Sunday, May 29, 2011

RASULULLAH S.A.W MENYAYANGGI UMATNYA

Cintailah Rasulullah dan Rasulullah menyayanggi umatnya

Aku tertarik dengan tajuk ini.Aku tuliskan untuk kta nilai diri kita. Jika kita lihat, Nabi s.a.w amat menyayangi ummat. Ayat ini sudah tentu banyak kali kita dengar. Nabi selalu menangis untuk umatnya. Nabi berkata, sesiapa yang tidak cakna tentu umat, bukan dari kalangan kami. Nabi Muhammad s.a.w berkata, sesiapa yang tidak menghiraukan jirannya, tiada rahmat baginya. Nabi juga berkata sesiapa yang mengambil berat tentang umat, Allah akan mengambil berat tentang dirinya. Nabi berkata, sesiapa yang melindungi aib umat, Allah akan melindungi aibnya.
Berpesan pesanlah dengan kebenaran dan berpesan pesanlah dengan kesabaran....
Baginda Rasulullah saw sangat menyayanggi umatnya

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur dihari kiamat ialah MUHAMMAD saw. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq.Israfil dat ang membawa bendera dan mahkota.Izrail dating membawa pakaian-pakaian syurga”.
Israfil bersuara:”Wahai Roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik maka kubur terbelah dua.Pada seruan kedua pula,kubur mula terbongkar.Pada seruan ketiga,ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda . Rasulullah melihat kanan dan kiri. Baginda Rasulullah s.a.w dapati, tiada lagi bangunan.Baginda Rasulullah s.a.w menangis sehingga mengalir air mata ke pipi. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: “kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku”, Jibril a.s berkata:”Apakah yang kamu lihat dihadapanmu”
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukan seperti itu pertnyaanku.”
Jibril a.s berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Bukan itu maksud pertanyaanku”.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Dimana perjalanan mereka?”
Baginda rasulullah s.a.w bersabda : “Nascaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan UMATKU.”
Jibril a.s menyeru : “Wahai sekelian makluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, Baginda Rasulullah s.a.w akan bertanya: “Di mana UMATKU?”.
Jibril a.s berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa a.s datang,
Jibril a.s menyeru: ‘Tempatmu!” maka nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.
Nabi Muhammad s.a.w berkata : “ Mengapa kamu berdua menangis”.
Jibril a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”,
Nabi Muhammad s.a.w b ertanya: “Dimana UMATKU?”,
Jibril a.s berkata: “Mereka semua telah datang.Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan UMATKU yang berbuat dosa?”,
Jibril a.s berkata: “lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”. Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa.Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru : “ Wahai Muhammad!”,
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “wahai UMATKU.” Mereka berkumpul di sisinya.Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad s.a.w?”,
Jibril a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat”.
Allah Taala berfirman : “ Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih Ku Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata : “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad s.a.w berpaling kea rah umatnya lalu berkata : “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKU.Dan Aku akan mengazab sesiapa yang mendarhaka terhadapKu. Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.
Nabi Muhammad s.a.w menyeru: “Tuhanku..Penguasaku..Penghuluku…!Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMU!”
Ketika itu juga, Neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang member syafaat kepada umatnya?” Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku..Penguasaku..dan penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,bara apiku,penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih.Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali,baginda s.a.w sujud dihadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi. Baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi UMATNYA. Para nabi melihat dengan keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini bagitu mengambil berat, hal keadaan UMATNYA.
Fatimah r.a bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti , wahai bapaku?”
Baginda Rasulullah s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang member minum UMATKU.”
Tatkala umat Nabi Muhammad s.a.w sedang mencari mimbar Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata : “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi Mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: “ Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku wahai UMATKU! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”, umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul disisinya.
Ketka di atas Sirat
Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu palingkanlah wajahmu dari UMATKU sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi Muhammad s.a.w berhenti atas Sirat
Setiap kali, baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat. Baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Sayangnya nabi pada kita sebagai umatnya
sama-samalah kita insafi. sejauh mana kita mengasihi rasulullah saw. sejauh mana kita mengikuti sunnahnya? sejauh mana kita ikutperintah Allah swt? apakah syafaat rasulullah saw milik kita?
Berselawatlah pada sebilangan masa kepadanya, insyaallah.


"ALLAHUMMA SHALLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA AALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM"

No comments: