler lelaki dah tak banyak (abis jadi mangsa dadah - tersadai di pusat serenti dan terhegeh di lorog belakang mati!), yang soleh lagi jauh ler.



Lelaki yang soleh hanya boleh ditemui di tempat yang baik-baik. Pemuda yang soleh boleh ditemui di masjid setiap masa, jernih mukanya, manis senyumnya, halus akhlaknya, lembut hatinya.

Kita susah nak tentukan samada seseorang itu soleh atau tidak. Sebab tu Ustaz selalu berpesan, dalam hidup kita, kita kena selalu berdoa agar ditemukan dengan insan/isteri/sahabat/kenalan yang soleh-solehah semua. Kita nak membeli, biar Tuhan tentukan kita agar membeli di kedai jagaan insan soleh, nak jumpa kekasih, biar Tuhan tentukan jodoh kita dengan gadis atau lelaki yang soleh dan solehah, nak mausk universiti, biar Tuhan tentukan kita belajar ditempat yang ramai orang baik-baik, dan begitulah seterusnya.

Sebab apa Ustaz berpesan begitu? Kerana manusia lumrahnya amat mudah terpengaruh dengan kenalan sekelilingnya. Sebab itu kita kena sentiasa berdoa agar ditemukan dengan insan-insan yang baik-baik sepanjang hidup kita, agar kita sentiasa selamat sepanjang hayat.

mengapa nak ikut proverb inggeris sedangkan islam ada kaedah-kaedahnya sendiri?

Kaedah agama: “NAHNU NAHKUM BI ZAWAHIR WA LA NAHKUM BIL BAWATIN”. Maksudnya: Dalam urusan agama kita berhukum dengan perkara yang zahir (dilafaz, didengar dsb) dan tidak berhukum dengan perkara yang bersifat batin. (apa hakikat niat dan maksud sebenar tindakannya.

contoh:

Tindakan seorang sahabat membunuh seorang askar musyrikin setelah mengucap syahadah. Padanya, tentera tersebut bersyahadah hanya kerana ingin meloloskan diri dan melepaskan diri dari dibunuh. Perkara ini telah ditegur Rasulullah saw dengan mengatakan bahawa kita sepatutnya berhukum dengan perkara yang zahir dilafazkannya.


lihatlah begitu indahnya islam. berbalik kepada mereka yang suka menilai hati, sedarlah. hati itu urusan Allah. Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati-hati manusia.

ini adalah apa yang aku selalu dengar dari kuliah agama. bukan dari mulut aku sendiri. segala yang silap itu, amat mudah datangnya dari makhluk.
Sahabat dan kawan-kawan semua

Orang soleh hatinya sentiasa dekat dengan masjid. Beliau akan rasa gembira bila berada di masjid.

Sebab itu kita lihat kesemua tok-tok guru dahulukala mempunyai masjid mereka sendiri. Tok kenali, Tuan Tabal, Tok Pulai Chondong dan ramai lagi, semuanya mempunyai masjid di sebelah rumah mereka. Mereka senang begitu.

Di zaman kita sekarang, perkara yang sama juga berlaku. Orang yang istiqamah dengan Islam mempunyai cita-cita untuk mempunyai masjid mereka sendiri. Ustaz Hadi, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Mat Daud Iraqi kesemua mereka mempunyai masjid binaan mereka di sebelah rumah.

Ustaz Mat Daud Iraqi contohnya, pernah memberitahu aku ketika aku melawat beliau ketika beliau sedikit uzur suatu ketika dulu bahawa beliau mahu lihat masjid yang dibina disebelah rumahnya siap kerana itulah cita-citanya selama ini.

Hidup orang-orang ini banyak dihabiskan masa di dalam masjid. Mengajar dan belajar.
Sahabat dan kawan-kawan semua

itu zaman aku dulu.. mungkin mudah kot.. sekarang..hmm... mungkin pada lelaki sendiri nak menjadi yang soleh itu satu cabaran yang cukup besar ..banyak sangat dugaan dan godaan...

ada satu situasi.. aku bukan nak kutuk sesiapa ya... kata la,, 3 org sahabat pergi bermusafir.. tiba waktu solat.. aku selalu nampak,, lelaki cuai..
tapi ada yang bagus.. sembahyang..cuma sendiri-sendiri laa.. kalau berjamaah kan bagus.. alasanya,, tak ada diantara mereka yang layak jadi imam...

so aku memutuskan.. lelaki memang macam ni.."KEBANYAKAN"

jangan letak harapan yang tinggi melangit. kerana iman itu meningkat seiring dengan usia dan masa...
jubah dan serban pakaian orang soleh...
bukan senang untuk memakai jubah dan serban...(bathinnya)

jangan hina pakaian orang-orang yang solah...
Nak yang soleh tapi pernah kah kita fikir diri kita tentang kebaikan dan keburukan yang ada pada diri kita sendiri...pernahkah kita mensyukuri nikmat yang kita telah dapat...pernahkah kita berterima kasih kepada yang mencipta diri kita...pernah kita menghargai jasa dan pengorbanan ibubapa kita....Allah tidak akan membri suami yang soleh kalau kita sendiri yang lalai mengingati kepadanya....fikir-fikirlah kata-kata aku ini...

No comments: