Friday, June 3, 2011

"DOSA LEPAS"

“Dosa lepas”
Assalamulaikum, apa kabar sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua.
" sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua.,

Aku sungguh bersimpati dan teruja sekali apabila mendengar luahan hati kawan-kawan aku yang sanggup berkongsi dari pengalaman mereka yang lalu serta datang dari pencarian ilmu dan pengalaman yang ikhlas. Sahabat aku ikhlas, ikhlas dalam berkongsi ilmu dan pengalaman demi suatu hari nanti kita akan sama-sama berkongsi syurga pula.... insyallah.

Sahabat dan kawan-kawan semua dalam tulisan aku kali ini aku bawa satu sentuhan dan renungan yang boleh aku sifatkan berada di luar kawalan minda kita semua. Sahabat dan kawan-kawan, sebagaimana kamu semua, Aku juga sering memikirkan tentang ‘dosa-dosa lepas’ sehinggakan kadang-kadang aku menangis seorang diri sebelum aku tidur dan ketika aku sedang memandu. Adakalanya aku rasa tangisan aku ini palsu dan air mata yang tertumpah adalah airmata buaya lantaran adakah ianya datang dari hati aku yang jujur dan ikhlas . Seolah-olah diri aku ini berpura-pura di depan kebesaran Allah…….subahanallah, aku harap ianya tak terjadi macam tu..

Sahabat dan kawan-kawan,Entah macam mana, penyesalan daripada dosa dan diri yang jahat ini pada Allah tiba-tiba mengilhamkan aku bahawa dosa yang lepas itu ada hikmah dan rahsianya yang tersendiri yang mungkin tidak tercapai oleh pemikiran seseorang melainkan ianya dianugerahkan ilham oleh Allah s.w.t Yang Maha Pengampun, Pemurah lagi maha Pengasih. Sahabat dan kawan-kawan semua dosa yang lepas itu ada nilai positifnya dalam keadaan orang selalu melihat dosa itu sebagai negatif. Pelik kan sahabat dan kawan-kawan semua. Ok lah sahabat dan kawan,kita cari dimanakah sudut nilai positif itu

Sahabat dan kawan-kawan semua,‘Dosa lepas’ bagi orang yang beriman adalah seumpama hutang dan mata pisau yang terlekat pada jantung. Sahabat dan kawan-kawan semua hutang kita pada Allah s.w.t perlu dibayar kepada Allah s.w.t dalam bentuk taubat dan buat gandaan amalan soleh. Mata pisau yang terlekat pada jantung perlu dicabut dengan istighfar, zikrullah dan penyesalan yang bersungguh-sungguh sehingga kita rasa diri kita dekat benar dengan Allah s.w.t. Sahabat dan kawan-kawan semua terasa nikmatnya diri apabila dapat merasai diri kita dekat dengan Allah s.w.t. Sahabat dan kawan-kawan semua ‘Dosa lepas’ adalah tali pengikat antara kasih kita kepada Allah s.w.t. dengan kasih Allah kepada kita. Cinta makhluk kepada Khaliq dan cinta Khaliq kepada makhluk boleh terjalin melalui ‘dosa lepas’. Kenapa? Kerana ‘dosa lepas’ adalah pintu taubat, pintu istighfar, pintu zikrullah, pintu takut dan pintu harapan bagi orang-orang yang berfikir. Pintu besar kepada pintu-pintu itu ialah pintu syurga. Manakala Allah pula kasih kepada hamba-Nya yang sedar, insaf, bertaubat, takut dan berharap kepada-Nya.

Sahabat dan kawan-kawan semua ,bukan untuk menjustifikasikan dosa kita. Bukan juga untuk rasa selesa dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Apatah lagi untuk mendorong perlakuan dosa itu. Sahabat dan kawan-kawan semua hanya akan dapat memahami dan menyelami sedalam-dalamnya apa yang aku kata hanya jika diberi kefahaman dan hidayah oleh Allah. Sekiranya apa yang aku fikirkan dan tuliskan ini salah dari aspek akidah, maka betulkan aku melalui komen-komen membina agar kita bersama-sama menuju kejayaan.

Sahabat dan kawan-kawan semua, ambillah pengajaran dan peluang dari dosa-dosa lepas untuk menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa insaf, takut dan berharap kepada Allah seiringan dengan istighfar, taubat, zikrullah dan penggandaan amalan soleh. Orang yang ‘menghargai’ dosa-dosa lepas sentiasa benci pada dosa-dosa lepas dan dosa-dosa yang akan dilakukan. Ingatlah sahabat dan kawan-kawan semua,kita mungkin telah lupa dosa-dosa lepas yakni dosa yang telah kita lakukan sejak zaman kita remaja, tetapi dosa-dosa itu tidak akan pernah hilang dari lipatan perjalanan sejarah kehidupan kita. Dosa-dosa itu akan zahir kembali tepat pada masanya antara kita dengan Allah di Padang Mahsyar kelak.
……………rajin-rajinlah beramal…………………

No comments: