Sunday, May 22, 2011

HATI

Jangan biarkan hati kita mati

Assalamulaikum kawan-kawan dan sahabat-sahabat semua, semuga sahabat dan kawan-kawan semua sihat, ceria dan di rahmati ALLAH sentiasa.

Aku nak bercerita tentang hati. Adakah sahabat dan kawan-kawan semua tahu bahawa hati kita berperanan membawa kita kearah apa yang kita fakir dan rasa samada ianya positif atau negative.Adakah kita bahagia atau suka dengan tindakan kita dengan berpandukan hati tanpa berserta apa yang kita fakir dan kita akan rasa nanti dan akibat dari tindakan hati kita. Sahabat dan kawan-kawan semua, kalau kita biarkan hati kita lara tanpa di sertakan dengan fikiran dan perasaan ianya akan mati……akibatnya akan memusnahkan.

Mungkin sahabat dan kawan-kawan sudah tahu tajuk perkara ini melalui pengajian mingguan di surau atau masjid atau sahabat dan kawan-kawan telah membacanya ……….tak mengapa lah anggap ianya sebagai ulangkaji untuk mengingatkan kita bahawa kita hidup bukan untuk selama-lamanya,mungkin esok atau lusa kita akan di jemput…….

Allah berfirman yang bermaksud bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
Sesungguhnya sahabat dan kawan-kawan semua , hati kita akan berada dalam keadaan mati adalah disebabkan perkara-perkara berikut:

• Hati kita berada dalam keadaan mati kerana ianya tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu kita tidak mengambil tahu iktibar dan pengajaran yang datangnya daripada didikan dan ujian Allah swt.

• Hati kita juga berada dalam keadaan mati jika kita tidak memberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya pada hati kita.Sahabat dan kawan-kawan sekiranya tubuh badan kita boleh mati kerana kita tidak makan dan minum dalam waktu, begitu juga dengan hati, ianya boleh mati.
Apabila hati kita tidak diberikan santapan dengan santapan yang sesuai dan tidak diubati dengan ubat yang terbaik, hati kita bukan saja akan jatuh sakit dan buta, malah hati kita akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu sahabat dan kawan-kawan , jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan banyak cara mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra’d ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Sahabat dan kawan-kawan mari lah kita renungkan adakah hati kita telah mati dengan berpandukan sebeb dan beberapa tanda.

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang disampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu:
1. Hubbud dunia (kasihkan dunia)
2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu:
1. Zuhud dengan dunia
2. Zikrullah
3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

……………………Bercinta dengan buku, beramal dengan ilmu, bernikah dengan kejayaan......

1 comment:

rose_roses said...

Dalam diri manusia ada satu mekanisme yang cukup kuat, ia adalah HATI...
Dalam diri manusia juga ada satu mekanisme yang cukup lemah, ia juga adalah HATI...