Sunday, May 29, 2011

KAWAN ATAU SAHABAT

KAWAN

"Apa khabar sahabat dan kawan-kawan semua. Tentunya sahabat dan kawan-kawan telah pun memahami atau membaca tajuk di atas itu bukan? apa pendapat sahabat dan kawan-kawan semua tentang perkataan tersebut. Adakah sahabat dan kawan-kawan bersetuju dengan perkataan itu, orang tua-tua kita dahulu sudah lama berpesan kepada kita tentang perkara tersebut agar kita tidak lupa bahawa berhati-hatilah dalam memilih kawan. Dikhuatiri akhirnya menjadi lawan. Namun jika kita perhatikan nasihat itu seperti angin yang meniup melintasi manusia, sekadar terasa anginnya, sedangkan kesannya tidak lama kerana akhirnya angin berlalu pergi meninggalkan manusia.

Begitulah halnya dengan kita sebagai manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan lalai, nasihat itu tidak lekat dihatinya kita, ianya sekadar melintasi halwa telinga kita dan selepas itu ia lenyap bagitu sahaja dari ingatan kita. Kerana berpaksi dari itulah kita dapat menyaksikan begitu ramai manusia yang hidupnya lalai dan musnah kerana kawan. Dikala kita senang ia ditatang dan dijulang sebagai raja di. Ke mana-mana pergi ditanya, kembali dinanti-nantikan. Tetapi apabila ianya di dalam kesusahan, kawan-kawan melupakannya. Mereka seperti berdalih dan beralasan seribu daya, menepis dengan sejuta alasan dengan niat sebenar mereka tidak mahu membantu. Di saat itu tinggalkan mereka keseorangan tanpa kawan-kawan menghadapi kesusahan yang mendatang. Air mata tiada lagi untuk menangis, suara tiada lagi untuk meminta...Yang ada hanyalah kesedihan dan harapan yang belum pasti arah tujuannya..

Kawan sepanjang masa
Sebenarnya sahabat dan kawan-kawan semua tiadalah contoh terhebat yang mampu aku berikan kepada sahabat dan kawan-kawan berkaitan kawan-kawan yang mana yang terbaik. Malah jika diukur dan disukat dengan cara apa sekalipun, tiada siapa yang mampu mengatakan bahawa ini bukan contoh yang tepat. Tahukah sahabat dan kawan-kawan semua bahawa contoh kawan-kawan yang terbaik ialah sahabat-sahabat Rasulullah saw. Mereka sangat mengasihi Baginda, setia, sanggup bekorban masa dan nyawa, wang ringgit dan harta benda. Dikala Rasulullah gembira mereka turut bersama. Dikala RAsulullah bersedih mereka tetap juga bersama Baginda. Merekalah contoh teman menangis yang sukar dicari di saat itu. mungkin ada, tetapi tentunya tidak sehebat mereka ( para sahabat).
Masihkah ada lagi Teman Menangis?

Jawapan aku adalah Ya..Tentunya ada cuma terlalu sukar untuk dicari di mengertikan .Kita tidak perlu pergi terlalu jauh untuk mencarinya, cukuplah kita bertanya kepada diri kita sendiri. adakah kita ini tersenarai dalam golongan teman menangis? sejauh manakah kita meletakkan kepentingan diri kita berbanding nilai sebuah persahabatan. sekiranya kita kehausan di padang pasir memerlukan seteguk air, sedangkan kita sangat mengidamkannya. Tiba-tiba teman kita juga kelihatan menginginkannya. Adakah kita akan mendahulukannya, atau kita meletakkan kepentingan kita terlebih dahulu. jika contoh sekecil itu sudah meletakkan kita sebagai manusia yang memikirkan diri terlebih dahulu, maka di manakah kedudukan kita. Sememangnya tidak dinafikan, dalam keadaan tertentu kita perlu bertindak mementingkan diri, tetapi sekiranya kita masih mampu meletakkan kepentingan diri di belakang kepentingan orang lain maka itulah yang terbaik buat kita dalam sebuah persahabatan. Lihatlah sejarah kaum muhajirin dan ansar yang begitu hebat nilai persahabatan mereka. Bacalah sejarah mereka pasti anda akan menjumpai nilai pengorbanan yang hebat dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan teman yang bisa menangis

Sahabat dan kawan-kawan semua sebenarnya untuk menjadi teman yang baik, yang bisa menangis dikala duka setelah ketawa bersama-sama di saat senang itu tidak semudah disangkakan. Ianya berkehendakkan kepada kebersihan dijiwa. Hanya yang bersih hatinya daripada sebarang kepentingan duniawi bisa menjadi teman menangis. Mereka ini tidak sukar menghulur sekadar yang termampu. Jika tiada kemampuan wang ringgit dan harta, kata-kata yang indah dan baik diucapkan sebagai dorongan terhadap jiwa yang sedang gundah gulana. Tidak ketinggalan juga doa sentiasa dihulurkan kepadanya buat penguat dijiwa. Ya Allah, jadikanlah kami teman-teman yang bersahabat semata-mata keranaMU agar kami bukan sekadar bisa ketawa dikala senang, tetapi bisa menangis dikala ditimpa kesusahan dan sering berpesan-pesan ke arah kebenaran serta bertolong-tolongan dalam mengerjakan kebajikan.

No comments: