Tuesday, October 6, 2015

Kasih, Sayang

Assalamulaikum sahabat apa kabar semuga sihat dan ceria selalu.

Untuk menceritakan tajuk di atas kenalah kita buat rujukan pada diri kita sendiri,almaklumlah lah
bila membicarakannya ianya akan menyorot kembali kisah-kisah dan pengalaman yang telah kita
lalui sepanjang usia kita sehingga usia kita yang hanya tinggal berbaki ini

Dalam hal ini mari lah kita berkongsi pengalaman suka duka kita agar kita BRANI GAGAL dalam mengharunggi hidup kita yang masih bersisa ini

Dalam kehidupan kita yang GAGAL dalam mencari erti kasih sayang, Allah  menduga kita dengan berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul-betul supaya akhirnya kita akan menemui insan yang betul, dengan ini kita akan tahu untuk mengucap syukur dengan anugerah  nekmat yang Allah berikan kepada kita.Disebalik anugerah itu jangan kita lupa berfikir dan bersyukur.

Ingatlah sahabat bahawa Allah itu Maha Pemurah,Maha pengasih dan Maha penyayang.Apabila salah satu pintu kebahgian tertutup, yang lain akan terbuka tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita

Sahabat ku yang aku sayanggi, Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersamanya tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalah pulang dengan perasaan bahawa itu lah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami

Sahabat ku,memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga memang benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehingga "ia" datang.

Sahabat ku, dalam memberi seseorang seluruh kasih sayang kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! jangan harapkan kasih sayang sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tetapi sekiranya ia tidak berlaku, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita

Sahabbat ku, dalam mengukur masa untuk kasih sayang dan cinta, ianya cuma mengambil masa hanya beberapa minit sahaja untuk jatuh hati pada seseorang, beberapa jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup kita untuk melupakan seseorang.

Sahabat ku, ingatlah jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu, Jangan kejar kemewahan kerana kemewahan itu akan susut.Cari lah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk menceriakan hari yang suram.Carilah yang membuatkan hati kita tersenyum.

Sahabat ku. Akan tiba satu ketika nanti.Di dalam kehidupan kita ini apabila kita teramat rindukan seseorang sehingga kita ingin mengapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan nyata.Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memilikki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

Sahabat ku semuga kita memilikki kebahgiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan  dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia

Kebahgiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memilikki segala yang terbaik.Kita hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang didalam perjalanan hidup kita

Sahabat ku, ada ketikanya kebahgiaan itu terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Sahabat ku, mungkinkah kasih sayang bermula dengan senyuman,mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Sahabat ku, masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekeciwaan masa silam.

Sahabat ku, ingat lah semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum.Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti kita yang akan tersenyum dan orang disekeliling kita pula yang akan menangis.

Sahabat ku, nikahilah orang yang menyintai kita daripada kita menyintai  pasangan kita, itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian pasangan kita



……………ini berdasarkan pendapat,pengalaman dan rujukan dari pembacaan dan pendengaran

No comments: